Thursday, December 29, 2011

E-Mag Edisi Disember Dunia Sukan Online

Maaf rakan pembaca, dah lama tak update blog. Dengan artikel mengenai pembangunan pun belum lagi disiarkan. InsyaAllah, dalam masa terdekat ni. Harap maaf, sebab terlalu banyak komitmen. Ape-ape pun, dapatkan e-mag edisi Disember Dunia Sukan. Padat dengan aksi sukan, selain daripada sneak peek Liga M 2012. Ada poster-poster resolusi besar pemain seperti Nazmi Faiz dan Mohamed Ghaddar. Korang download, then terus print kat kedai. :D



Monday, December 5, 2011

Selamatkan KLFA! Mari Bantu Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur

"Krisis kewangan yang dihadapi oleh Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur(PBKL), kini mula mendapat perhatian segenap pihak. Pasukan Kuala Lumpur yang akan beraksi di dalam saingan Liga Super pada musim hadapan, masih mencari-cari tajaan daripada pihak korporat. Walau bagaimanapun, segala usaha yang diketuai Presiden, Datuk Astaman Aziz kini menemui jalan buntu. Sehubungan dengan itu, para penggiat bola sepak telah melancarkan kempen “Selamatkan PBKL” untuk mengurangkan beban pihak persatuan itu."



Berita penuh Dunia Sukan Online | Selamatkan KLFA


Khairul Fahmi Che Mat, Apa Tanggungjawabnya

"Tak pandai menari, salahkan lantai". Itu yang aku boleh ungkapkan kepada mereka-mereka yang telah menyalahkan media serta blogger-blogger seperti RotiKaya.com yang telah menyiarkan artikel berhubung perilakunya di luar padang.

Khairul Fahmi Che Mat

Pelanduk Dua Serupa #6

Kali ni, dapat email daripada saudara BigTruffle, katanya ce try bandingkan seorang player ni.

Player import pasukan Selangor, iaitu Ramez Dyoub. Ramez merupakan centre back buat negara Lebanon, dan akan menyarung jersi Gergasi Merah bagi musim 2012.

Ramez Dyoub, 27

Monday, November 28, 2011

Koleksi Gambar Nazmi Faiz Mansor

Kalah 3-2, sememangnya kekalahan tersebut merupakan suratan takdir yang harus kita terima. Bukan untuk mengulas lebih lanjut perlawanan semalam, cuma ingin memberikan "highlight" kepada pemain muda sensasi negara, Nazmi Faiz Mansor. Gol pertama yang dijaringkan beliau pada perlawanan semalam merupakan satu gol world-class. Sememangnya Nazmi Faiz kini merupakan pemain pujaan ramai, dan setiap kali beliau memegang bola, sorakan yang gemuruh akan diberikan.

Tuesday, November 22, 2011

Harimau Muda, Juara Sejati. Indonesia, Sekadar Membenci

Sekali lagi pasukan Harimau Muda mengukuhkan kedudukan mereka di dalam kancah bola sepak di Asia Tenggara, dengan menewaskan pasukan Indonesia pada perlawanan final Sukan Sea ke 26 Palembang, dengan tendangan penalti 4-3, setelah terikat dengan kedudukan 1-1 sepanjang tempoh 130 minit perlawanan. My man of the match; Asraruddin Putra Omar.


Foto NikeMalaysia
Macam biasa, bila dah menang ni, ramai yang tak puas hati. Sekali lagi Anti-Doping Team mencuri perhatian pada perlawanan final apabila dikhabarkan bahawa ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar, Asraruddin Putra Omar dan Zubir Azmi diuji di dalam doping test. Takut-takut ada ambil dadah yang terlarang.

Monday, November 21, 2011

Malaysia Bakal Ketinggalan

Pasukan bola sepak negara bakal  ketinggalan dalam masa 4-5 tahun yang akan datang. Bukan pasukan Malaysia sahaja. Bahkan, seluruh pasukan di Asia Tenggara ini bakal ketinggalan dengan kuasa baru yang sedang meningkat naik, iaitu Indonesia. Percaya atau tidak, pasukan Indonesia mempunya "talent pool" yang sangat besar serta tidak akan ketandusan bakat-bakat baru. Kerana apa? Hampir puluhan, malah ratusan pemain remaja Indonesia kini sedang bermain di liga-liga seluruh dunia. Dalam masa 4-5 tahun, mereka akan pulang ke tanah air dan menyarung jersi Indonesia.

Skuad AFF Indonesia 2010.

Saturday, November 19, 2011

Shame On You, Indonesia

Kita lari sikit dari sukan bola sepak, untuk post ni kita cakap pasal sukan secara umum. Lihat keratan akhbar di bawah.

KLIK kasi besar sikit, senang nak baca. - The Star 18/11/11

Friday, November 18, 2011

E-Mag Pertama Dunia Sukan Online

Bola bola jugak. Ni aku nak cerita sikit ni, Dunia Sukan Online : Portal Sukan Malaysia, dah keluarkan e-mag pertama. Kira baby pertama lah ni. Dunia Sukan Online, pelopor kepada e-mag sukan di Malaysia, kot? Hehehehe. Banyak stories pasal sukan dicover. Cuba korang check.


Putus Cinta Dek Kerna Susanti

Wkwkwkwwkwkwkwkwk. Memang joke of the day. Bak kata deejay utama N9futbol's Syapalikh FM, iaitu DJ Edy Wok,

"Terputusnya PERCINTAAN aku dengan SUSANTI hanya kerana Indon kalah bola"

Kepada penyokong-penyokong Indonesia. wkwkwkwkwkkw

Thursday, November 17, 2011

Mere Hindia, SIVAJI is The Boss

Perlawanan pertama seri 1-1 dengan pasukan India. Jaringan Malaysia hasil rembatan Safiq Rahim yang tepat pada penjuru tiang gol kiri Karanjit dari India. Perlawanan kedua pula tewas 3-2 dengan pasukan yang sama. Safee Sali scored a brace, so did Sunil Chhetri. Kedua-dua game ini tidak seperti yang digambarkan di dalam filem-filem aksi India, yang padat dengan aksi.

Iklan Astro First yang legend.


Wednesday, November 16, 2011

Malaysia FIFA Ranking? Jom Kira!

Untuk post kali ni, aku akan tunjukkan bagaimana pengiraan "points" FIFA ranking diberikan. Tujuannya, supaya pabila kita membangkitkan persoalan mengenai ranking negara ini, ada lah ilmu di dado tu sikit. Nak condemn FAM esok lusa pun biar lah berfakta, bukan auta. Baru intelek sikit. ;) Sebab apa? Mengaku jelah orang Malaysia ni memang suka membangkang, tapi bila membangkang itu tidak diberikan solusi mahupun justifikasi. Haaa layannnn post ni.


Friday, November 11, 2011

Pelanduk Dua Serupa #5

Zaassssssssssssss! Kembali bersama AKF's Pelanduk Dua Serupa. Untuk entry ke yang kelima ini, diterima daripada saudara Amin Muhd. Pemainnya ialah Irfan Fazail, pemain Liga Slovakia, ViOn, yang juga merupakan tonggak utama skuad bawah 23 tahun kebangsaan. Siapa look alike beliau? Zassss!

Irfan Fazail(kanan)

Thursday, November 10, 2011

Angkatan Tentera Malaysia (ATM), dan B. Sathianathan

Semua tahu dah, bahawa ATM akan berbelanja besar pada musim 2012, dengan dana berjuta ringgit. Dulu pernah juga Menteri Pertahanan, Dato' Seri Zahid Hamidi cakap, target nak naik Liga Super, tapi tak tercapai. Kali ini, aku yakin yang ATM mampu melakukannya. Apatah lagi dengan pelantikan B.Sathianathan sebagai Head Coach ATM, dengan vast experience serta merupakan favourite among the national players.

B. Sathia. Muka zaman dahulu yang legend.

Wednesday, November 9, 2011

Pelanduk Dua Serupa #4

Haaaaaaaaaaa kembali bersama kami. Kali ini, mangsa kita ialah penjaga gol kebangsaan yang mewakili pasukan Negeri Sembilan, iaitu Farizal Marlias.

Farizal Marlias

Tuesday, November 1, 2011

Abe Tomyam + Werner's = Lejeng (Legend)

TeTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckTeckDahlia Teck. is it Dahlia Teck or Dahlia Teteck? seriously im confused. tak amik port nama nama orang nih. mai habaq kat cek mana satu yang betul.

Perhatian; botol yang kiri sekali tu bukan Jack Daniels, tapi Jack Woh Tteghe. Peha peha semua manih letting. wakakaka

Monday, October 31, 2011

Pelanduk Dua Serupa #3

Hah! Kali ni sape plak mangsa pelanduk dua serupa kita? Tak lari ke negeri mana lagi. Masih stuck di Negeri Sembilan. Sapa lagi kalau tak lain tak bukan penyerang muda NS, Firdaus Azizul. Haaaa pemain yang diberi nickname "King". Siapakah pasangan "Pelanduk Dua Serupa" beliau?

"King" yang berjersi kuning. foto by MatSaja from BHarian.

Sunday, October 30, 2011

Hai-O's Milestone, Hobin Jang Hobin, Berakhirnya Musim 2011

Liga Malaysia 2011 menutup tirai dengan Piala Malaysia kembali ke "negeri beradat" iaitu Negeri Sembilan, selepas menewaskan pasukan Terengganu, 2-1. Siapa lagi heronya, kalau bukan Hairudin Omar.

Aku masih lagi teringat akan apa yang bekas jurulatih kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan, cakap dekat aku. Dia cakap;

"Kedua-dua pasukan memiliki kekuatan serangan yang seimbang, yang akan menentukan siapa yang akan menang ialah melalui kesilapan yang akan dilakukan oleh bahagian pertahanan kedua-dua pasukan."

Wan Jamak Wan Hassan. Foto Mylaunchpad Sports.

Thursday, October 27, 2011

K. Reuben Factor


"KADANGKALA ada yang kelakar dan melucukan, tetapi ada juga yang memalukan. Apatah lagi apabila pemain itu bergelar pemain kebangsaan dan menuntut di universiti.

Begitulah yang terjadi kepada K Reuben ketika menentang Australia di perlawanan persahabatan di Canberra, minggu lalu. Entah apa yang yang difikirkan pemain itu ketika berlari laju cuba merampas bola tapi sebaliknya merempuh pengadil perlawanan. Ia satu kesilapan yang tidak harus dilakukan di peringkat antarabangsa. Rempuhan seperti itu hanya kita lihat dalam aksi liga kampung atau estet. Pemain itu kini menjadi legenda YouTube tapi menimbulkan persoalan yang membimbangkan.

Sejak kebelakangan ini prestasi pasukan kebangsaan kian merosot dan pemilihan pemain seperti Reuben menunjukkan kita sudah kepincangan idea. Mungkin dia pada suatu hari akan menjadi pemain profesional dan seterusnya mengumpul pengalaman luas untuk beraksi lebih matang tetapi apakah hala tuju pasukan kebangsaan kita ketika ini.


Apabila terdapat situasi yang mana ketua pasukan digugurkan dan digantikan dengan pemain amatur bermakna bola sepak kita kini berada dalam keadaan merudum. Dengan itu kita harus mencari jalan penyelesaian sebelum keadaan ini terus menjadi lebih buruk." - Bola Shebbie : Mana hala tuju negara? Harian Metro 16/10/2011

K. Reuben - Bintang baru pasukan Angkatan Tentera Malaysia(ATM) 2012. pic by Bruno Mars.

Wednesday, October 26, 2011

Pelanduk Dua Serupa #2

Makin menjadi-jadi dunia. Muka ada yang hampir sama. Bak kata mika mika kat luar sana, dalam dunia ni ada 7 orang muka sama. Wallahualam. Kali ni, layannnn muka pemain kebangsaan merangkap penyerang pasukan Negeri Sembilan, Ahmad Fakri Saarani dengan muka junior beliau, iaitu Nazri Yahya yang juga merupakan salah seorang ahli skuad Piala Presiden Negeri Sembilan.


Tiket Oh Tiket!

Kebangkitan penyokong terhadap tindakan FAM yang menaikkan harga tiket dari RM30 ke RM50 untuk perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 di antara Terengganu dan Negeri Sembilan bukan lagi rahsia. Tarif tiket yang diberikan adalah applicable kepada semua tempat duduk di dalam Stadium Shah Alam, Selangor.

Aku sudah menjangkakan bahawa keadaan ini akan berlaku. Sooner or later. Sama ada pihak FAM
bersifat opportunist mahupun realist, bergantung kepada pandangan masing masing. Lets be fair. Semua pun tahu apa alasan FAM, dan apa keluhan peminat.

dari n9futbol.

Saturday, October 8, 2011

Sodih Abang

Sodih abang.
 Terimalah nukilan agung daripada FF13 yang bertajuk Sodih Abang (Sedihnya Saya).

Wednesday, October 5, 2011

Khas Untuk Abe Tomyam

Dari blog kakinyameruncingnyapun.blogspot
Sementelah abe first choice goalie kita, Khairul Fahmi Che Mat putus tunang, ambo mencari cari lagu yang paling sesuai untuk ditujukan kepada beliau. Akhirnya....jumpa!

Walaupun cerita ni dah agak lama, aku peduli apa nye pun! Hahaha.

Monday, October 3, 2011

Guidelines 2012

Kalian semua sudah tahu mengenai Guidelines baru bagi pengambilan pemain import bagi Liga Malaysia tahun 2012. Kalau ada yang belum tahu apa aturannya, KLIK SINI.

Sebelum baca post ni, papehal baca apa dia guidelines yang diberikan.

Kedah Treble Winning Team.


Tuesday, September 13, 2011

Janji Janji Manis

Tadi aku try google "Janji Manis". Results dia banyak, one of the top results is this;


Tak tahu la jejaka ini telah menaburkan janji manis sepanjang hidup dia. Jika gambar di atas ini ialah gambar anda, maaf lah ye. Salahkan Google Images, yang letak gambar-gambar yang legend kat situ.

Sunday, September 11, 2011

Bola Sepak Klasik

Sukan Terbaik Hanya di RTM. Dah lama aku cari, tang mana yang terbaik tu. tapi malam ni, aku jumpa jugak. Tekan butang "Info" di Astro, tertera "Bola Sepak Klasik". Pukul 11.30 malam, hari Sabtu di RTM 1. Taktau la every week macam ni ke apa. Tapi it's good for the viewers, bagi tunjuk sikit siapa legend legend zaman dulu, macam Azizol Abu Hanifah dan Hassan Sani. Harus diakui, generasi sekarang sekadar hanya kenal pada nama, nama-nana di atas menjadi sebutan, walhal tidak pernah melihat satu pun aksi para pemain ini. Jadi, ini merupakan salah satu langkah yang baik oleh RTM. Teringat pulak aku macam kat Astro 817, yang ada BPL Classics. Aku rasa dah bertahun RTM tayangkan Bola Sepak Klasik ni, cuma aku je tak perasan. Hehehe. Patut dihebahkan lagi tentang perkara ini.

Tuesday, August 30, 2011

Peranan Siapa?


Kekalahan pasukan kebangsaan kita kepada pasukan Singapura dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2014 tempoh hari menunjukkan pelbagai kelemahan yang sedang dihadapi oleh pasukan kebangsaan. Kali ini kita akan bercakap dari segi pemilihan pemain. Dengan persembahan tidak konsisten oleh our defence prior to the match, King Raja masih memilih untuk meletakkan mereka sebagai barisan benteng negara. Persoalannya, kenapa King Raja tidak memilih untuk memasukkan pemain seperti Helmi Remeli, dan Rizal Fahmi? Apakah yang faktor yang  begitu membezakan pemain seperti Rizal Fahmi dengan pemain seperti Fadhli Shas, dan Muslim Ahmad? Sehinggakan King Raja tidak berani untuk membuat keputusan sedemikian?

Wednesday, August 17, 2011

Masihkah Kau Ingat? PFA Malaysia

AKF dah minta Haresh Deol/MalayMail untuk korek cerita terbaru Professional Footballer's Association Malaysia (PFA) yang sepatutnya mempertahankan hak para pemain di Malaysia yang sampai sekarang diam je. Langsung tiada khabar berita selepas penubuhannya. Visi dan Misi hanya di atas kertas kerja. 

Saturday, August 6, 2011

"Update" Bersama Iqma Tarantino : Pasukan Negeri Sembilan


Assalamualaikum, aku minta maaf sangat la dah lama sangat tak update ni ha. Banyak kena handle la bro sekarang kan.

Okay, minggu ni kita borak pasal Negeri Sembilan. Hah, semua dah tahu yang skuad hoben jang hoben play under performance last season kan and coach pun telah bertukar. Takda lagi coach Wan J (Wan Jamak) lagi dan kini N9 dibawah kendalian Ak-9 iaitu coach Azraai Khor. Apa yang aku nak borak ni, Adakah N9 masih akan berbelanjakan sejumlah wang untuk membawa masuk player luar?

Friday, August 5, 2011

Killer Instinct

Dulu masa muda-muda main bola, aku main forward. flanker pun boleh. Aku masih ingat lagi pesan coach,"Faliq, yang penting bila you confident nak try, you try. Masuk gol atau tidak, itu belakang kira. Biar 10 kali try semua miss, daripada takda langsung. Selalunya daripada 10 try tu, mesti ada 1 gol. Yang penting kita kena try."

Dalam tournament tu, aku score 4 goals dari 6 games. Masa tu aku main Left Wing. Legend tak legend abang, dik? Haha. Dulu abang memang legend, tapi sekarang..

Haaa. ini hasil eh. Lebih kurang macam ni lah.

Okay, cut the crap. Bila kita bercakap berdasarkan konteks bola sepak Malaysia, mostly players di Malaysia ni ada good shooting technique, cuma mereka tak confident bila masa yang sesuai untuk pull the trigger. Bad timing produces bad result. Berdasarkan scenario sekarang ni, kita terlalu bergantung kepada Safee Sali dan pemain lain seolah-olah tidak mampu melakukan penyudah. Paling obvious ialah ketika Malaysia tewas 0-4 kepada Arsenal dalam perlawanan persahabatan. Jumlah percubaan pun sangat mengecewakan.


Thursday, August 4, 2011

Sore Losers

Selepas tewas kepada Singapura tempoh hari, ada pihak yang tak mampu menerima kekalahan. Bukan nak salahkan diri sendiri, tapi salahkan pihak lawan pula. Seolah-olah tidak mampu menerima kenyataan bahawasanya kita tewas kerana kelemahan kita sendiri, kita mengatakan bahawa pengambilan pemain import untuk mewakili pasukan Singapura sebagai punca. Seolah-olah tindakan mereka tidak adil.



Tua Bukan Sebarang Tua

Aleksandar Duric
Aleksandar Duric. 41 years old. Tapi masih berkemampuan untuk berlari seolah-olah berumur 19 tahun. Visionnya dalam menjangkakan kehadiran bola hampir setanding dengan kemampuan wonderkid Singapura, Hariss Harun. Hariss Harun mendapat 1st cap mewakili Singapura ketika beliau berumur 16 tahun.

Wednesday, August 3, 2011

Rumours Oh Rumours

Transfer rumours kembali berkumandang. Lagi lagi dengan kemasukan pemain import dalam Liga Malaysia 2012.

Safiq Rahim & Amirulhadi Zainal almost confirm nak blah dari Selangor next season, untuk join kelab luar. Khabarnya Khairul Fahmi Che Mat juga turut dipancing kelab luar. Safee Sali pulak dengar cer intai peluang nak ke Liga Australia. Tapi kalau cakap pasal kalau, babi pun boleh terbang. Haha.

Saturday, July 23, 2011

Lack of Leadership


Selepas pasukan Harimau Malaya tewas kepada pasukan Singapura (5-3) pada perlawanan Pusingan Kedua 1st Leg Kelayakan Piala Dunia 2014, beberapa kelemahan pasukan negara jelas terserlah. Secara individu dan berpasukan. Tapi yang ingin aku perkatakan di sini ialah dari sudut kepimpinan.

Friday, July 22, 2011

Yossi Kena Hayoun

Pemain sayap Chelsea, Yossi Benayoun telah "diboo" sepanjang perlawanan ketika menentang Pilihan Malaysia semalam. Chelsea menang 1-0. Yossi Benayoun "diboo" sepanjang perlawanan kerana beliau berasal dari Israel. Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara Israel dan tidak pernah mengiktiraf Israel sebagai satu negara yang sah, atas dasar sokongan penuh terhadap Palestin.

Yossi Benayoun


Thursday, July 21, 2011

Ultras Malaya Turun Padang

Di dalam kesibukan Datuk Raja mempersiapkan pasukan Harimau Malaya untuk perlawanan menentang Singapura pada Sabtu ini (23/7/2011), kumpulan tegar pasukan Malaysia, Ultras Malaya telah turun padang untuk menaikkan semangat dan memberikan sokongan mereka terhadap pasukan kebangsaan pada sesi latihan di Kelana Jaya, semalam.


Monday, July 18, 2011

Dunia Sukan

Media dan bola sepak sukar untuk dipisahkan. Media massa akan menjadi medium kepada sukan bola sepak untuk diperhebahkan kepada rakyat jelata. Segala info-info terkini tentang bola sepak dan sukan lain secara amnya dihebahkan melalui media. Justeru, medan media massa negara kini diperhebatkan lagi dengan kehadiran Dunia Sukan Online. Atau lebih tepat, Dunia Sukan.


Saturday, July 16, 2011

You Guys Are So International!


Prior to the match between Liverpool v Malaysia untuk hari ini, ada benda sikit aku nak perkatakan di sini. You guys go thru dulu video di bawah.

Friday, June 24, 2011

The Time of Our Lives

Untuk post kali ini, moh layaannn lagu lama. The Time of Our Lives, nyanyian Il Divo & Toni Braxton. Lagu ini merupakan lagu rasmi/komersil bagi 2006 FIFA World Cup Germany.



Saturday, June 18, 2011

"Soal Ref" Bersama Subkhiddin Salleh #4

Hey guys, lama dah saudara pengadil ulung kita, Subkhiddin Salleh, tidak beraksi di dalam blog ini! And now he's back. Macam biasa, aku release post untuk jawapan sedikit demi sedikit. Di samping itu, aku turut sertakan sedikit gambar dari Final Piala Malaysia 2010 yang diadili oleh Subkhiddin Salleh. Terima Kasih DS Images.
 

Wednesday, June 15, 2011

Maaf Daudsu

Perkara yang paling membingungkan aku pada hari ini, ialah;

KAFA tidak akan hukum Daudsu - Annuar Musa

(Keratan akhbar Kosmo, 15 Jun 2011)

Daudsu Jamaluddin

Monday, June 13, 2011

Peteh Ganu Peteh!

Thriller. This only applies to final minutes of the game. Saat Daudsu Jamaluddin menanduk masuk bola tendangan Manaf Mamat ke dalam gawang sendiri, aku melompat macam haram. Bukan sebab aku sokong Terengganu, tapi sebab dah lama tak ada perlawanan kat Malaysia ni, yang thriller macam ni. Gol last-last minute. Time tu semua hampir penyokong balik doh. Dan bila Terengganu score lagi satu, aku mengharapkan Kelantan equalise balik. Tapi harapan tinggal harapan. Hehe.


Saturday, June 11, 2011

Safee Sali In All-Stars Team

Kerjaya penyerang sensasi kebangsaan, Safee Sali, makin menyinar di bumi Bhinneka Tunggal Ika, Indonesia. Ini kerana, beliau kini tercalon dalam senarai pemain untuk pasukan Indonesian Super League All-Stars. Selain beliau, antara mereka yang femes dan tercalon ialah Noh Alam Shah(Arema, Singapura), Agu Casmir (Persija, Singapura) dan Bambang Pamungkas (Persija, Indonesia). Mereka ini akan diundi oleh para peminat di Indonesia melalui SMS untuk menentukan siapakah yang layak untuk disenaraikan di dalam pasukan All-Stars.



Abang Tomyam Makin Menjadi-jadi


Populariti Khairul Fahmi Che Mat(Kelantan), iaitu Penjaga Gol Kebangsaan, makin menjadi-jadi kebelakangan ini. Disebabkan beliau popular dan menjadi bualan hangat gadis-gadis meooww seantero Malaya, beliau telah disebat oleh penyanyi, Andi A. Merican untuk beraksi di dalam music video single beliau yang berjudul Solo. Mari kita lihat bagaimana Abang Tomyam kita beraksi. Lihat bawah ; 

Thursday, June 9, 2011

Datuk Seri Abu Kassim

Sementara semua tengah sibuk sibuk nak Final Piala FA 2011 ni, jom layan video forum RASUAH : PEMUSNAH TAMADUN, anjuran Sinar Harian. Ahli panel ; Datuk Nizar Jamaluddin, Ezam Noor, dan Datuk Seri Abu Kassim merangkap Pengarah SPRM. Jangan fokus kat both politicians tu, fokus kat jawapan yang diberikan oleh Datuk Seri Abu Kassim. Layan!

Tuesday, June 7, 2011

Yusarman Yusof

Kepada para pembaca yang dahulunya bersikap skeptikal mengenai post rasuah bola sepak sebelum ini, ini sahaja jawapan aku. I TOLD YOU. Kerana kami di blog Apa Kata Faliq akan bercakap berpanjikan fakta, bukannya khabar angin(kecuali jika dinyatakan).

Kini, seantero Malaya sekarang sedang heboh memperkatakan gejala rasuah yang melibatkan pasukan Piala Presiden Negeri Sembilan. Bekas Ketua Jurulatih, Yusarman Yusof, telah dihadapkan ke mahkamah dan didakwa memberi rasuah kepada pemain jagaannya. 21 pertuduhan. Tapi macam biasa lah, tak mengaku. Perlu diingatkan di sini, beliau BELUM LAGI TERBUKTI BERSALAH kerana belum lagi dibicarakan.

Tapi aku cukup yakin, tibanya saat beliau terbukti bersalah, ini akan menjadi permulaan bagi sesuatu yang baik. Satu amaran, kepada semua yang terlibat dalam arena sukan.


Yusarman Yusof

Monday, June 6, 2011

Bercelaru, Apa Nasib Selangor PKNS?

Kasihan pasukan Selangor PKNS. Walaupun sudah bergelar Juara Liga Perdana 2011, ianya belum tentu dapat menjamin kenaikan mereka ke Liga Super pada 2012. Ini kerana, Datuk Hamidin Amin(Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan/Naib Presiden FAM) menyatakan bahawa FAM masih dalam proses perbincangan sama ada jumlah bilangan pasukan dalam saingan Liga Super 2012 akan kekal dengan 12 pasukan ataupun 14 pasukan.

Selangor PKNS, Juara Liga Perdana 2011

Sunday, June 5, 2011

Laughing Stock

First of all, tahniah kepada Ketua Jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, K. Rajagobal yang telah dikurniakan Panglima Jasa Negara (P.J.N) yang membawa gelaran "Datuk" sempena Hari Keputeraan YDP Agong.


Penganugerahan ini memberi harapan kepada semua jurulatih/atlet bahawa, sekiranya Perdana Menteri bersorak bersama peminat melihat persembahan anda, you're going to get yourself a Datukship.

Friday, June 3, 2011

Keep On Blaming!

Bila terjadi perkara buruk sahaja, salahkan FAM. Salahkan FAM. Salahkan FAM. Salahkan FAM. Salahkan FAM. Salahkan FAM. Maybe that's the mindset they were born with. Semuanya bercakap dan berkata-kata seolah olah mereka lebih mengetahui berbanding FAM itu sendiri dalam sesetengah isu. Ada kalanya, membangkang keputusan yang diambil oleh FAM just for the sake of opposing the authoritarians. Kalau ada sesuatu keputusan yang tidak menyebelahi mereka, mereka tetap membangkang.

Monday, May 30, 2011

Piala Dunia di ASEAN? No!


Presiden AFC, Mohamed Hammam pernah menyatakan kekesalan beliau dalam mengadakan Piala Asia 2007 di empat negara ASEAN, iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam. Kata beliau, perkara ini merupakan satu pembaziran dan tidak lagi akan diulangi pada masa yang akan datang. Kata beliau,

"It is proving very difficult for [the executive committee as they] have to have four organising committees, four media centres and there are also financial considerations.". "[He would] definitely [not do] it [again]," if he had the choice.

Sunday, May 29, 2011

Takkan Ni Je?

Lately, dah keluar news yang mengatakan bahawa Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) yang dikepalai Tok Mat telah membuat laporan polis tentang perihal rasuah bola sepak yang melibatkan pasukan Piala Presiden Negeri Sembilan.


Monday, May 23, 2011

"Soal Ref" Bersama Subkhiddin Salleh #3

Fuhhh! Lama nak tunggu 23 Mei. Sampai juga harinya. Hari ni you all layan soalan terkumpul untuk saudara Subkhiddin Salleh kita. Tengok apa beliau jawab. Layan..


Thursday, May 19, 2011

Sesi Soal Jawab Bersama Yong Kuong Yong (Kuala Lumpur)

Seperti yang telah dijanjikan, berikut merupakan Sesi Soal Jawab bersama Yong Kuong Yong, 23, yang kini bermain untuk pasukan Kuala Lumpur saingan Liga Super. Taknak cakap banyak, layan sesi soal jawab berikut.


Faliq Firdaus (FF13)
Yong Kuong Yong (YY Pang)

Tuesday, May 17, 2011

Mana Pergi Gaji

Ohohohoh, makin panas rupanya kancah liga bola sepak tempatan kita ni. Ada player Liga Perdana yang mengadu kat aku, kata Persatuan Bola Sepak tak bayar gaji. Aiseeyy ape cerita ni. Haih mana tak pemain ambil rasuah. Duit nak bagi makan keluarga pun takda. Nak bagi diorang makan pasir ke? Kalau 1 bulan boleh tahan lagi, kot dah berlanjutan hingga 2-3 bulan macam mana tu? Pemain bola sepak ni bukan robot mak oiii.



Sultan Azlan Shah

Post kali ini lari tune sikit. Minggu lepas, aku terjumpa dengan kepingan gambar Sultan Azlan Shah, iaitu Sultan Perak dan Presiden Persatuan Hoki Asia. Beliau merupakan bekas Presiden Persatuan Hoki Malaysia yang kini disandang oleh Tengku Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah(juga merupakan Timbalan Presiden FAM).

Satu gambar yang menceritakan segalanya.

Foto pada 9 Mei, hampir dengan perlawanan Piala Sultan Azlan Shah

Sunday, May 15, 2011

Jeebsion?

Jeebsion

Jeebsion/Muhammad Najib Abdul Mukhti. Pernah dengar? He's one of the best M-League photographer in my opinion. and he used to be a blogger. He's closely related to Kedah FA team. But since the administration in the past few years have changed, i haven't heard about him since. His website Jeebsion.com, once to be my most visited site, appears to be a non-existing site. Wonder what's he doing now.

Saturday, May 14, 2011

Integriti

Berdasarkan maklumat yang sampai ke telinga aku, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ada bagi talk dekat Wisma FAM untuk media dan juga pegawai FAM. Entah betul ke tidak, wallahualam. Kalau betul, satu usaha yang bagus oleh SPRM dan juga FAM. Tapi bagi aku, setakat dekat Pegawai FAM tak cukup. Haaa sekarang ni dah mula heboh pasal rasuah bukan? Baca kat paper tadi, ketua pasukan kebangsaan iaitu Safiq Rahim dah bagi statement "Jaga periuk nasi kita".

Safiq Rahim bajet cute. Haramm. lol

"Soal Ref" bersama Subkhiddin Salleh #2

Disebabkan blogger.com agak hampeh semalam, blog ini telah mengalami kerosakan minor iaitu sesetengah comments anda hilang dan post mengenai saudara Subkhiddin Salleh juga lesap tanpa kesan. Oleh itu, aku post kembali sesi bersama Subkhiddin Salleh. Ada banyak soalan terkumpul, cuma aku asingkan mengikut post kerana jawapan yang diberikan agak panjang. Kini beliau sedang berehat daripada sebarang aksi di padang kerana calf muscle beliau telah koyak. Kata beliau, "Bercuti SAKIT tetapi banyak pula kerja sekolah yang nak kena BELEK"

Monday, May 9, 2011

Easier Said Than Done

Sekarang ni heboh semua peminat yang mempunyai "jiwa bola sepak tempatan yang sangat SETIA" bising. Kata mereka, kenapa lah susah sangat nak cari friendly matches untuk pasukan kebangsaan. Katanya Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM) lembab, katanya FAM bodoh, katanya FAM tak pandai mentadbir. Tidak dilupakan, aku digelar anjing FAM kerana mempertahankan sesuatu dasar. Tidak mengapa. Ya, aku akui, sesetengah organisasi memang bermasalah dan tidak berfungsi dengan baik dan aku bukanlah seorang yang pro-FAM mahupun anti-FAM, realitinya sesetengah perkara sememangnya mudah untuk diperkatakan tetapi sukar untuk dilaksanakan.