Wednesday, February 2, 2011

Haruskah Safee Sali berkelana di Liga Indonesia?

Persib Bandung, Persiba Balikpapan, dan Pelita Jaya Karawang. berikut adalah antara kelab kelab Indonesia yang berminat untuk mendapatkan khidmat Penjaring Terbanyak Piala AFF 2010, Safee Sali (Selangor FA).

Safee,27, merupakan ayam tambatan pasukan Selangor FA dengan jumlah jaringan sebanyak 20 gol pada tahun 2010 (termasuk AFC Cup).


   Safee, yang terkenal dengan permainan agresifnya dan memiliki "killer instinct".



Mengikut laporan Post Metro Balikpapan, Safee masih belum memberi sebarang keputusan mengenai perpindahannya walaupun telah memberikan deadline pada 29 Januari yang lepas untuk berbuat demikian.
Ini kerana Safee kelihatan lebih cenderung untuk menyertai pasukan Persib Bandung berbanding Persiba Balikpapan dan Pelita Jaya Karawang. Tidak ketinggalan juga pasukan PSPS Pekanbaru ingin mendapatkan penyerang agresif ini tetapi terpaksa melupakannya kerana tidak mempunyai dana yang mencukupi.

Berbeza dengan pasukan Persiba Balikpapan yang ingin mendapatkannya secepat mungkin, pengurusan Persib Bandung lebih memilih untuk mengkaji dahulu tentang perpindahan ini.


 Adakah Safee Sali dapat meneruskan hajatnya untuk ke Persib Bandung?



Bagi aku, Safee Sali memang patut pergi ke sana. Sudah tiba masanya untuk Safee kembangkan career dia sebagai pemain bola sepak. Sebab kat sana, level of football cukup berbeza. Yes, kita kena akui, Liga Malaysia tidak bagus. Liga Indonesia lebih berkualiti. Lihat saja ranking liga bagi AFC, Liga Malaysia terletak di tempat ke-18. Manakala Liga Indonesia terletak di tempat ke-8 berdasarkan AFC Final Assessment Ranking for 2009–2010 seasons. Jauh bezanya kan? Lagipun yang paling jauh boleh pergi pun ialah AFC Cup. Manakala Indonesia, mereka layak menyertai Liga Juara-Juara Asia dan AFC Cup. Tambahan pula atmosphere and the tense of the league lebih hebat berbanding liga kita.

Safee, tahun ni kau dah umur 27 tahun. Masa depan seorang pemain bola sangat singkat. The time is running out bro. Sekarang ini form kau tengah peak. Peluang datang sekali. Lupakanlah isu antara kerajaan Indonesia dan Malaysia. Itu bukan urusan kau. Kejarlah the enjoyment of playing football. Sudah tibanya masanya kau pentingkan diri sendiri. Jikalau mereka kata Ganyang Malaysia, kau ganyanglah mereka dengan gol-gol yang kau jaringkan di sana. Jikalau mereka kata hebatnya Garuda Di Dadaku, kau patahkanlah sayap Garuda mereka dengan permainan agresif kau. Jikalau mereka kata kau datang dari negara pencuri, kau curilah hati mereka. Pukaulah mereka dengan kehebatan kau. Kau masih boleh bermain untuk pasukan kebangsaan walaupun bermain di Liga Indonesia. Jangan jadi macam *Safiq Rahim.

Setiap keputusan ada risikonya. Jadi, pilihlah sama ada ingin menjadi jaguh kampung, ataupun kau ingin meninggal sebuah legasi yang berharga. Seperti Mokhtar Dahari. 

 Tak kenal Safee Sali? Ha tengok video ni.





Okay, done with you. Nak cakap pasal hal Safiq Rahim sikit.



   Safiq, ketika menentang Manchester United beberapa tahun yang lepas.


*Menurut Utusan Malaysia, Safiq Rahim mengakui beliau telah menolak tawaran untuk bermain untuk sebuah kelab di Indonesia. Katanya;


"Jika saya mahu mengembangkan bakat di luar negara pada usia muda, inilah masanya. Namun, tawaran ejen tersebut tidak saya beri sebarang maklum balas kerana saya telah mengikat kontrak dengan pasukan Selangor dan sayangkan pasukan negara."

"Saya juga mengutamakan negara berbanding yang lain, kerana rasa puas dapat membantu menaikkan nama negara dan membawa kemenangan negara seperti kelmarin melebihi segala-galanya buat saya,"

WHAT THE F? You talk as if you cant represent the national team anymore when you're playing in Indonesia. LOL

4 comments:

  1. safee apa bgusnya si,ga ad kerja krsnya,masih lebih bae pemain2 lokal persib..

    ReplyDelete
  2. Safee jangan harap bisa di persib ... ini berita salah yg tertarik itu safee ke persib bukan pesib kepincut safee, coba lihat di koran2 bandung. maaf ini tidak akurat

    ReplyDelete
  3. Safiq heboh lebih.main tkdela hebat,gaya mcm hebat sgt

    ReplyDelete
  4. safee the best,,,indonesia<<<<hmmm

    ReplyDelete