Monday, February 14, 2011

Kenali Pemain : D.Adrian


Zzz. okay guys, kembali ke segmen Kenali Pemain. Ni sepatutnya last week punya post, tapi terlambat sikit. haihh. Apa apa pun, untuk post minggu lepas ni, kita masih dengan Negeri Sembilan FA(Piala Presiden 2011 Bawah 21 Tahun).





Nama : D. Adrian (Negeri Sembilan Bawah 21)
Nombor Jersi : 16
Posisi : Tengah (Kiri)
Tarikh Lahir : 1 Februari 1993
Tempat Lahir : Georgetown, P.Pinang
Ketinggian : 150 cm
Berat : 49 kg
Pasukan yang diminati : Manchester United
Pemain yang diminati : Cristiano Ronaldo

Sekolah :  SMK Abi, Kangar
               (2006-2008)
                Sekolah Sukan Bola Sepak Perak(SSBP)
               (2009-2010)


Adrian, 18, datang jauh dari Arau, Perlis untuk mencuba nasib sebagai pemain bola sepak di Negeri Sembilan. Pada percubaan pertama, beliau gagal. Akan tetapi, Jurulatih Piala Presiden Negeri Sembilan, Yusarman Yusof telah memberi peluang kedua kepadanya dan beliau berjaya melayakkan diri untuk menjadi sebahagian daripada skuad Hoben Jang Hoben. Oleh sebab itu, Adrian ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada coach Md Noor dan coach NS Piala Presiden, Yusarman Yusof selain coach Azizul (SSBP) yang telah membantunya untuk memenuhi impiannya menjadi pemain bola sepak.


D. Adrian, fasih bercakap dalam Bahasa Melayu.


Adrian juga pernah mencuba nasib di England pada 2007 ketika pemilihan pasukan Wigan Athletic Bawah 17. Akan tetapi, Adrian gagal mendapat tempat di sana kerana faktor badannya yang kecil.

Adrian lebih dilihat sebagai pengganti Kunanlan kerana posisinya yang sama serta dribbling skills dan acceleration yang baik, seperti yang dimiliki S.Kunanlan.

No comments:

Post a Comment