Wednesday, February 9, 2011

Kenali Pemain : Mohd Hafiz Mohd Nor


Zzz. Oops, we are back for this week. Masih dengan Negeri Sembilan FA(Piala Presiden 2011 Bawah 21 Tahun), interview ini dilakukan pada petang Selasa yang indah. lol

 Pemain pilihan pada post kali ini ;




Nama : Mohd Hafiz bin Mohd Nor (Negeri Sembilan Bawah 21)
Nama Panggilan : Beckham
Nombor Jersi : 23
Posisi : Pemain Pertahanan
Tarikh Lahir : 1 Mei 1993
Tempat Lahir :Seremban, Negeri Sembilan
Ketinggian : 169 cm
Berat : 65 kg
Pasukan yang diminati : L.A Galaxy
Pemain yang diminati : David Beckham

Sekolah : SK Dusun Nyior
              (2000-2005)
               SMK Seri Ampangan, Seremban
              (2006-2007)
               Sekolah Sukan Bola Sepak Negeri Sembilan (SSBNS)
              (2008-2010)



Hafiz(berdiri,empat dari kiri) ketika di Sweden. (2010)



Hafiz, 18, aku lihat beliau merupakan seorang pemain bola yang ditakdirkan untuk bermain bola. Born with good physical prowess, agresif, dan mempunyai teknik shooting yang precise, selain larian overlapping yang sangat baik. Pada umur 10 tahun, beliau telah mewakili pasukan Negeri Sembilan dalam F&N Cup Bawah 10 Tahun pada tahun 2003. Pada umur 12 tahun pula, beliau telah mewakili pasukan Negeri Sembilan dalam Kejohanan MSSM peringkat kebangsaan. Impressive, bukan? Sama juga ketika beliau berumur 15 dan 17 tahun, beliau mewakili negeri ke peringkat kebangsaan. Beliau menjadi pilihan utama jurulatih-jurulatih remaja di peringkat negeri. Kini beliau telah berjaya menempatkan diri sebagai pemain pelapis pasukan senior Negeri Sembilan FA. Beliau juga telah mewakili pasukan Malaysia ke Piala Dunia Belia Gothia Cup di Gothenburg, Sweden pada tahun 2010. 


                                      Hafiz, ketika di Gothenburg, Sweden. (2010)


Dalam *interview ni, aku ada tanya sikit apa verdict Hafiz "Beckham" untuk Piala Presiden 2011 yang bakal bermula 10 Februari 2011 ini. Jawapannya ;

"Seperti biasa, pasukan Bukit Jalil A dan B akan menjadi pencabar utama kami di dalam kejohanan ini. Akan tetapi, pasukan kami mempunyai banyak kelebihan pada musim ini. Musim ni, semua player merupakan player baru(lepasan SPM) dan ada dalam kalangan kami yang ada pengalaman di peringkat antarabangsa. Skuad pada musim ini juga lebih berkualiti kerana kalau first eleven banyak yang injured, reserve players yang akan ganti pun sama kuat dengan player first eleven. Tidak seperti musim-musim sebelum ni, tak semua player yang sama kuat."


Aku predict Hafiz "Beckham" ni akan menjadi pencabar yang kuat kepada pertahanan skuad senior Si Rusa, terutamanya Irwan Fadly Idrus dan Tengku Qayyum Ubaidillah.


     Hafiz(kiri) bersama Tengku Qayyum semasa Kem Teamwork NSFA di Tiara Beach Resort,Port Dickson.

Untuk mengenali Hafiz "Beckham" dengan lebih dekat, ni facebook dia Facebook Hafiz Mohd Nor




*Interview Kenali Pemain dan biodata pemain semuanya diterima secara ekslusif daripada pemain yang terlibat.

No comments:

Post a Comment