Friday, February 4, 2011

Kenali Pemain : Suhairy Johari


Okay guys, it's time for our 2nd player for this week! Masih dengan pasukan Negeri Sembilan FA (Piala Presiden 2011 Bawah 21 Tahun), kali ni kena lari sikit ke kawasan Gemas, Negeri Sembilan. Hehe.

Pemain pilihan pada post kali ini ;



Nama : Suhairy bin Johari (Negeri Sembilan Bawah 21)
Nama Panggilan : Popeye
Nombor Jersi : 18
Posisi : Pemain Tengah
Tarikh Lahir : 4 Mei 1993
Tempat Lahir : Gemas, Negeri Sembilan
Ketinggian : 170 cm
Berat : 63 kg
Pasukan yang diminati : Chelsea
Pemain yang diminati : Javier Mascherano

Sekolah : SMK Palong 11 (Felda)
              (2006-2008)
               Sekolah Sukan Bola Sepak Negeri Sembilan (SSBNS)
              (2008-2010)


Suhairy,18, merupakan anak jati kelahiran FELDA yang mempunyai bakat yang tinggi dalam sukan bola sepak. Beliau juga merupakan salah satu produk Sekolah Sukan Bola Sepak Negeri Sembilan (SSBNS), dan bakatnya yang tinggi ini telah dikesan oleh pihak pengurusan SSBNS sejak beliau berumur 15 tahun lagi. Kini telah berjaya menempatkan diri sebagai pemain pelapis pasukan senior Negeri Sembilan FA. Beliau juga telah mewakili pasukan Malaysia ke *Piala Dunia Belia Gothia Cup di Gothenburg, Sweden pada tahun 2009.


                                  Suhairy Johari ketika di Gothenburg, Sweden (2009)



                                     
                   Suhairy (bersebelahan baju merah) ketika di Gothenburg, Sweden (2009)

Suhairy juga yang beraksi di bahagian tengah merupakan enjin penggerak pasukan Sekolah Sukan Bola Sepak Negeri Sembilan pada tahun 2008-2010. Beliau juga merupakan salah satu pemain daripada skuad tersebut yang berjaya menjuarai Kejohanan Bola Sepak Bawah 18 Tahun peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009.

                                   Suhairy (paling kanan,duduk) bersama pasukan SSBNS


Untuk mengenali dengan lebih dekat, ni facebook dia. Facebook Suhairy Johari


*Piala Dunia Belia Gothia Cup di Gothenburg, Sweden merupakan kejohanan dunia tahunan yang dianjurkan SKF bagi mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan bola sepak. Kejohanan ini disertai oleh puluhan negara dalam pelbagai peringkat umur. Antara pemain antarabangsa yang lahir daripada kejohanan ini ialah Xabi Alonso(Real Madrid), Andrea Pirlo(AC Milan), Cristian Zaccardo(Parma) dan Nicholas Chan(Kelantan FA).

1 comment: