Friday, February 4, 2011

Norshahrul, Khairul Fahmi, dan Safee Sali ke Liga J?

Menurut laporan Utusan Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha(Kelantan FA) , Khairul Fahmi Che Mat(Kelantan FA), dan Safee Sali(Selangor FA) bakal dihantar ke Jepun bagi tujuan pemilihan oleh kelab-kelab dalam saingan *Liga Jepun. Perkara itu didedahkan S/Usaha Agung FAM, Datuk Azzudin Ahmad dan  pihak FAM masih menunggu kata putus Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA). Idea ini timbul semasa perjumpaan sempena Kongres Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Doha, Qatar pada 6 Januari lepas.



                                                       Datuk Azzudin Ahmad
                                 Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)

Datuk Azzudin Ahmad juga berkata, "Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah selaku Timbalan Presiden FAM ada berjumpa dengan Setiausaha Agung JFA, Kohzo Tashima dan berbincang mengenai perancangan kita mahu menjalin kerjasama dengan negara itu".


"Sebagai langkah pertama, FAM mahu menghantar beberapa pemain menjalani pemilihan serta pendedahan dalam Liga-J sambil mencuba nasib beraksi dengan kelab-kelab di sana. 'Mereka telah nyatakan persetujuan untuk membantu kita dan mahu kita menghantar profil pemain di samping aksi mereka dalam cakera padat video (DVD) untuk tujuan penilaian. Buat masa ini kami sedang menunggu jawapan rasmi dari JFA, "

Penghantaran mereka ke Liga-J aku lihat merupakan satu langkah yang baik yang dilakukan FAM. Peluang ini seharusnya digunakan sepenuhnya oleh 3 pemain tersebut untuk menunjukkan kebolehan mereka dan mencuri hati pengurusan kelab-kelab di sana. Terdapat banyak kelebihan jika mereka dapat bermain di sana. Selain berprestij tinggi, Liga-J juga merupakan liga yang menduduki tempat pertama dalam AFC Final Assessment Ranking for 2009–2010 seasons dan satu-satunya liga di Asia yang diberikan gred 'A'. Ini bermakna, Liga-J merupakan liga terbaik di Asia. Lebih-lebih lagi pasukan kebangsaan mereka baru sahaja memenangi Piala Asia 2011 setelah menewaskan Australia (1-O) di Qatar, baru-baru ini. Kejohanan di sana juga lebih teratur dan boleh diklasifikan sebagai Barclays Premier League versi Asia. Kebanyakan pemain Asia yang direkrut ke Eropah juga kebanyakannya lahir dari Liga-J. Sebagai contoh, Keisuke Honda(CSKA Moscow), Yuto Nagatomo(Inter Milan), dan Makoto Hasebe(VfL Wolfsburg).


                                                Yuto Nagatomo (Inter Milan)


FAM sudah memainkan peranan mereka. Kini, semuanya bergantung terhadap kebolehan 3 pemain tersebut untuk memikat hati kelab-kelab di sana.




                   Norshahrul Idlan Talaha,       Khairul Fahmi Che Mat,      Safee Sali





*Liga Jepun (Liga-J) merupakan kejohanan bola sepak di Jepun yang terbahagi kepada dua. Liga-J Divisyen 1 dan Liga-J Divisyen 2. Kashima Antlers merupakan pasukan yang paling berjaya dengan 7 kejuaraan. Penjaga Gol Nagoya Grampus, Seigo Narazaki dipilih sebagai Pemain Terbaik Liga-J 2010.

No comments:

Post a Comment