Thursday, February 10, 2011

Piala Presiden Bawah 21; Negeri Sembilan (2) - (1) Selangor PKNS (10 Februari 2011)

Zzz. okayyy hari ni aku sempat cover game Piala Presiden, NS lawan Selangor PKNS. Game start pukul 4.45 petang di Stadium Tuanku Abd Rahman, Paroi. Hari ni merupakan game pertama untuk kempen Piala Presiden Bawah 21.






          VS

 PIALA PRESIDEN BAWAH 21 2011
(10 FEBRUARI 2011)
NEGERI SEMBILAN VS SELANGOR PKNS

Ketua Jurulatih ; Yusarman Yusof (Negeri Sembilan)
                          Rusdi Suparman (Selangor PKNS)

Pengadil ; Zulkifli Ahmad 

Pada game ini, NS mengenakan jersey kuning manakala PKNS memakai jersey biru. Aku sempat catat line-up NS sahaja. Selangor PKNS punya dah lupa. LOL.

Starting First Eleven NS;

Mohd Kaharuddin (GK) - 1
Abdul Rahman (c) - 12
Mohd Hafiz Mohd Nor - 23
Mohd Zahin Md Shah - 15
Fiqri Azwan Ghazali - 7
Muhd Haikal - 17
Mohd Rafizi - 19
Muhd Rizqi Azman - 20
Suhairy Johari - 18
Norhairi - 25
Khairul Ridzwan -14

Untuk PKNS, hang cari la sendiri yeaaa.
Masa perlawanan baru bermula. NS vs Selangor PKNS.

Kronologi perlawanan ;

25' : Gol pertama pasukan NS dijaringkan oleh Norhairi berjersi nombor 25. Gol yang agak mudah, situasi one-on-one. Assist oleh Rizqi Azman.

35' : Khairul Ridzwan (NS) dikenakan kad kuning.

43' : Fiqri Azwan (NS) dikenakan KAD MERAH. Keputusan pengadil yang dilihat boleh dipertikaikan.

46' : In; Arif Zikri   Out; Norhairi (NS)

48' : Player PKNS berjersi 24 dikenakan kad kuning.

50' : Khairul Ridzwan (NS) menjaringkan gol kedua dengan sepakan percuma (25 meter) yang terkena palang dan terus menerjah ke dalam gawang.

51' : Mohd Hafiz Mohd Nor (NS) dikenakan kad kuning.

53' : In; Zawawi   Out; *Atif Hanif (PKNS)

57' : Kaharuddin (NS) iaitu penjaga gol NS, dikenakan kad kuning.

58' : Selangor PKNS memperoleh gol sulung mereka dengan jaringan Nazrin Shamsul Bahari yang berjersi nombor 10.

60' : Abdul Rahman (NS) dikenakan kad kuning.

64' : In; Izuddin Zainudin   Out; Mohd Arshidi (PKNS)

68' : In; Zulfadhlie A'shaari   Out; Rizqi Azman (NS)

74' : In; Zamil Zainon   Out; Muzamir Zaki (PKNS)

76' : In; Hamirul Fahmie   Out; Suhairy Johari (NS)

82' : In; Mohd Zahinudin   Out; P.Haresh (PKNS)

83' : In; Mohd Azeri   Out; Mohd Hafiz Mohd Nor (NS)
        In; Rosdi Abu   Out; Imran (PKNS)

90' : In; Mohd Zaidi   Out; Abdul Rahman (NS)


Review "Apa Kata Faliq" tentang perlawanan;

- PKNS mengawal perlawanan dengan baik berbanding NS dan mereka mendominasi (separuh masa pertama) serta mempunyai peluang yang banyak.

- Mohd Zahin Shah (NS) yang berjersi nombor 15 telah melakukan banyak kesilapan dan memaksa Fiqri Azwan untuk bekerja lebih keras. Tapi mungkin sebab 1st game kot. Harap Zahin dapat bermain dengan baik selepas ini.

- Nazrin Shamsul Bahari (PKNS) yang berjersi nombor 10 telah menunjukkan persembahan yang memukau. Dengan dribbling skills yang baik, serta banyak mencorak serangan PKNS. Dengar khabarnya pemain ni dari FELDA. betul ke?

- Pasukan NS telah "diayamkan" pada separuh masa pertama. tetapi pada separuh masa kedua, permainan agak seimbang.

- Keputusan pengadil perlawanan, Zulkifli Ahmad, melayangkan KAD MERAH kepada Fiqri Azwan (NS) dilihat agak keterlaluan. Pemain PKNS yang ditackle pula berlakon habis. Lepas Fiqri kena kad merah, terus elok pulak dia. haih.

- Work rate Hafiz Mohd Nor (NS) pada perlawanan ini sangat baik. Positioning yang baik, serta menunjukkan vision yang agak baik pada perlawanan ini.


Apa Kata Faliq's Man of the Match : Kaharuddin (GK) (Negeri Sembilan)



Komen Fiqri Azwan Ghazali (NS) tentang KAD MERAH yang diterimanya;

Fiqri Azwan (NS) ketika diajukan soalan.

"Kad merah yang saya terima kelihatan tidak adil. Sepatutnya tidak patut saya terima kerana ianya merupakan first tackle saya dan jauh dari petak penalti. Situasi ketika itu pun 50-50, jadi saya tak rasa kad merah yang diberikan itu patut diberikan."



Fiqri Azwan akan digantung 2 perlawanan


"Saya berharap pasukan NS dapat menang dalam perlawanan seterusnya, menentang MP Muar kerana ini merupakan perlawanan di luar negeri dan dapat menewaskan mereka yang ada segelintir daripadanya bekas pemain piala presiden skuad NS dahulu."




Sebahagian skuad senior NS juga sempat meluangkan masa.




*Atif Hanif (PKNS) merupakan bekas pemain Harimau Muda B.

3 comments:

  1. kidal kene kad merah? keras ke die tackle?

    ReplyDelete
  2. Den terperanjat bilo Kidal dpt kad merah. Semenjak den bawa dia mulai 2008 dan 2009 dlm Liga KPM... tak pernah dia mendapat kad merah dan melakukan kesalahan yg teruk... Kidal seorang pemain yg berdisiplin tinggi

    ReplyDelete
  3. nazrin @ along dulu memang main felda pon. Sian kidal ea.

    ReplyDelete