Saturday, February 12, 2011

Temubual Eksklusif bersama Zaky Zulkifli (Wakil Nike The Chance Malaysia ke London)

Zzz. okay okay guys, untuk minggu ni kita ada temubual eksklusif bintang Nike The Chance Malaysia, Zaky Zulkifli. Aku gembira sehingga terbang ke langit setelah diberi lampu hijau oleh Zaky untuk menemubual beliau. Akan tetapi, temubual ni dilakukan melalui perbualan telefon. Syukur Zaky pun friendly orangya.

Zaky, ketika di The Chance Malaysia, di Bukit Jalil

Program Nike The Chance peringkat dunia disertai sebanyak 100 pemain dari pelbagai negara. Top 8 yang dipilih akan menyertai Akademi Nike di London, England. Para pemain telah menjalani pelbagai jenis latihan untuk membolehkan mereka menyertai Akademi tersebut. Program Nike The Chance peringkat Malaysia telah dimenangi oleh Zaky Zulkifli, yang dipilih oleh Ketua Jurulatih skuad kebangsaan, K.Rajagobal. Zaky tidak terpilih sebagai Top 8 peringkat dunia, akan tetapi Apa Kata Faliq ingin mengupas butiran lanjut tentang perancangan Zaky.

Lahir pada 11 Ogos 1990 (21 Tahun), Zaky merupakan "player to watch" pada musim ini. Nak tahu team mana? ikuti perbualan ni.

Apa Kata Faliq ( FF13)
Zaky Zulkifli (ZZ)

FF13 : Hello, Zaky speaking?
ZZ : Haa ye ye.

FF13 : Hello Zaky, boleh tau kat mana sekarang?
ZZ : Haa kat rumah, Pasir Gudang, Johor.

FF13 : Seperti yang diketahui, Zaky mewakili Malaysia ke Nike The Chance, apa perasaan dapat menjalani latihan di sana?
ZZ : Saya happy laa dapat pengalaman baru dan belajar teknik-teknik baru yang belum dipelajari.

FF13 : Apa perbezaan suasana bola sepak di England dan di Malaysia?
ZZ : Sudah semestinya la, peminat dan penonton kat sana, semua fanatik. Tak kira la gol ke, tak gol ke, mereka tetap bersorak dan menyanyi kepada semua pemain.

Zaky Zulkifli bersama penyerang Arsenal, Nicklas Bendtner.



FF13 : Apa pengalaman paling best kat London?
ZZ : Dapat main bola dengan player dari negara lain. Selalunya kita main bola kat Malaysia dengan budak sebaya kita je kan, tapi kali ni dapat main bola dengan player dari Argentina, Brazil, Itali dan lain-lain.

FF13 : Apa jenis training yang dilakukan di sana?
ZZ : SPARQ Test, ada training 8 lawan 8, 4 lawan 4. Itu salah satu daripada training tu la.

FF13 : Apa nasihat jurulatih Arsenal, Arsene Wenger?
ZZ : Dia kata jangan mudah putus asa la, walaupun kita gagal.

FF13 : Oooo,
ZZ : Ahah (ada reply jugak aku punya ooo. hehe)


Zaky(bersebelahan Pengurus Arsenal, Arsene Wenger) membuat pose "bagus" ala-ala Dr Rozmey.


FF13 : Okay Zaky, apa perancangan selepas ni, ada nak sign untuk mana-mana team tempatan?
ZZ : Haa saya sekarang dah sign contract dengan pasukan Johor FA, iaitu pasukan premier league dalam Liga Malaysia.

FF13 : Apa pendapat Zaky, tentang cadangan kemasukan Brendan Gan ke dalam skuad negara?
ZZ : Oh, kalau kemasukan dia dapat membantu menaikkan nama Malaysia, apa salahnya.

FF13 : Ohh, haa sejak bila Zaky main bola?
ZZ : Haa dah 10 tahun dah, start main dulu sejak sekolah rendah.

FF13 : Dulu sekolah menengah mana?
ZZ : SMK Pasir Gudang 2, Johor.

FF13 : Sekarang jersey kat team Johor nombor berapa?
ZZ :  Num 24.

FF13 : Apa pandangan Zaky terhadap penonton bola sepak Malaysia?
ZZ : Ohh, masih kurang la sokongan terhadap team team negeri dan kelab di Malaysia.

FF13 : Apa harapan Zaky kepada peminat-peminat Zaky Zulkifli?
ZZ : Oh ada peminat ke? (gelak) Kepada peminat, teruskan menyokong Zaky ok!

FF13 : Siapa idola Zaky, dan apa sebabnya?
ZZ : Kejap eh (adik dia kacau..zzzz) Haa, Idola saya, dah tentunya Roy Keane. Cara permainan keras dalam padang tu yang saya suka.

FF13 : Apa benda paling pelik yang pernah Zaky buat?
ZZ : Kalau pelik, takda kot. Tapi kalau apa yang saya suka, saya suka *********.
FF13 : Okay, kita akan masuk kan ni. (gelak)
ZZ : Eh jangan jangan, potong tu. Hahahahaha (ketawa besar)

FF13 : Okay Zaky, itu sahaja. Terima Kasih kerana sudi ditemubual blog Apa Kata Faliq dan semoga success dalam career.
ZZ : Okay, orait. Takdehal.


Zaky ketika ditemubual Astro Arena.




Perbualan dirakam pada tengah hari, 12 Februari 2011.

Soalan disediakan oleh Ketua Pasukan Kreatif Apa Kata Faliq, Faris Hilmi & Blogger, Faliq Firdaus

Trivia :

1) Zaky Zulkifli suka makan ayam.
2) Selain bermain bola sepak, Zaky Zulkifli juga kini bekerja di Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG)
3) Zaky Zulkifli boleh bermain sebagai Sayap Kanan dan Pertahanan Kanan.


*Keseluruhan temubual tersebut adalah asli dan gambar-gambar di atas adalah hak milik Nike Malaysia.

2 comments:

  1. gila bro zaky!dapat main dengan player2 sane x?

    ReplyDelete
  2. sekarang zaky ni main utk player mane?

    ReplyDelete