Monday, May 30, 2011

Piala Dunia di ASEAN? No!


Presiden AFC, Mohamed Hammam pernah menyatakan kekesalan beliau dalam mengadakan Piala Asia 2007 di empat negara ASEAN, iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam. Kata beliau, perkara ini merupakan satu pembaziran dan tidak lagi akan diulangi pada masa yang akan datang. Kata beliau,

"It is proving very difficult for [the executive committee as they] have to have four organising committees, four media centres and there are also financial considerations.". "[He would] definitely [not do] it [again]," if he had the choice.

Sunday, May 29, 2011

Takkan Ni Je?

Lately, dah keluar news yang mengatakan bahawa Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) yang dikepalai Tok Mat telah membuat laporan polis tentang perihal rasuah bola sepak yang melibatkan pasukan Piala Presiden Negeri Sembilan.


Monday, May 23, 2011

"Soal Ref" Bersama Subkhiddin Salleh #3

Fuhhh! Lama nak tunggu 23 Mei. Sampai juga harinya. Hari ni you all layan soalan terkumpul untuk saudara Subkhiddin Salleh kita. Tengok apa beliau jawab. Layan..


Thursday, May 19, 2011

Sesi Soal Jawab Bersama Yong Kuong Yong (Kuala Lumpur)

Seperti yang telah dijanjikan, berikut merupakan Sesi Soal Jawab bersama Yong Kuong Yong, 23, yang kini bermain untuk pasukan Kuala Lumpur saingan Liga Super. Taknak cakap banyak, layan sesi soal jawab berikut.


Faliq Firdaus (FF13)
Yong Kuong Yong (YY Pang)

Tuesday, May 17, 2011

Mana Pergi Gaji

Ohohohoh, makin panas rupanya kancah liga bola sepak tempatan kita ni. Ada player Liga Perdana yang mengadu kat aku, kata Persatuan Bola Sepak tak bayar gaji. Aiseeyy ape cerita ni. Haih mana tak pemain ambil rasuah. Duit nak bagi makan keluarga pun takda. Nak bagi diorang makan pasir ke? Kalau 1 bulan boleh tahan lagi, kot dah berlanjutan hingga 2-3 bulan macam mana tu? Pemain bola sepak ni bukan robot mak oiii.



Sultan Azlan Shah

Post kali ini lari tune sikit. Minggu lepas, aku terjumpa dengan kepingan gambar Sultan Azlan Shah, iaitu Sultan Perak dan Presiden Persatuan Hoki Asia. Beliau merupakan bekas Presiden Persatuan Hoki Malaysia yang kini disandang oleh Tengku Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah(juga merupakan Timbalan Presiden FAM).

Satu gambar yang menceritakan segalanya.

Foto pada 9 Mei, hampir dengan perlawanan Piala Sultan Azlan Shah

Sunday, May 15, 2011

Jeebsion?

Jeebsion

Jeebsion/Muhammad Najib Abdul Mukhti. Pernah dengar? He's one of the best M-League photographer in my opinion. and he used to be a blogger. He's closely related to Kedah FA team. But since the administration in the past few years have changed, i haven't heard about him since. His website Jeebsion.com, once to be my most visited site, appears to be a non-existing site. Wonder what's he doing now.

Saturday, May 14, 2011

Integriti

Berdasarkan maklumat yang sampai ke telinga aku, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ada bagi talk dekat Wisma FAM untuk media dan juga pegawai FAM. Entah betul ke tidak, wallahualam. Kalau betul, satu usaha yang bagus oleh SPRM dan juga FAM. Tapi bagi aku, setakat dekat Pegawai FAM tak cukup. Haaa sekarang ni dah mula heboh pasal rasuah bukan? Baca kat paper tadi, ketua pasukan kebangsaan iaitu Safiq Rahim dah bagi statement "Jaga periuk nasi kita".

Safiq Rahim bajet cute. Haramm. lol

"Soal Ref" bersama Subkhiddin Salleh #2

Disebabkan blogger.com agak hampeh semalam, blog ini telah mengalami kerosakan minor iaitu sesetengah comments anda hilang dan post mengenai saudara Subkhiddin Salleh juga lesap tanpa kesan. Oleh itu, aku post kembali sesi bersama Subkhiddin Salleh. Ada banyak soalan terkumpul, cuma aku asingkan mengikut post kerana jawapan yang diberikan agak panjang. Kini beliau sedang berehat daripada sebarang aksi di padang kerana calf muscle beliau telah koyak. Kata beliau, "Bercuti SAKIT tetapi banyak pula kerja sekolah yang nak kena BELEK"

Monday, May 9, 2011

Easier Said Than Done

Sekarang ni heboh semua peminat yang mempunyai "jiwa bola sepak tempatan yang sangat SETIA" bising. Kata mereka, kenapa lah susah sangat nak cari friendly matches untuk pasukan kebangsaan. Katanya Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM) lembab, katanya FAM bodoh, katanya FAM tak pandai mentadbir. Tidak dilupakan, aku digelar anjing FAM kerana mempertahankan sesuatu dasar. Tidak mengapa. Ya, aku akui, sesetengah organisasi memang bermasalah dan tidak berfungsi dengan baik dan aku bukanlah seorang yang pro-FAM mahupun anti-FAM, realitinya sesetengah perkara sememangnya mudah untuk diperkatakan tetapi sukar untuk dilaksanakan.

Sunday, May 8, 2011

Apa Sudah Jadi


Hasil pemantauan sebagai Panel Penilai Pemain Liga Super Negeri Sembilan sepanjang tiga bulan pertama Liga SUPER bermula ke atas semua pasukan yang bermain menentang Negeri Sembilan adalah menjadi satu tanda tanya apa sudah jadi dengan kuailiti pemain peringkat Liga Super kita. Kualiti yang dimaksudkan adalah dari beberapa aspek seperti teknikal skill dan taktikal. Tumpuan yang diberikan adalah lebih kepada aspek teknikal pemain, antaranya Passing short/long/Diagonal Penetrative, Ball Control All Parts of the Body, Shooting On&Off Target, Heading Defensive/Offensive, Tackling/Clearence&Ball winning, Crosses, Dribbling.

Friday, May 6, 2011

Jangan Hangat-Hangat Tahi Ayam

As we all can see, atmosphere bola sepak kian lama makin berubah. Semuanya kerna skuad bola sepak kebangsaan, bermula dengan era B.Sathianathan, secara perlahan menunjukkan peningkatan, hinggalah ke era kini, iaitu era King Raja.

Bakat Safee terserlah dalam skuad kebangsaan sejak era Norizan Bakar lagi, atau sebelumnya. Cuma tidak diketengahkan.

Wednesday, May 4, 2011

Konspirasi?

Hohohoho, cerita panas lagi. This is why I just love reading The MalayMail with its columnist, Haresh Deol. Sorry, malas nak tulis hari ini! So, aku akan link kan you all kepada article berikut. Konspirasi untuk menjatuhkan jurulatih Kuala Lumpur, Razip Ismail.

Razip Ismail, jurulatih Kuala Lumpur. Gambar milik Mazram IV

Who's The Best?

Di dalam kehangatan dalam perebutan gelaran juara Liga Super ni, aku sempat minum minam dan borak-borak bersama seorang pemain bola sepak. Kebetulan dia ada di Seremban, aku ambil lah kesempatan ni. Beliau bermain untuk sebuah pasukan di bahagian selatan. Borak macam biasa.

Tuesday, May 3, 2011

Nice Move By KAFA

Menyedari tidak ramai yang minat untuk berkecimpung didalam dunia kepengadilan, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) buat pertama kalinya sejak tiga tahun lalu mengadakan satu kursus bagi melahirkan lebih ramai pengadil futsal yang bertauliah.

Seramai 25 orang termasuk tiga peserta wanita telah menyertai Kursus Pengadil Futsal 2011 anjuran Kafa dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bermula Jumaat lalu dan berakhir semalam.

Dua bekas pengadil bola sepak kebangsaan iaitu Kassim Kadir Bacha dan M Saminathen yang mempunyai pengalaman luas didalam bidang kepengadilan mengendalikan sepenunhya kursus selama tiga hari ini.
 

Monday, May 2, 2011

Sesi Soal Jawab Bersama Nicholas Chan (Kelantan)

Mai sembang-sembang sikit sama Nicholas Chan. Dari tahun lepas, everyone's been buzzing around pasal Nick ni. Katanya dapat training dari West Ham United dan Cardiff City. Beliau juga tak boleh lari dari kenyataan bahawa beliau merupakan anak kepada Dato' Chan Tien Ghee, proud co-owner and chairman of Cardiff City Football Club which is on the brink of joining the Barclays Premier League next season. So what's the story? Jom borak. Layannnn~