Thursday, August 4, 2011

Sore Losers

Selepas tewas kepada Singapura tempoh hari, ada pihak yang tak mampu menerima kekalahan. Bukan nak salahkan diri sendiri, tapi salahkan pihak lawan pula. Seolah-olah tidak mampu menerima kenyataan bahawasanya kita tewas kerana kelemahan kita sendiri, kita mengatakan bahawa pengambilan pemain import untuk mewakili pasukan Singapura sebagai punca. Seolah-olah tindakan mereka tidak adil.



Banyak faktor kita tewas kepada pasukan Singapura tempoh hari. Dari kebergantungan yang berlebihan terhadap Safee Sali, hinggalah ketidakampuhan bahagian pertahanan.

Begitu berat beban yang dipikul Safee.
And yet, kita tak boleh terima kekalahan dengan berkata;

"Ala boleh la diorang menang, diorang pakai foreigners"

The truth is, pasukan Singapura merekrut pemain melalui Singapore Foreign Talent Scheme, dan mereka mempunyai asas mereka yang tersendiri. Kita perlu sedar bahawa jumlah pemain bolasepak yang berkelahiran Singapura hanyalah 171 pemain daripada 10 kelab di Liga-S (tidak termasuk pemain *Prime League), berbanding di Malaysia yang mempunyai sejumlah 380 pemain daripada 14 pasukan Liga Super 2012 termasuk Harimau Muda A (tidak termasuk pemain Piala Presiden).

Dengan jurang jumlah pemain dengan begitu besar, mereka punya sebab tersendiri untuk berbuat demikian. Seperti kita, mereka juga tidak mahu ketinggalan. Tetapi apabila kita mengucapkan remarks seperti di atas, kita secara tidak langsung mengatakan bahawa pemain kita tidak mempunyai standard dan taraf yang sama dengan pemain luar, dan tidak berkebolehan sepertimana pemain di luar. Seolah-olah kita ni hanya bermain di "Liga Taman" dan pemain import ini adalah "pemain Piala Dunia". Mentaliti ini harus diubah. Harus diingat, ini taraf antarabangsa, inilah cabaran yang harus dihadapi oleh kita. Kita bukan setakat nak jadi jaguh kampung.

Sekiranya kita mempunyai cara kita yang tersendiri untuk menambah mutu pasukan kebangsaan, mereka juga punya cara mereka yang tersendiri.




*Prime League merupakan Liga Simpanan, di bawah Liga Singapura. Setiap pasukan dibenarkan untuk mengambil 2 pemain import yang berumur 18 hingga 21 tahun. Jika di Malaysia, Prime League boleh dianggap setaraf dengan Piala Presiden. 



SEMUA GAMBAR DI ATAS ADALAH HAKMILIK DUNIASUKAN.COM

No comments:

Post a Comment