Saturday, August 6, 2011

"Update" Bersama Iqma Tarantino : Pasukan Negeri Sembilan


Assalamualaikum, aku minta maaf sangat la dah lama sangat tak update ni ha. Banyak kena handle la bro sekarang kan.

Okay, minggu ni kita borak pasal Negeri Sembilan. Hah, semua dah tahu yang skuad hoben jang hoben play under performance last season kan and coach pun telah bertukar. Takda lagi coach Wan J (Wan Jamak) lagi dan kini N9 dibawah kendalian Ak-9 iaitu coach Azraai Khor. Apa yang aku nak borak ni, Adakah N9 masih akan berbelanjakan sejumlah wang untuk membawa masuk player luar?



Ini kerana N9 da berbelanjakan banyak last season. Dah ramai player local dibawa masuk ke dalam squad hoben jang hoben. “ Nak tengok muko waghieh pun payah sekarang ni ” bak kata sorang pakcik kek kodai mamak. Kalau ikut kata MB N9 pulak, gaji dah naik dah, “saya bayar dekat player ni 16k ke 20k sebulan, tapi kalah laie tu, kot saya bayar 3k sebulan kek budak felda, tak berhonti lari “. Haha, ini adalah kata kata yang ketidakpuasan hati peminat la tu. Tapi aku, Iqma Tarantino, masih sokong 100% N9. Okay back to the question, since kita dah bawa masuk ramai local player last season, so adakah masih kita perlukan player luar? Okay pendapat aku, NO, we don’t need any foreign player and we have a lot of young talented players in the squad. Use them.

Ini pendapat aku la, sebab pertama, aku rasa kan kita ada banyak talented player yang masih tak tunjuk 100% last season and bahagian pertahanan pun dah kuat dah dengan adanya Zamani Misbah yang kita tahu memang such a talented and experience sangat tinggi beb. Penjaga Gol kita dah ada dah Farizal yang hari tu main time Chelsea, fuh superb performance bagi aku. Midfielder dah ada Mahathevan tu ha, kan baik tu. Striker kita da bawak masuk Ahmad Faakri Saarani tu and ada ramai lagi player aku tak mention lagi yang memang young and talented. Buat apa la nak bawa masuk lagi foreign kan, guna je dieorang ni.

Ahmad Fakri Saarani
Okay sebab kedua, bila foreign player ada, memang la ada pendapat yang kata player kita dapat bersaing untuk merebut tempat and learn something from them, but cuba kalau kita fikir pulak and ini pendapat aku. Apabila FAM tidak benarkan foreign untuk main di Liga M dulu, tengok macam mana youth of today boleh bangga kan player kita and bagi aku nowadays, our players have become a idol to them. Kalau dulu player kita hanya jadi tukang support player je kan, tapi sekarang jadi first player. So, bagi N9 biar kita usaha guna "Malaysian power".  Baru syook, baru ada fight. Haha

Okay ketiga, nak bayar gaji dieorang ni bukan la murah, so buat apa kita nak bazir kan duit dari beli player luar better ambil player local kan. Hah, tapi kita jangan lupa jugak, coach kita ni hah boleh dikatakan hebat dalam penggunaan foreign player ni, siapa tak ingat macam mana dia bawa Kedah dulu dan macam mana hebat nya Marlon James, Nelson Martin and Cornelius Huggins. Berapa banyak kali dia sapu bersih semua piala kan.

Trio import; Marlon Alex James, Huggins, Nelson Sam
So lastly, to all fans of N9, korang nak piala menang by a foreign or nak menang by our local player? For me, I will choose local players and tak kisah if kita just menang 1 cup dari menang 2 3 piala and cup tapi dimenang kan oleh foreign. Sebab bila kita lihat our own player win it, it means a lot to us. Bye. Stay with us.

No comments:

Post a Comment