Monday, October 31, 2011

Pelanduk Dua Serupa #3

Hah! Kali ni sape plak mangsa pelanduk dua serupa kita? Tak lari ke negeri mana lagi. Masih stuck di Negeri Sembilan. Sapa lagi kalau tak lain tak bukan penyerang muda NS, Firdaus Azizul. Haaaa pemain yang diberi nickname "King". Siapakah pasangan "Pelanduk Dua Serupa" beliau?

"King" yang berjersi kuning. foto by MatSaja from BHarian.

Sunday, October 30, 2011

Hai-O's Milestone, Hobin Jang Hobin, Berakhirnya Musim 2011

Liga Malaysia 2011 menutup tirai dengan Piala Malaysia kembali ke "negeri beradat" iaitu Negeri Sembilan, selepas menewaskan pasukan Terengganu, 2-1. Siapa lagi heronya, kalau bukan Hairudin Omar.

Aku masih lagi teringat akan apa yang bekas jurulatih kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan, cakap dekat aku. Dia cakap;

"Kedua-dua pasukan memiliki kekuatan serangan yang seimbang, yang akan menentukan siapa yang akan menang ialah melalui kesilapan yang akan dilakukan oleh bahagian pertahanan kedua-dua pasukan."

Wan Jamak Wan Hassan. Foto Mylaunchpad Sports.

Thursday, October 27, 2011

K. Reuben Factor


"KADANGKALA ada yang kelakar dan melucukan, tetapi ada juga yang memalukan. Apatah lagi apabila pemain itu bergelar pemain kebangsaan dan menuntut di universiti.

Begitulah yang terjadi kepada K Reuben ketika menentang Australia di perlawanan persahabatan di Canberra, minggu lalu. Entah apa yang yang difikirkan pemain itu ketika berlari laju cuba merampas bola tapi sebaliknya merempuh pengadil perlawanan. Ia satu kesilapan yang tidak harus dilakukan di peringkat antarabangsa. Rempuhan seperti itu hanya kita lihat dalam aksi liga kampung atau estet. Pemain itu kini menjadi legenda YouTube tapi menimbulkan persoalan yang membimbangkan.

Sejak kebelakangan ini prestasi pasukan kebangsaan kian merosot dan pemilihan pemain seperti Reuben menunjukkan kita sudah kepincangan idea. Mungkin dia pada suatu hari akan menjadi pemain profesional dan seterusnya mengumpul pengalaman luas untuk beraksi lebih matang tetapi apakah hala tuju pasukan kebangsaan kita ketika ini.


Apabila terdapat situasi yang mana ketua pasukan digugurkan dan digantikan dengan pemain amatur bermakna bola sepak kita kini berada dalam keadaan merudum. Dengan itu kita harus mencari jalan penyelesaian sebelum keadaan ini terus menjadi lebih buruk." - Bola Shebbie : Mana hala tuju negara? Harian Metro 16/10/2011

K. Reuben - Bintang baru pasukan Angkatan Tentera Malaysia(ATM) 2012. pic by Bruno Mars.

Wednesday, October 26, 2011

Pelanduk Dua Serupa #2

Makin menjadi-jadi dunia. Muka ada yang hampir sama. Bak kata mika mika kat luar sana, dalam dunia ni ada 7 orang muka sama. Wallahualam. Kali ni, layannnn muka pemain kebangsaan merangkap penyerang pasukan Negeri Sembilan, Ahmad Fakri Saarani dengan muka junior beliau, iaitu Nazri Yahya yang juga merupakan salah seorang ahli skuad Piala Presiden Negeri Sembilan.


Tiket Oh Tiket!

Kebangkitan penyokong terhadap tindakan FAM yang menaikkan harga tiket dari RM30 ke RM50 untuk perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 di antara Terengganu dan Negeri Sembilan bukan lagi rahsia. Tarif tiket yang diberikan adalah applicable kepada semua tempat duduk di dalam Stadium Shah Alam, Selangor.

Aku sudah menjangkakan bahawa keadaan ini akan berlaku. Sooner or later. Sama ada pihak FAM
bersifat opportunist mahupun realist, bergantung kepada pandangan masing masing. Lets be fair. Semua pun tahu apa alasan FAM, dan apa keluhan peminat.

dari n9futbol.

Saturday, October 8, 2011

Sodih Abang

Sodih abang.
 Terimalah nukilan agung daripada FF13 yang bertajuk Sodih Abang (Sedihnya Saya).

Wednesday, October 5, 2011

Khas Untuk Abe Tomyam

Dari blog kakinyameruncingnyapun.blogspot
Sementelah abe first choice goalie kita, Khairul Fahmi Che Mat putus tunang, ambo mencari cari lagu yang paling sesuai untuk ditujukan kepada beliau. Akhirnya....jumpa!

Walaupun cerita ni dah agak lama, aku peduli apa nye pun! Hahaha.

Monday, October 3, 2011

Guidelines 2012

Kalian semua sudah tahu mengenai Guidelines baru bagi pengambilan pemain import bagi Liga Malaysia tahun 2012. Kalau ada yang belum tahu apa aturannya, KLIK SINI.

Sebelum baca post ni, papehal baca apa dia guidelines yang diberikan.

Kedah Treble Winning Team.