Wednesday, October 26, 2011

Tiket Oh Tiket!

Kebangkitan penyokong terhadap tindakan FAM yang menaikkan harga tiket dari RM30 ke RM50 untuk perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 di antara Terengganu dan Negeri Sembilan bukan lagi rahsia. Tarif tiket yang diberikan adalah applicable kepada semua tempat duduk di dalam Stadium Shah Alam, Selangor.

Aku sudah menjangkakan bahawa keadaan ini akan berlaku. Sooner or later. Sama ada pihak FAM
bersifat opportunist mahupun realist, bergantung kepada pandangan masing masing. Lets be fair. Semua pun tahu apa alasan FAM, dan apa keluhan peminat.

dari n9futbol.
As for me,
Aku bukanlah peminat skuad Negeri Sembilan, walaupun aku menetap di sini. Apatah lagi menyokong pasukan Terengganu. Tetapi aku di sini bercakap sebagai seorang peminat bola sepak tempatan. Aku hadirkan diri ke Stadium Nasional Bukit Jalil, walaupun ada ketikanya melibatkan pasukan yang tidak ada kena mengena dengan aku.

Sejak tahun 2000, range tiket final tidak lari dari RM10 ke RM 15. Tapi sejak final FA Cup 2009, aku perasan tiketnya dah naik ke RM20, ini free seating tak silap aku. Seterusnya ke RM30(tiket biasa), dan pada tahun ini, akhirnya mencecah RM50 bagi final Piala Malaysia.

Ada yang berkata, "Berbaloi la RM50 untuk aksi final."

I tell you man, kalau aku perlu bayar RM50 untuk aksi yang lebih kurang sama dengan aksi RM30 final tahun lepas, LUPAKAN LAH. Akuilah, tidak banyak perbezaan yang berlaku di dalam kancah bola sepak tempatan, cuma "hype" dan "euphoria" surrounding the football scene sahaja yang berubah.
Bagi aku, mungkin akan tiba masanya harga RM50 ini, but now its just not the appropriate time to implement this, dengan masalah ekonomi segala. Mengenai status AJK FAM, dan siapa yang mengendalikan Liga Malaysia, itu persoalan kedua.


Sebab itu, its not appropriate untuk bandingkan mereka yang bayar RM300 untuk saksi kelab EPL dengan mereka yang bayar RM50 untuk aksi final Piala Malaysia. Jauh sekali perbandingan yang tidak relevan ini. Soal ulat tiket itu seharusnya diselesaikan menggunakan mekanisme yang lain.

Kepada Football Association of Malaysia(tak main lah Maldives), bak kata Mahatma Gandhi;

"To solve the people's problem, you need to be with the people."


Merujuk kepada statement Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzudin;

"Malaysia adalah sebuah negara demokrasi di mana penyokong bebas memilih untuk memulau perlawanan akhir nanti dan FAM tidak mempunyai sebarang kuasa bagi menyekat keputusan mereka itu." - Berita Harian 26/10/2011

Aku tidak terkejut sesetengah pihak mengatakan bahawa FAM telah "merompak" mereka. Janganlah ambil kesempatan di atas semangat peminat bola sepak di Malaysia ini.


Maka dengan ini aku percaya, para penyokong bola sepak akan menyahut cabaran ini.

"If it's a war they want, it's a war they'll get."
Its between the supporters and FAM now, not between Terengganu and N.Sembilan.

Aku tengok saja situasi ini dari jauh. takda niat nak pergi tengok pun. kehkehkeh.

No comments:

Post a Comment