Friday, November 18, 2011

Putus Cinta Dek Kerna Susanti

Wkwkwkwwkwkwkwkwk. Memang joke of the day. Bak kata deejay utama N9futbol's Syapalikh FM, iaitu DJ Edy Wok,

"Terputusnya PERCINTAAN aku dengan SUSANTI hanya kerana Indon kalah bola"

Kepada penyokong-penyokong Indonesia. wkwkwkwkwkkw

Perlawanan terakhir peringkat Kumpulan A, di antara Malaysia dan Indonesia, yang berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada Malaysia, hasil jaringan Syahrul Azwari. 18 tahun. Muda, tapi dah tunjuk potensi. Aku masih ingat lagi aksi sulung Safee Sali di Stadium Paroi. Masa tu perlawanan persahabatan di antara Malaysia dan Singapura. Aku tak ingat score dia. Tapi masa tu, Safee Sali masih baru dalam skuad kebangsaan. Berambut panjang, dia lincah yang amat. Dia kotak-katikkan pertahanan yang dipimpin Daniel Bennett ketika itu, tetapi gagal menemui jaringan. Sehari selepas itu, aksi dia menentang Singapura tu dapat liputan di TV3. Mulalah dibandingkannya dengan aksi SuperMokh. Sama juga dengan aksi Syahrul Azwari ni. Penuh potensi. Sikit masa lagi, meletup ni. Nazmi Faiz, tak perlu dipertikaikannya. Bak kata Zainal Abidin Rawop, umurnya masih 17 tahun, tapi bermain seperti sudah berumur 27 tahun. Kau tengok macam mana tenang dia control midfield Malaysia kan? Patut diberi peluang untuk menyarung jersi senior kebangsaan selepas ini, sekali lagi di hadapan K. Reuben. Kehkehkeh. Amer Saidin, 18. juga tidak perlu diketepikan. Mungkin akan dapat chance dia dalam SEA Games selepas ini.




Papehal, game tadi dikawal baik oleh ref perlawanan, Fahad Alkassar. Strict, and no nonsense. Mungkin juga boleh diberi peluang untuk mengadili perlawanan akhir. Dengan kemenangan ini, kita merupakan juara kumpulan A, dan bakal bertemu pasukan Myanmar pada saingan separuh akhir. Tetapi yang aku agak terkilan, ialah ketika sebelum perlawanan bertemu pasukan Indonesia ini. Ramai sudah berteka-teki untuk mengelak daripada bertemu pasukan Vietnam pada saingan separuh akhir. Pada pandangan aku, sekiranya kita ini merupakan winning team, kita tidak perlu elak daripada sesiapa. Ingin jadi juara, act like one. The champs fear no one. Lebih baik kita kecundang pada saingan separuh akhir dengan tentangan yang hebat berbanding memenangi pertandingan kerana nasib. Pape pun, tahniah Harimau Muda. Kalau Indonesia kata kita "maling", mereka silap. Tidak ada dalam kamus mereka sebelum ini perkataan "Garuda Muda", tidak ada dalam kamus mereka sebelum ini perkataan "Indonesia Bisa". Dari mana datangnya perkataan itu? Siapa lagi kalau bukan kita. 


Dilaporkan juga bahawa pasukan Malaysia pulang ke tempat penginapan menaiki kereta kebal "Barracuda". Tak hormat lagu "Negaraku". Apa sudah jadi dengan Indonesia. Sesungguhnya Sukan SEA  kali ini merupakan laughing stock kepada dunia. Matlamat sukan yang tidak tercapai. Tuan rumah yang langsung tidak memupuk semangat perpaduan. Busuk punya kaki.


Salam Sukan Malaysia.

No comments:

Post a Comment