Friday, June 24, 2011

The Time of Our Lives

Untuk post kali ini, moh layaannn lagu lama. The Time of Our Lives, nyanyian Il Divo & Toni Braxton. Lagu ini merupakan lagu rasmi/komersil bagi 2006 FIFA World Cup Germany.



Saturday, June 18, 2011

"Soal Ref" Bersama Subkhiddin Salleh #4

Hey guys, lama dah saudara pengadil ulung kita, Subkhiddin Salleh, tidak beraksi di dalam blog ini! And now he's back. Macam biasa, aku release post untuk jawapan sedikit demi sedikit. Di samping itu, aku turut sertakan sedikit gambar dari Final Piala Malaysia 2010 yang diadili oleh Subkhiddin Salleh. Terima Kasih DS Images.
 

Wednesday, June 15, 2011

Maaf Daudsu

Perkara yang paling membingungkan aku pada hari ini, ialah;

KAFA tidak akan hukum Daudsu - Annuar Musa

(Keratan akhbar Kosmo, 15 Jun 2011)

Daudsu Jamaluddin

Monday, June 13, 2011

Peteh Ganu Peteh!

Thriller. This only applies to final minutes of the game. Saat Daudsu Jamaluddin menanduk masuk bola tendangan Manaf Mamat ke dalam gawang sendiri, aku melompat macam haram. Bukan sebab aku sokong Terengganu, tapi sebab dah lama tak ada perlawanan kat Malaysia ni, yang thriller macam ni. Gol last-last minute. Time tu semua hampir penyokong balik doh. Dan bila Terengganu score lagi satu, aku mengharapkan Kelantan equalise balik. Tapi harapan tinggal harapan. Hehe.


Saturday, June 11, 2011

Safee Sali In All-Stars Team

Kerjaya penyerang sensasi kebangsaan, Safee Sali, makin menyinar di bumi Bhinneka Tunggal Ika, Indonesia. Ini kerana, beliau kini tercalon dalam senarai pemain untuk pasukan Indonesian Super League All-Stars. Selain beliau, antara mereka yang femes dan tercalon ialah Noh Alam Shah(Arema, Singapura), Agu Casmir (Persija, Singapura) dan Bambang Pamungkas (Persija, Indonesia). Mereka ini akan diundi oleh para peminat di Indonesia melalui SMS untuk menentukan siapakah yang layak untuk disenaraikan di dalam pasukan All-Stars.



Abang Tomyam Makin Menjadi-jadi


Populariti Khairul Fahmi Che Mat(Kelantan), iaitu Penjaga Gol Kebangsaan, makin menjadi-jadi kebelakangan ini. Disebabkan beliau popular dan menjadi bualan hangat gadis-gadis meooww seantero Malaya, beliau telah disebat oleh penyanyi, Andi A. Merican untuk beraksi di dalam music video single beliau yang berjudul Solo. Mari kita lihat bagaimana Abang Tomyam kita beraksi. Lihat bawah ; 

Thursday, June 9, 2011

Datuk Seri Abu Kassim

Sementara semua tengah sibuk sibuk nak Final Piala FA 2011 ni, jom layan video forum RASUAH : PEMUSNAH TAMADUN, anjuran Sinar Harian. Ahli panel ; Datuk Nizar Jamaluddin, Ezam Noor, dan Datuk Seri Abu Kassim merangkap Pengarah SPRM. Jangan fokus kat both politicians tu, fokus kat jawapan yang diberikan oleh Datuk Seri Abu Kassim. Layan!

Tuesday, June 7, 2011

Yusarman Yusof

Kepada para pembaca yang dahulunya bersikap skeptikal mengenai post rasuah bola sepak sebelum ini, ini sahaja jawapan aku. I TOLD YOU. Kerana kami di blog Apa Kata Faliq akan bercakap berpanjikan fakta, bukannya khabar angin(kecuali jika dinyatakan).

Kini, seantero Malaya sekarang sedang heboh memperkatakan gejala rasuah yang melibatkan pasukan Piala Presiden Negeri Sembilan. Bekas Ketua Jurulatih, Yusarman Yusof, telah dihadapkan ke mahkamah dan didakwa memberi rasuah kepada pemain jagaannya. 21 pertuduhan. Tapi macam biasa lah, tak mengaku. Perlu diingatkan di sini, beliau BELUM LAGI TERBUKTI BERSALAH kerana belum lagi dibicarakan.

Tapi aku cukup yakin, tibanya saat beliau terbukti bersalah, ini akan menjadi permulaan bagi sesuatu yang baik. Satu amaran, kepada semua yang terlibat dalam arena sukan.


Yusarman Yusof

Monday, June 6, 2011

Bercelaru, Apa Nasib Selangor PKNS?

Kasihan pasukan Selangor PKNS. Walaupun sudah bergelar Juara Liga Perdana 2011, ianya belum tentu dapat menjamin kenaikan mereka ke Liga Super pada 2012. Ini kerana, Datuk Hamidin Amin(Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan/Naib Presiden FAM) menyatakan bahawa FAM masih dalam proses perbincangan sama ada jumlah bilangan pasukan dalam saingan Liga Super 2012 akan kekal dengan 12 pasukan ataupun 14 pasukan.

Selangor PKNS, Juara Liga Perdana 2011

Sunday, June 5, 2011

Laughing Stock

First of all, tahniah kepada Ketua Jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, K. Rajagobal yang telah dikurniakan Panglima Jasa Negara (P.J.N) yang membawa gelaran "Datuk" sempena Hari Keputeraan YDP Agong.


Penganugerahan ini memberi harapan kepada semua jurulatih/atlet bahawa, sekiranya Perdana Menteri bersorak bersama peminat melihat persembahan anda, you're going to get yourself a Datukship.

Friday, June 3, 2011

Keep On Blaming!

Bila terjadi perkara buruk sahaja, salahkan FAM. Salahkan FAM. Salahkan FAM. Salahkan FAM. Salahkan FAM. Salahkan FAM. Maybe that's the mindset they were born with. Semuanya bercakap dan berkata-kata seolah olah mereka lebih mengetahui berbanding FAM itu sendiri dalam sesetengah isu. Ada kalanya, membangkang keputusan yang diambil oleh FAM just for the sake of opposing the authoritarians. Kalau ada sesuatu keputusan yang tidak menyebelahi mereka, mereka tetap membangkang.