Thursday, December 29, 2011

E-Mag Edisi Disember Dunia Sukan Online

Maaf rakan pembaca, dah lama tak update blog. Dengan artikel mengenai pembangunan pun belum lagi disiarkan. InsyaAllah, dalam masa terdekat ni. Harap maaf, sebab terlalu banyak komitmen. Ape-ape pun, dapatkan e-mag edisi Disember Dunia Sukan. Padat dengan aksi sukan, selain daripada sneak peek Liga M 2012. Ada poster-poster resolusi besar pemain seperti Nazmi Faiz dan Mohamed Ghaddar. Korang download, then terus print kat kedai. :D



Monday, December 5, 2011

Selamatkan KLFA! Mari Bantu Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur

"Krisis kewangan yang dihadapi oleh Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur(PBKL), kini mula mendapat perhatian segenap pihak. Pasukan Kuala Lumpur yang akan beraksi di dalam saingan Liga Super pada musim hadapan, masih mencari-cari tajaan daripada pihak korporat. Walau bagaimanapun, segala usaha yang diketuai Presiden, Datuk Astaman Aziz kini menemui jalan buntu. Sehubungan dengan itu, para penggiat bola sepak telah melancarkan kempen “Selamatkan PBKL” untuk mengurangkan beban pihak persatuan itu."



Berita penuh Dunia Sukan Online | Selamatkan KLFA


Khairul Fahmi Che Mat, Apa Tanggungjawabnya

"Tak pandai menari, salahkan lantai". Itu yang aku boleh ungkapkan kepada mereka-mereka yang telah menyalahkan media serta blogger-blogger seperti RotiKaya.com yang telah menyiarkan artikel berhubung perilakunya di luar padang.

Khairul Fahmi Che Mat

Pelanduk Dua Serupa #6

Kali ni, dapat email daripada saudara BigTruffle, katanya ce try bandingkan seorang player ni.

Player import pasukan Selangor, iaitu Ramez Dyoub. Ramez merupakan centre back buat negara Lebanon, dan akan menyarung jersi Gergasi Merah bagi musim 2012.

Ramez Dyoub, 27