Friday, March 23, 2012

"Hard Talk" - Haresh Deol(The Malay Mail)


Maaf sebab minggu lepas tak ada. Al-maklumlah, gua tengah exam sekarang. Busy sikit. Walau bagaimanapun, impian aku untuk wartawan kanan The Malay Mail, Haresh Deol memberikan pendapat dalam Blog Apa Kata Faliq tercapai. Saudara Haresh Deol cukup terkenal dari segi "investigative journalism" yang cukup aku kagumi, kebolehannya. Baru-baru ini, Haresh Deol baru sahaja memenangi Anugerah Wartawan Sukan Terbaik dan Anugerah Laporan Khas Terbaik (Deplorable! - Foul!) pada malam Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia(SAM)-100Plus 2011. Jadi, satu penghargaan buat aku, untuk mendapat sentuhan beliau. Layankan pendapat beliau.

Wednesday, March 14, 2012

Manager-Wannabe

Pemain bola sepak. Bila mereka di bawah, tak ada siapa yang kenal. Tak ada siapa yang nak bantu mereka. Tak ada siapa yang amik "port" pasal mereka. Bila dah femes, bila dah jadi superstar, mula lah. masing-masing beriya-iya mengaku kawan. Yang kawan dulunya tak amik kisah pasal perkembangan career pemain, langsung tiba-tiba jadi manager. Bila dah jadi manager, ingatkan tahu la nak buat kerja sebagai "manager", rupanya setakat jadi manager sebab tahu kawannya si pemain bola tu merupakan seorang superstar. Tiba-tiba rasa nak bantu ye tak? Nak bantu bukan nak membantu dari segi perkembangan career, tapi sekadar nak bantu uruskan duit yang keluar masuk. Baru dapat komisen ye tak?

10 percent please?

Tuesday, March 13, 2012

Iklan - Scuba Open Water Course by NAUI, Taylor's Scuba Diving Club

Sup yo! Kepada semua kaki kaki skuba! Ini peluang untuk uolls! Ada program anjuran Taylor's University Scuba Diving Club. Dan ianya terbuka! Baca informasi di bawah untuk maklumat lanjut.



Tuesday, March 6, 2012

"Hard Talk" - Aysha Ridzuan(ESPNSTAR.my)


Seperti yang telah dijanjikan, minggu ini akan bermulanya segmen baru, iaitu "Hard Talk bersama Blogger Jemputan", yang akan menampilkan pendapat para pengkritik sukan tanah air, sama ada dari lidah seorang wartawan, mahupun peminat yang mempunyai kredibilti yang tersendiri. Untuk permulaan, ikuti pendapat seorang wartawan sukan ESPNSTAR.my yang kini sedang berkelana di Singapura iaitu Aysha Ridzuan.

Saturday, March 3, 2012

10 Bintang Muda Pilihan (Liga Super 2012)

Berdasarkan pemerhatian aku terhadap arena bola sepak negera, aku dan rakan sekerja Al Zaem (Dunia Sukan) telah mengeluarkan satu senarai "10 Bintang Muda Pilihan" yang aku fikir bakal menyinar dalam saingan Liga Super 2012. Lihat pilihan-pilihan aku.




Segmen Baru; Hard Talk Bersama Blogger Jemputan


Mulai hari ini, Blog Apa Kata Faliq bakal menjalani proses transformasi yang pertama. Segmen Blog; Tanya Coach bersama Coach Shan akan digantikan dengan segmen blog yang baru iaitu Segmen Blog; Hard Talk Bersama Blogger Jemputan. Sila baca sepenuhnya.