Friday, January 18, 2013

Frenz International Cup 2012, Kuala Lumpur

First of all, gua ingin berterima kasih kepada saudara Loose Cannon, Ibn Hashim dan juga Shaukei Kahar kerana memberikan gua peluang untuk melibatkan diri di dalam committee Frenz International Cup 2012.


Satu pengiktirafan tertinggi buat gua untuk bersama sama dalam pasukan menganjurkan kejohanan ini. Tugas 10 hari bertempat di Best Western Premier Dua Sentral merupakan satu perjalanan yang kinky dan out of this world. 


Apa apa pun, Slovakia telah muncul sebagai juara sulung dan berjaya menyebat USD50,000. Lubomir Tupta dari Slovakia pula muncul sebagai penerima "Anugerah Pemain Paling Berharga" Astro Arena, dan menyebat USD3,000. Tupta habaq dia sebat USD1,000 je, lagi USD2,000 lagi dia share dengan teammates. Elok bebeno le tu.

Lubomir Tupta - Slovakia

Slovakia U-15
Barisan staf dan skuad Slovakia, bagi saingan Piala Antarabangsa Frenz 2012.
Untuk maklumat lanjut mengenai tourney ini, sila wiki Frenz International Cup 2012.

Aku juga ada penilaian aku tersendiri. It was a huge success, and we saw numerous amount of talent yang mempunyai potensi hebat pada masa hadapan, baik pasukan luar mahupun pasukan tempatan.

Speaking of pasukan tempatan, gua sangat tertarik dengan aksi Haziq Hossein dari Frenz United Malaysia. Anak kelahiran Kuching ni main right wing, dan managed to score two goals sepanjang kejohanan. Bakat besar budak ni. Serious besar. Belah kanan padang dia pegang la senang cerita. Laju kalah David Odonkor.

Haziq Hossein, bakat besar.

Beberapa nama besar dunia bola sepak Asia turut turun padang menyaksikan kejohanan ini. Antaranya Witthaya Laohakul(Thailand), Sutan Harharah(Indonesia), dan Hamid Reza Estili(Iran).

Witthaya Laohakul yang juga kini merupakan Ketua Jurulatih Chonburi FC, hadir pada perlawanan akhir kumpulan B, di mana Chonburi tewas 5-0 kepada Slovakia. Beliau turut memberikan "pep talk" pada half time perlawanan, tapi masih gagal menaikkan semangat budak budak Bawah 15 Tahun Chonburi FC.

Witthaya Laohakul merupakan satu-satunya pemain Thailand yang pernah main di Germany. Kedatangannya bersama delegasi Chonburi FC diketuai oleh Naib Presiden Chonburi FC, Thanasak Suraprasert turut menyaksikan perlawanan.

Sutan Harharah, bekas pemain lagenda Indonesia pada tahun 70an, kini merupakan Pengarah Teknikal Frenz United Indonesia. Soft spoken orangnya. Dia siap habaq, "I played with Malaysian legends; Soh Chin Aun, Santokh, and even Mokhtar Dahari. They are like my own brothers." Serious gua habaq hang, beliau bertutur dalam bahasa Inggeris ok.

Last but not least! The one and only Hamid Reza Estili! Hadir ke Piala Antarabangsa Frenz 2012 sebagai Pengarah Akademi Persepolis FC yang muncul Naib Johan kejohanan. Kiranya ketua delegasi lah ni.

Hamid Estili merupakan bekas pemain Piala Dunia 1998 Perancis mewakili pasukan Iran. Beliau turut berjaya menjaringkan satu gol menentang USA ketika itu.



Satu pengiktirafan untuk kejohanan, di mana lagenda-lagenda berikut telah hadir dan memberi impak secara langsung dan tidak langsung.

Faliq Firdaus(right), with a fan named Hamid Reza Estili. Kah kah kah

Oh yea, sebelum terlambat. Jutaan terima kasih kepada para pembantu saya semasa kejohanan. Staff-staff saya ini telah memberikan usaha yang terbaik dalam tugas yang telah diberikan. Syabas Ahmad Maaroff Baharuddin dan Mohamad Afiq Ruslan!

Maaroff "Yobby" dan Afiq "Beckham"

Sekian! Salam 2013!

1 comment: