Sunday, October 27, 2013

Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara? (2)

Masih lagi dengan Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara 2014-2020, kali ini dengan post yang kedua. Aku telah nyatakan 1 sebab dalam post yang lepas, dan tanpa berlengah mari kita ke sebab-sebab yang berikutnya. Sebelum itu, layan video di bawah!



2) Akademi Bola Sepak Negara, Gambang
Akademi Bola Sepak Negara, Gambang Pahang
Ehem. Ini bukan kepunyaan Persatuan Bola Sepak Malaysia, tetapi ianya milik Kementerian Belia & Sukan - Kerajaan. Dikhabarkan akademi ini akan dilengkapi dengan state-of-the-art facilites, sebanyak 5 daripada 11 padang bola sepak dan sebuah bangunan persalinan dalam fasa pertama pembinaannya telah berjaya disiapkan. Dikhabarkan akademi ini mempunyai clubhouse dan lain-lain kemudahan yang bertaraf antarabangsa. Apabila bercakap mengenai milik KBS, yakni ini bermaksud Lim Teong Kim, Pengarah Projek NFDP yang diberi green light untuk mengaturkan segala perancangan dan mempunyai ABN yang terletak di Gambang, Pahang ini sebagai titik permulaan untuk menentukan apakah fungsinya untuk NFDP kelak. Adakah ini La Masia Malaysia yang baru?

Menarik untuk kita nantikan, apakah langkah seterusnya Teong Kim/KBS dalam menentukan hala tuju akademi ini kerana akademi ini mampu memuatkan ratusan pemain berdasarkan kapasiti - serta keluasan 30 hektar. Siapa yang nak berlatih dengan 11 padang tu apabila siap kelak?


3) Sekolah Sukan Malaysia
Sekolah Sukan Bukit Jalil, yang terkenal dalam melahirkan pemain bola sepak bertaraf antarabangsa.
Seperti kalian sudah ketahui, negara kita mempunyai 4 Sekolah Sukan Malaysia buat ketika ini; Sekolah Sukan Malaysia Bukit Jalil, Sekolah Sukan Malaysia Tunku Mahkota Ismail, Sekolah Sukan Malaysia Pahang, dan Sekolah Sukan Malaysia Sabah. 

Buat masa dan ketika ini, SSBJ menempatkan pemain remaja kebangsaan bagi umur bawah 14 tahun dan bawah 17 tahun. Manakala dikhabarkan SSTMI pula menjadi medan latihan untuk mereka yang berumur bawah 15 tahun. SSM Pahang pula kini menjadi hos kepada pemain remaja kebangsaan bawah 13 tahun.

Ok, ini yang menarik. Dengan kewujudan Akademi Bola Sepak Negara (ABN) Gambang, apakah fungsi ABN sama dengan fungsi SSM yang lain, iaitu menempatkan pemain-pemain remaja kebangsaan dan akan broaden the base of the national pool? Menarik untuk kita perhatikan.


4) Piala Dunia FIFA Bawah 17 Tahun

Piala Dunia FIFA Bawah 17 Tahun yang pertama kali dilancarkan pada 1985 ini, merupakan medan pertarungan utama pemain bola sepak antarabangsa bawah 17 tahun untuk setiap dua tahun.

Melayakkan diri ke kejohanan dunia ini merupakan sasaran yang diletakkan oleh Lim Kim Chon, bekas Pengarah Teknikal (Ketua Pembangunan Bola Sepak Remaja Kebangsaan), yang mana kini telah digantikan oleh Lim Teong Kim. Dengan hasrat ingin meneruskan misi ini, melayakkan diri ke kejohanan dunia ini merupakan salah satu KPI yang harus dikecapinya sebagai Pengarah Projek yang baru. Untuk pengetahuan umum, Skuad Projek 2019 telah ditubuhkan dan diberi pengkhususan untuk dididik dan dilatih untuk melayakkan diri ke Piala Dunia FIFA Bawah 17 Tahun 2019 dan batch itu kini berumur 11 tahun.  Untuk you all yang nak tahu maklumat dan perkembangan lanjut tentang program pembangunan ini, sila layari blog Program Pembangunan Bola Sepak Negara(klik di sini). Hey, siapa kata kita tak ada program pembangunan sedia ada?

Ok folks! Itu saja buat masa ini. Nantikan post yang akan datang.

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete