Munawwar atau lebih dikenali sebagai "Mamu" |
SUNGAI PETANI: Seorang pemain bola sepak pasukan Perlis hari ini mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan salah laku seks oral dan mencederakan seorang gadis di sini, baru-baru ini.
*Muhammad Munawwar Shavukath Ali, 21, pemain pertahanan Perlis meminta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mahkamah Sungai Petani, Raja Shahril Anuar Raja Baniamin.
Perlis FA |
Pemain bola sepak Perlis itu dari Flet Paya Nahu, Sungai Petani menghadapi dua kes membabitkan tiga pertuduhan, manakala mangsanya dari Taman Sri Tanjung, Sungai Layar, Sungai Petani. Dalam kes pertama, dia dituduh pada 13 Feberuari lalu antara jam 3.30 petang hingga 5.30 petang di rumah kosong nombor 533, Jalan Taman Batik, Sungai Petani, mendatangkan kecederaan parah terhadap seorang gadis berusia 17 tahun, dan didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.
Dalam kes kedua, dua pertuduhan dikenakan terhadap Muhammad Munawwar iaitu dituduh mencabul kehormatan gadis itu dengan cara meraba dan menghisap buah dada mangsa, satu kesalahan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Satu lagi pertuduhan, dia didakwa dengan cara menyuruh mangsa menghisap kemaluannya yang mana kesalahan ini melanggar kesopanan dan dihukum mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan.
Muhammad Munawwar dituduh melakukan kedua-dua kesalahan terhadap gadis itu pada tarikh, masa dan tempat yang sama.
Majistret Raja Shahril Anuar mengenakan jaminan sebanyak RM5,000 bagi kes pertama dan RM7,000 kes kedua dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Mac depan untuk mendengar kes itu.
Timbalan Pegawai Pendakwa Raya, Lim Saw Sin mengendalikan kes itu, manakala pemain bola sepak itu diwakili peguam bela, T Jayaraj.-HMetro 22/02/2011
-------------------------------------------------------------------
Haha sudah-sudah la tu. Dalam kes Munawwar, macam biasalah, siapa yang nak mengaku bila buat salah. Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang, bukan? Perkara ni harus diambil berat oleh pemain-pemain bola sepak seantero Malaysia. Anda adalah role model kepada rakyat jelata, jadi jalankanlah tanggungjawab anda dengan sebaiknya. Kalau yang ada niat nak buat tu, pandai-pandailah cover line. Haha, seeloknya jangan laaa. Teringat aku pesan arwah Mokhtar Dahari kepada Shebby Singh, "Play smart, be smart, not to get caught".
* Munawwar berpindah ke pasukan Perlis FA setelah berkelana di Kedah FA.
menghisap buah dada. haha. wtf
ReplyDelete