Monday, June 6, 2011

Bercelaru, Apa Nasib Selangor PKNS?

Kasihan pasukan Selangor PKNS. Walaupun sudah bergelar Juara Liga Perdana 2011, ianya belum tentu dapat menjamin kenaikan mereka ke Liga Super pada 2012. Ini kerana, Datuk Hamidin Amin(Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan/Naib Presiden FAM) menyatakan bahawa FAM masih dalam proses perbincangan sama ada jumlah bilangan pasukan dalam saingan Liga Super 2012 akan kekal dengan 12 pasukan ataupun 14 pasukan.

Selangor PKNS, Juara Liga Perdana 2011


Datuk Midin juga berkata berkemungkinan juga pasukan tersebut akan bermain dalam saingan play-off untuk ke Liga Super 2012.

Apa Kata Faliq? Ini tidak adil. They are the champions. Sepatutnya, walau apa pun yang terjadi, waimah FAM atau Liga Malaysia dirombak semula, mereka tetap juara. Berubah format sekalipun, kedudukan juara mereka seharusnya dijaga. Kita bukan bercakap soal juara zon mahupun juara kawasan tertentu, tapi mereka adalah Juara Liga Perdana(Liga Malaysia) 2011. Sekiranya juara zon, it is acceptable lah mereka perlu bermain play-off. Pertandingan liga menunjukkan pasukan mana yang paling layak dan konsisten untuk bergelar juara. Bukannya pertandingan kalah mati.

Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Amin

Tapi sudah pasti, FAM ada alasan mereka tersendiri, dan rasionalnya keputusan mereka sekiranya ditentukan bahawa pasukan Selangor PKNS perlu mengharungi saingan play-off.

Jika kita lihat dengan saingan liga luar, mereka mempunyai pelan liga bagi satu jangka masa yang agak panjang(minimum 3 tahun) dan bukannya mengikut tahun seperti yang diamalkan oleh kita. Selepas tempoh sesuatu pelan itu tamat, maka ketika itulah format liga dirombak semula sekiranya pelan yang diguna pakai tidak lagi relevan. Bukan untuk mengagungkan liga luar, cuma kadangkala dasar pelan mereka lebih logik dan rasional. Kerana, sudah pasti, setiap pasukan mempunyai Key Performance Index(KPI) yang ditetapkan oleh Board of Directors(kelab) dan Presiden(negeri) pada setiap tahun. Oleh itu, perubahan format pertandingan tidak boleh diubah secara drastik kerana perkara ini akan melibatkan banyak perkara, jadi perlulah ada proses transisi bagi sebarang perubahan format.


Sebagai contoh, sekiranya ingin mengubah format pertandingan pada musim 2014-2016, perlulah mesyuarat diadakan seawal 2012 dan keputusan format baru juga perlu dicapai pada 2012(melainkan terdapat krisis ekonomi dan sebagainya). Inilah yang dimaksudkan dengan proses transisi bagi setiap pasukan, supaya mereka lebih bersedia dalam merencana pasukan mereka dari segi kewangan dan sebagainya dalam saingan yang akan datang.

Tapi like I said before, it is easier said than done. Mungkin FAM punya sebab yang tersendiri dan kita sendiri sebagai pemerhati tidak mengetahui apakah intipati mesyuarat mereka, dan apa yang bermain dalam benak fikiran mereka. Tambahan pula, mereka merupakan barisan kepimpinan baru bola sepak Malaysia yang baru dilantik untuk penggal 2010-2014. Berikan mereka peluang, perubahan memerlukan masa. Mereka baru nak settle in, bagi chance la sikit kan?

Sekiranya terdapat isu yang bercanggah, enlighten us. Jangan lah lari. Kami cuma inginkan penjelasan yang rasional dan relevan.

No comments:

Post a Comment