Kerjaya penyerang sensasi kebangsaan,
Safee Sali, makin menyinar di bumi
Bhinneka Tunggal Ika, Indonesia. Ini kerana, beliau kini tercalon dalam senarai pemain untuk pasukan
Indonesian Super League All-Stars. Selain beliau, antara mereka yang femes dan tercalon ialah
Noh Alam Shah(Arema, Singapura),
Agu Casmir (Persija, Singapura) dan
Bambang Pamungkas (Persija, Indonesia). Mereka ini akan diundi oleh para peminat di Indonesia melalui SMS untuk menentukan siapakah yang layak untuk disenaraikan di dalam pasukan
All-Stars.
Pasukan All-Stars ini akan bertarung di dalam satu perlawanan persahabatan pada 26 Jun 2011 menentang
Persipura Jayapura, yang baru sahaja memenangi
Liga Super Indonesia 2010/2011.
Mengikut survey yang telah dilakukan,
Safee Sali hampir pasti terpilih untuk beraksi untuk pasukan All-Stars tersebut di atas populariti dan prestasi semasa beliau. Akan tetapi, sekiranya
Safee terpilih, beliau mungkin tidak akan menyarung jersi pasukan All-Stars kerana sedang menjalani latihan skuad kebangsaan Malaysia yang akan menentang Taiwan dalam Kelayakan Piala Dunia 2014 pada 29 Jun 2011.
64 pemain tempatan Indonesia serta pemain import telah dipilih oleh Panel Pemilih Teknikal Liga Super Indonesia untuk dicalonkan dalam pasukan All-Stars 2010/2011.
|
MLS All Stars |
Hrrm, menarik juga konsep pasukan bintang "All-Stars" ini. Lebih kurang konsep seperti
Major League Soccer, United States. Mungkin konsep ini hanya relevan untuk negara-negara yang besar, mungkin? Tapi kalau dicuba di Malaysia pun, apa salahnya kan.
Northern States Malaysia XI against
Rest of Malaysia XI ke. Perkara yang menarik sebenarnya, dapat tengok semua bintang-bintang berentap menentang satu sama lain. Lebih-lebih lagi dengan kemasukan pemain import pada musim hadapan.
Boleh dijadikan sebagai salah satu strategi promosi sebenarnya.
No comments:
Post a Comment