![]() |
Khairul Fahmi Che Mat |
Kata mereka-mereka ini, kenapalah media serta blogger-blogger ni siarkan berita sebegitu rupa. Ini telah menyebabkan Khairul Fahmi pernah terfikir untuk bersara awal. Mula la peminat meradang, salahkan itu ini. Pada pandangan aku, bukan salah media atau blogger ini untuk berbuat demikian. Mereka hanya menjalankan kerja mereka. Yang marahkan media pasal apa? Hang pun jangan la ambil bulat-bulat berita tu, tunggu penjelasan tuan diri. Kalau tuan diri tak mampu jawab dan putus asa nak bersara, itu bukan salah sesiapa, tetapi salah diri sendiri.
![]() |
Kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang. Berfikir sebelum bertindak. Itu sahaja. Blame no one but yourself. Seeing is believing.
Bak kata jurulatih penjaga gol kebangsaan, Faozi Mukhlas;
Tinggalkan dunia glamour yg sebenarnya tidak akan bawa kita kemana2 kecuali kehancuran...renung semula akan kepayahan yang kita lalui dulu utk berada dikemuncak ini...kenang kembali kata2 nasihat yg coach katakan awal2 dulu sebelum sesiapa pun belum lagi peduli dan kenal kita...hidup ini umpama roda...tempoh kita diatas akan ada penghujungnya..dan bila kita mula bergolek kenuju kebawah biarlah kita dlm keadaan tersenyum dan puas dgn kesan kerja yg kita tinggalkan...dan berusahalah untuk berada diatas semula dengan yakin dan bergaya....sedarlah dari mimpi ngeri ini wira2 ku...."
Peringatan ini adalah untuk semua, bukan terhadap mana-mana individu.
Walau apapun, tahniah kepada abe tomyam kerana tidak mencampuradukkan perkara peribadi dengan prestasi di atas padang.
No comments:
Post a Comment