Sunday, January 22, 2012

Sharbinee o' Sharbinee.

Masing-masing ada cara masing-masing. Masing-masing ada "kinkiness" masing-masing. LOL. Tapi cara Sharbinee Allawee ni memang aku pelik sokmo. Aku rasa ramai dah yang perasan, aku cakap pasal apa.

Sharbinee Allawee | Foto DuniaSukan



Captain Marvel pujuk Sharbinee | DuniaSukan 

Dari dulu lagi, aku taktau pasai apa Binee suka pakai seluar Adidas. Team sponsor dah tentu-tentu jenama Indonesia, iaitu Specs. Specs tak bising kah? Nanti kalau jumpa Binee, soalan pertama aku kepada beliau ialah "ada apa-apa hubungan sulit dengan seluar Adidas kah?"  Sejak zaman Telekom Malaysia sponsor Liga M lagi dia dah pakai. Ke sehelai tu je dia pakai sejak tahun yang lepas-lepas? Entah-entah dia macam coach Azraai kot, pakai baju pink dalam setiap game.

Kalau you all tahu kenapa dia suka pakai seluar tu, cuba cerita sikit.

No comments:

Post a Comment