Monday, May 30, 2011

Piala Dunia di ASEAN? No!


Presiden AFC, Mohamed Hammam pernah menyatakan kekesalan beliau dalam mengadakan Piala Asia 2007 di empat negara ASEAN, iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam. Kata beliau, perkara ini merupakan satu pembaziran dan tidak lagi akan diulangi pada masa yang akan datang. Kata beliau,

"It is proving very difficult for [the executive committee as they] have to have four organising committees, four media centres and there are also financial considerations.". "[He would] definitely [not do] it [again]," if he had the choice.

Tidak dilupakan juga, Presiden FIFA, Sepp Blatter, pernah menyatakan bahawa Piala Dunia 2002 Korea/Jepun akan menjadi Piala Dunia yang terakhir dianjurkan oleh 2 negara. 


Kini, dikhabarkan Menteri-Menteri Luar ASEAN telah bersidang dan bersetuju untuk menganjurkan Piala Dunia secara bersama. Tidak mungkin pada 2030, jika diikutkan kuota setiap benua.


Jika difikirkan, terdapat faktor yang menyukarkan hasrat para menteri ini. Faktor utama ialah kewangan.
Perbelanjaan besar harus dilaburkan oleh pihak FIFA untuk menganjurkan piala berprestij ini di rantau ASEAN. Jangan kita lupa akan kegagalan AFC di bawah payung FIFA yang gagal menarik penonton dalam Piala Asia 2007. Tidak dilupakan masalah VISA dan juga pengangkutan. Jangan nanti bila berlangsungnya Piala Dunia di Malaysia, makin berlambak pula PATI. Fatigue seseorang pemain juga perlu diambil kira. Destinasi yang berjauhan sangatlah menyusahkan pemain.

Perkara logistik juga perlu diambil kira. Sekiranya kerajaan berhasrat untuk membina "facilities" yang baru, adakah kemudahan ini hanya akan menjadi "gajah putih" selepas penggunaannya? Semua ini perlu diambil kira. Dan ya, pasti ada yang berkata, "standard Piala Asia dan Piala Dunia lain.", "Ala, tengok la berapa revenue yang boleh digenerate dari WC kat ASEAN ni". Tapi harus diingat, nak generate berbillion wang dari Piala Dunia di ASEAN ini tidak mudah. Memerlukan perancangan yang teliti.

Ala, bagi aku, Malaysia mampu menganjurkan Piala Dunia seorang diri tanpa bantuan negara lain. Malaysia terkenal dalam menganjurkan pertandingan-pertandingan bertaraf antarabangsa. Seperti Piala Dunia Belia FIFA 1997, Sukan Komanwel 98, Monsoon Cup dan banyak lagi. Tak gitu?

Menteri Luar, Datuk Anifah Aman
Aku malas nak cakap banyak walaupun banyak benda untuk diperkatakan, dan pasti pihak para menteri ASEAN mempunyai solusi dan resolusi mereka sendiri dalam menyelesaikan perkara ini. Lets just wait and see.

1 comment:

  1. p0lik la hammam ni, caman0 buleh jd presiden afc ntah..

    ReplyDelete