Sunday, May 29, 2011

Takkan Ni Je?

Lately, dah keluar news yang mengatakan bahawa Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) yang dikepalai Tok Mat telah membuat laporan polis tentang perihal rasuah bola sepak yang melibatkan pasukan Piala Presiden Negeri Sembilan.


Ketua Jurulatih Piala Presiden Negeri Sembilan, Yusarman Yusof, telah pun meletakkan jawatan. Ape kes? Tak salah, jangan lari. Kehkehkeh. Perkara ini masih lagi dalam siasatan. Yang hati panas bebeno ni, kenapa di Negeri Sembilan sahaja? Aku dapat info, kebanyakan pasukan Piala Presiden di Malaysia ada ambil bookie ni. Khabarnya, even tempat menghasilkan bakat utama negara pun ada ambil! Wallahualam. Cuma tak kantoi je, dan tiada police report yang dibuat oleh Persatuan Bola Sepak negeri lain. Sekiranya mereka ini terbukti bersalah, bagi la hukuman yang seberat-beratnya. Match-fixing ni woii. Lagi satu, jumlah pemain NS yang terlibat dalam siasatan ini hanyalah 11 pemain, bukan 16 pemain seperti yang digembar-gemburkan. Handphone mereka pun telah disebat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

UPDATE : Khabarnya pemain-pemain ni menerima total suapan RM2,300 untuk satu perlawanan. Wallahualam   ;)

No comments:

Post a Comment