Monday, May 23, 2011

"Soal Ref" Bersama Subkhiddin Salleh #3

Fuhhh! Lama nak tunggu 23 Mei. Sampai juga harinya. Hari ni you all layan soalan terkumpul untuk saudara Subkhiddin Salleh kita. Tengok apa beliau jawab. Layan..




1) Saya keliru dengan satu situasi. Situasi berikut di mana jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho telah dihalau ke grandstand setelah bertekak dengan pengadil perlawanan dalam perlawanan ketika menentang Barcelona. Apakah guide line seorang pengadil untuk berbuat demikian?

Bukanlah satu perkara yang aneh sebenarnya untuk melihat seseorang atau lebih pegawai pasukan diarahkan meninggalkan ‘bangku simpanan’ pasukannya semasa perlawanan sedang dimainkan [pengadil cuma arahan tetapi tidak diikuti dengan menunjukkan kad merah]
Jose Mourinho
Kad merah atau Kuning hanya boleh ditunjukkan kepada pemain sahaja samada pemain yang sedang bermain atau yang tidak bermain seperti mereka yang sedang berada di bangku simpanan atau ‘kawasan teknikal.
Contoh terdekat yang kita boleh lihat ialah bagaimana seorang pegawai pasukan dari pasukan Harimau Muda A diarahkan meninggalkan kawasan teknikal pasukannya semasa melayani pasukan tuan rumah Felda United di Stadium Cheras, Kuala Lumpur.
Kemanakah pegawai atau pemain yang diperintah keluar kawasan teknikal atau padang permainan ini perlu ditempat atau dibolehkan berada selepas daripada itu?
Mereka boleh ditempatkan atau berada di mana-mana sahaja kawasan tetapi tidak lagi boleh berada di dalam kawasan padang permainan yang juga meliputi bangku simpanan [kawasan teknikal].
 
Keselamatan mereka ini juga hendaklah terjamin dan tanggungjawab tersebut terletak kepada pihak tuan rumah atau LOC [Local Organising Committee]. Bagaimanapun sekiranya keadaan tidak mengizinkan kerana kebimbangan kepada kemungkinan tindak balas yang diluar jangkaan oleh anasir luar [penonton atau penyokong] maka adalah dinasihatkan agar mereka kekal berada di dalam bilik persalinan pasukan masing-masing.
Perlu juga diingatkan iaitu sekalipun telah berada diluar daripada kawasan teknikal, mereka masih perlu bersopan kerana tindakan seperti mencetuskan provokasi terhadap pihak lawan atau pegawai pertandingan akan mengundang padah atau hukuman yang lebih berat.
Pegawai Pasukan, Jurulatih Pasukan dan  mahupun Ketua Pasukan tidak mempunyai hak atau diberikan kebenaran oleh Undang-Undang Permainan dan juga Peraturan Permainan untuk mempertikai keputusan Pengadil. Mereka hendaklah bertanggungjawab kepada pemain atau rakan pemain pasukan masing-masing sahaja. Mereka juga hendaklah sentiasa berkelakuan baik, bersopan dan memberi kerjasama yang positif kepada semua pihak khususnya pegawai perlawanan.
“Kawalan perlawanan akan menjadi lemah jika sekiranya seseorang Pengadil perlu melayan setiap pendapat peribadi samada dari seorang Pemain atau Pegawai Pasukan ketika permainan sedang dimainkan. Situasi ini sangat berbeza dengan layanan seorang guru dengan pelajar semasa di dalam Bilik Darjah” 

Bagaimanapun mereka masih boleh berinteraksi kerana Pegadil juga dibentuk untuk membuat penilaian terbaik berdasarkan kepada situasi semasa perlawanan samada perlu atau tidak untuk melayan keluhan pihak yang terbabit dan biasanya mereka akan berusaha untuk meminimakan ‘layanan’ tersebut agar tidak mengganggu kawalan yang sepatutnya.
2) Adakah saudara Subkhiddin Salleh bersetuju dengan penggunaan pengadil tambahan di setiap belakang tiang gol seperti yang dipraktikkan oleh UEFA di Europa League?  
Satu ketika dahulu di negara kita juga pernah menjalankan percubaan seperti ini, dimana dua orang pengadil berada di dalam padang permainan serentak. Ada yang menyokong dan ada yang tidak terhadap sistem tersebut.
Pernah seorang pemain mengeluh pada saya, “susah lah nak main macam ni...sini ada..sana pun ada..salah sikit blow!! salah sikit blow".
Ketika itu wisel lebih kerap berbunyi berbanding dengan sistem sedia ada. Permainan menjadi agak hambar dan akhirnya sistem tersebut terkubur dan tidak diperakui oleh FIFA sebagai satu sistem yang berkesan. 
Kini diperkenalkan pula sistem yang hampir sama tetapi pengadil tambahan ini diletakkan digarisan gol disebelah bahagian garisan tepi yang tidak mempunyai penolong pengadil. Tugasnya adalah ‘LEBIH’ untuk membantu Pengadil membuat keputusan yang tepat [kadang-kadang tidak juga TEPAT] terhadap jaringan gol yang mungkin gagal dikesan oleh Penolong Pengadil ataupun Pengadil sendiri dan yang terkini tugasan tersebut diluaskan lagi kepada membantu Pengadil dengan memberikan maklumat melalui ‘sistem radio’ [paling murah set radio ini ialah USD18,000] dan keputusan akhir terhadap sesuatu keputusan tetap bergantung kepada Pengadil utama.

Malangnya sepanjang tempoh percubaan ini masih terdapat lagi insiden-insiden di mana ianya tidak banyak membantu. Kontroversi tetap hadir juga dalam setiap perlawanan.
Bagi saya bolasepak adalah suatu permainan yang sangat UNIK dan kita perlu menerima hakikat bahawa kesalahan boleh berlaku..seperti juga yang berlaku kepada pemain!! Tidak semuanya dapat menjaringkan gol sekalipun GAWANG sudah terbentang LUAS.

No comments:

Post a Comment