Sunday, February 27, 2011

Kenali Pemain : Mohd Zahin


Zzz okay guys. Masih dengan anak waghieh, Negeri Sembilan FA(Piala Presiden 2011 Bawah 21 Tahun). Player kedua pada minggu ini.





Nama : Mohd Zahin bin Md Shah (Negeri Sembilan Bawah 21)
Nama Panggilan : Yin
Nombor Jersi : 15
Posisi : Pertahanan
Tarikh Lahir : 5 Ogos 1993
Tempat Lahir : Kuala Lumpur
Ketinggian : 171 cm
Berat : 70 kg
Pasukan yang diminati : Real Madrid
Pemain yang diminati : Fabio Cannavaro

Sekolah :  SK Taman Paroi Jaya, Seremban
               (2000-2005)
               SMK King George V, Seremban
               (2006-2010)





Zahin, 18, mula bermain bola sepak sejak kecil lagi. Bakatnya sudah terserlah ketika berumur 11 tahun (darjah 5). Pada tahun itu, beliau telah mewakili sekolah, daerah Seremban, dan Negeri Sembilan bawah 12 sekaligus melakar sejarah antara yang termuda mewakili pasukan NS bawah 12. Pernah juga ketika itu Zahin menyertai kem pasukan Malaysia bawah 12, tetapi terpaksa menarik diri disebabkan komitmen terhadap pelajaran.


Zahin(pegang bola), ketika di SMKKGV.

Zahin terus melakar namanya sebagai antara pemain yang digeruni sehingga ke peringkat sekolah menengah. Dikenali dengan speed yang baik, serta shooting yang padu dan fizikal yang kuat. Ketika di sekolah menengah, sebut sahaja nama Zahin, semua pemain pasti mengenalinya, sama seperti Anwarul Hafiz. Zahin juga sentiasa menjadi pilihan jurulatih di Negeri Sembilan. Sama juga ketika peringkat sekolah menengah, Zahin mewakili Negeri Sembilan dan beliau sering digelar sebagai "The Next Aidil Zafuan" oleh rakan-rakannya di peringkat sekolah kerana corak permainannya dan stylenya yang saling tidak tumpah seperti Aidil Zafuan. Kebetulan juga beliau sering memakai jersi bernombor 7 dan diberi lilitan kapten oleh jurulatih-jurulatih di Negeri Sembilan.

Beliau juga telah mewakili Malaysia di dalam Piala Dunia Belia Gothia Cup 2009 di Gothenburg, Sweden. Zahin juga pernah dipantau oleh Sekolah Sukan Bukit Jalil, sama seperti Anwarul Hafiz. Kini, Zahin berada di dalam pasukan Negeri Sembilan Bawah 21.

Zahin(tengah), bersama rakan sepasukan.


Menjadikan pasukan kelab Korea, Pohang Steelers sebagai destinasi kelab Asia yang diingininya, Zahin tetap optimis dengan peluangnya dalam merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan walaupun bermain dengan kurang baik pada perlawanan pertama menentang Selangor PKNS.

Aku lihat Zahin bakal menjadi salah seorang future star dan idola bagi peminat bola sepak NS. Beliau juga merupakan "silent leader" di dalam padang, mampu menjadi "midfield general" yang baik. Berikan sedikit waktu, aku pasti beliau merupakan bintang dalam pembikinan.

Ape lagi, stalk kat fb! Facebook Mohd Zahin

4 comments: