Thursday, March 3, 2011

Rahsia Tenaga Tambahan Pemain Bola Sepak

Pengurusan setiap pasukan mempunyai pelbagai cara untuk memberikan tenaga tambahan kepada pemain-pemain sebelum bermulanya sesuatu perlawanan. Dari kek, supplement hinggalah ke minuman. Macam-macam cara. Post kali ni nak kupas sedikit, apakah tenaga tambahan yang diambil oleh pemain-pemain bola sepak masa kini. Tapi kadang-kadang, side effectnya(kiddin yo!)...


Side effect 1. Terlebih supplement, bola lain dikejarnya, mungkin? lol

Side effect 2. "Supplement" apa lu amik bro? ^^

Side effect 3. Awwwww <3 . LOL
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Okay. Sambung cerita, mari kita tengok, contoh-contoh tenaga tambahan yang terkenal;


1) Jaffa Cakes
Jaffa Cakes, merupakan kek yang digunakan oleh pasukan Manchester United sebelum dan semasa perlawanan untuk memberi tenaga tambahan kepada para pemain. Mereka juga mengamalkan pemakanan buah-buahan seperti pisang sebelum perlawanan. David Beckham's Favourite Snack.


 2) Pharmaton
Geriatric Pharmaton pula merupakan satu supplement tambahan yang sering diguna pakai oleh pemain bola sepak masa kini. Supplement ini mampu menaikkan kadar stamina badan. Diambil sebelum sesuatu perlawanan.


3) Blackmore's Bio Magnesium
Blackmore's Bio Magnesium, berbeza dengan supplement yang lain, supplement ini dicipta khas untuk mengelakkan injuries atau cramps. Diambil sebelum perlawanan.


4) PowerBar Energy Bar
PowerBar Energy Bar, fungsinya sama seperti supplement yang membekalkan tenaga. Perbezaannya ialah dengan hanya satu bar coklat ini mampu mengenyangkan perut para atlit. Mempunyai 3 jenis, iaitu sebelum, semasa dan selepas perlawanan. 


5) Gatorade
Gatorade, merupakan minuman tenaga yang sering digunakan oleh atlit di seluruh dunia. Gatorade juga merupakan minuman tenaga rasmi pasukan Chelsea FC. Fungsinya sama seperti 100 Plus, yang merupakan buatan Malaysia.


6) Telur Separuh Masak (Half Boiled Egg) dan Pisang
Telur Separuh Masak dan Pisang merupakan tenaga tambahan tradisional yang digunakan dari dahulu hingga kini. Digunakan di peringkat antarabangsa, sehinggalah ke Liga Malaysia.

No comments:

Post a Comment