LEBIH CLICK, LEBIH INFO

Sticky Post

Lihat tab feedback untuk sebarang pertanyaan mahupun apa kebenda yang kau nak burak dengan den lah. Haha!

Tuesday, May 22, 2012

Waktu Perpindahan Liga M

Seperti semua sudah sedia maklum, "transfers window" untuk Liga Malaysia 2012 mempunyai 2 fasa, yang pertama pada awal Januari dan  fasa kedua pada awal April. 


Kita sering bercakap mengenai pendedahan pemain kita bermain di luar negara. Tetapi sebenarnya, kita perlu faham akan konsep yang diamalkan di negara Malaysia ini.

Liga Super/Premier (bermula awal Januari - tamat hujung Julai)
Piala Malaysia (bermula awal September - tamat hujung Oktober)


Wednesday, April 25, 2012

Bahang Bola Sepak Malaysia


"Berkongsi satu minat". Bola sepak. Layan video ni. Legend. Gua suka.


Sunday, April 15, 2012

Projek Pembangunan Frenz United - Frenz United Football Academy

50 pemain, setiap seorang menerima biasiswa bola sepak sebanyak RM80,000 setahun. Pelajar yang diambil ialah daripada para pemain Pertandingan Bola Sepak MSSM Bawah 12 Tahun 2011. Mereka semua bersekolah di SM Saliha, Genting Highlands. Kalau tak silap, silibus pelajaran budak2 ni pun flexible, sama macam yang dilakukan di Sekolah Sukan Bukit Jalil. Secara kasar, ini satu projek yang besar, bukan? Impak pertama yang dapat dilihat, Frenz United Football Academy (FUFA)/Frenz United telah berjaya menjadi johan Pertandingan Bola Sepak MSSD Bawah 15 Bentong. Kerana akademi ini terletak di Janda Baik, Pahang. Lihat video ini dahulu.


"Curriculum Vitae(CV)" Pemain Bola Sepak Malaysia

Baiklah! Post kali ini aku tujukan khas buat para peminat bola sepak di Malaysia. dan ini, merupakan satu mesej yang penting buat semua, para peminat. SANGAT PENTING. Mohon juga sekiranya anda boleh kongsikan mesej ini.

Saya kini bekerja dengan Golden Sport Management Malaysia (GSM Malaysia). GSM Malaysia kini sedang membina nama di Malaysia di dalam pengurusan atlet, tajaan dan sebagainya.


Sunday, April 1, 2012

Penyelewengan FAM? Things are getting serious!

Perbalahan antara Tan Sri Annuar Musa (TSAM) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kian memuncak. Tan Sri Annuar Musa dilihat sebagai hero yang tertindas pada kaca mata sesetengah pihak. Ada juga pihak yang mengatakan TSAM sudah merancang senario yang sedang berlaku kini. Ada juga pihak yang mengatakan TSAM sengaja ingin dilihat seperti di pihak yang benar "membongkar" rahsia-rahsia FAM pada waktu sekarang, yang sangat hampir dengan Pilihan Raya Umum. Apa pun sebabnya, wallahualam.
Sebelum itu, saya ingin berkongsi sedikit pendapat daripada saudara Haresh Deol dalam blognya, Foul!.
Foul! - TSAM-FAM Fiasco.

Apa-pun, yang menarik perhatian saya ialah "pendedahan" yang dilakukan Malaysia Football Forum di Facebook. Ikuti "pendedahan-pendedahan" penyelewengan berikut;

Tan Sri Annuar Musa. Stuart Ramalingam. Dato' Azzudin Ahmad. Duka disebalik suka?