Monday, February 28, 2011

Laman Web FAM yang membosankan.

Aku tak tau la kenapa bila aku masuk laman web FAM je, aku terbayang..

Konklusi kepada interface laman web FAM. lol

Sebagai laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia, laman web tersebut seharusnya padat dengan maklumat serta dapat menarik minat para surfer internet untuk membacanya. Okay, tu boleh tahan lagi dengan interfacenya yang cikai.





Home Page.


Aku tengok latest news, semuanya berita yang dilaporkan, semuanya just text. mana gambar-gambar bro? takkan takda sorang photographer FAM yang boleh provide gambar. Ada tu nampak sangat malasnya, dengan letak logo FAM je kat muka berita tu.

Bosan..

Okay, boleh tahan lagi. Jadi, aku andaikan aku ni seorang peminat bola sepak tempatan yang ketinggalan dengan "update-update" terbaru. Aku carik button Archives, takda. Haih.

Lagi satu, dalam 2-3 tahun ni, aku nampak satu trend. Trend tersebut ialah, kalau Malaysia menang sesuatu game, ada beritanya. Bila kalah, habuk pun takda. Come on FAM, kita bukan peminat yang tak support national team bila kita kalah.

Kita teruskan lagi.. Pap!
Aku masuk ke segmen Teams. Aku andaikan aku adalah rakyat Malaysia yang tidak tahu langsung tentang bola sepak Malaysia yang berada di luar negara. Sebab dah menang AFF Suzuki Cup 2010, aku pun nak usha-usha la siapa yang mengharumkan nama negara. Dan aku buka..


Tahun 2009 punya. Woi, mana *abang tomyam aku!


Kerana aku ni mengandaikan aku tak tau apa-apa, first thing that came up to my mind was, "Ohh nombor 5 ni yang jadi kapten Malaysia kat AFF Suzuki Cup 2010! Gila gempak diaaa!".
Dah la takda details untuk setiap player, yang buat laman web ni pulak bapak pemalas nak buat. Letak satu gambar je yang dia mampu.


Aku tengok pulak National Team U-19.



Disebabkan aku masih lagi mengandaikan yang aku ni taktau apa-apa, Aku pun percaya la bulat-bulat apa yang ditulis kat sini. Kalau any foreigners yang nak tau tentang pasukan kebangsaan, adakah ini yang ingin FAM tunjukkan kepada mereka? Kalau kata takda duit nak hire someone yang betul-betul boleh maintain this website, macam tak masuk akal. Tajaan RM220 juta Astro tu nak campak mana?

Aku difahamkan, kini FAM mempunyai pegawai media baru, yang bertanggungjawab mengupdatekan perkembangan-perkembangan terbaru FAM iaitu Joe Marcose.


Joe Marcose. Gambar disebat dari Rizal Hashim.

Tak payah cakap pasal laman web The FA England. Kita tengok jiran sebelah je. Cuba tengok Thailand punya.

Football Association of Thailand.

Impressive. Padat dengan maklumat.


Macam kita, buat slideshow semua, tapi kalau takda maklumat pun tak cukup. Tengok like the Thais, walaupun takda la secantik mana, tapi maklumat dalamnya sangat solid. Habis la dalam masa 45 minit nak browse betul-betul the whole website. Macam FAM punya, 5 minit pun boleh habis bro!

So ape lagi FAM, buckle up. Menang SEA Games dah, AFF Suzuki Cup dah, tapi kalau laman web standard sekolah rendah pun tak cukup. Fikir-fikirkanlah.

Tak tercabar ke FAM? ^^



*Abang Tomyam adalah nama panggilan Khairul Fahmi yang diberikan oleh aku. Haha.

3 comments:

  1. yup...sgt la x berinformasi FAM pnyer website..mmg ketinggalan...

    ReplyDelete
  2. korang tgk nnti setiap krisis FAM akan dibongkarkan..

    ReplyDelete