Thursday, February 24, 2011

Media Oh Media.

Sebelum apa-apa, tahniah kepada pasukan olimpik Malaysia kerana telah menewaskan pasukan olimpik Pakistan 2-0 dalam perlawanan pusingan pertama Kelayakan Olimpik 2012. Jaringan dilakukan oleh Wan Zaharulnizam (3') dan Irfan Fazail (44'). Aku tak dapat nak tengok game ni sebab masalah komitmen. Tapi sempat aku tengok, Khairul Fahmi kena sepak at his balls. Tengok video ni. Video hak milik Sokernet.





Tapi bukan itu yang mahu aku perkatakan. Yang ingin aku perkatakan ialah mentaliti media cetak di Malaysia. Kita tengok apa newspapers di Malaysia perkatakan tentang kemenangan semalam.

Tajuk utama akhbar bahagian Sukan, yang berbeza-beza corak ungkapannya.








" Bekalan tipis ke Pakistan " 
oleh Muhammad Dayne Azmin dan Zazali Jamian







" Malaysia persia banyak peluang " 
oleh Syed Riduan Ahmad



" Hanya dua gol " 
oleh Azmin Rosdi dan Azlan Muhammad Zain











" Fair ending for Malaysia " 
oleh Haresh Deol










" Malaysia down Pakistan in lop-sided Pre-Olympic opener " 
oleh Shamsul Fitri
















" Malaysia in control" 
oleh Ajitpal Singh dan Devinder Singh




Tajuk akhbar yang ditulis oleh Utusan Malaysia, Harian Metro dan Berita Harian seolah-olah menidakkan kesungguhan anak-anak muda yang telah bertungkus lumus di Shah Alam, semalam. Ironinya, ketiga-tiga penulis tersebut adalah penulis Melayu. Bukan hendak bercakap mengenai kaum, tetapi adakah ini sememangnya mentaliti orang Melayu? Bagi betis, nak peha. Seolah-olah tidak bersyukur dengan kemenangan ini. Berbeza dengan Malay Mail, News Straits Times dan The Star. Haiyooo. Fikir-fikirkanlah.

Malaysia akan menentang Pakistan di dalam perlawanan timbal balik yang kedua pada 9 Mac, di Lahore.

4 comments:

  1. aku setuju sangt tu faliq...aku rasa malaysia main dah bgus gler..n 2 gol tu bg aku ckp untuk malaysia layak!

    ReplyDelete
  2. mmg local malay paper ni mcm haram.
    baru memang AFF suzuki cup da nk expect mcm mcm.
    kamon la.
    da menang pun da kira ok.
    mcm kat arena tu.
    si richard scully ok je ckp psl dua gol.
    yg mamat satu lagi tu ntah apa2 ntah ckp 2 gol tak cukup la.
    byk peluang la.
    tak pernah puas.
    habis tu kalo kalah nk ckp apa pula?

    ReplyDelete
  3. nak gaduh ke diorang ni??

    ReplyDelete