Sunday, February 27, 2011

Sesi Soal Jawab bersama Firdaus Azizul (Negeri Sembilan)

Selepas kemenangan Negeri Sembilan menewaskan Sabah 1-0 malam tadi, aku mengambil kesempatan untuk tanya Firdaus ni. Diberi nama panggilan "King", interview ni dilakukan pada pukul 1.30 pagi (27 Februari 2011) di...tak boleh cakap. :p

Perbualan berikut adalah asli dan tiada tokok tambah.


Faliq Firdaus (FF13)
Mohd Firdaus Azizul (FA)


Firdaus "King" Azizul, 23
Kini berumur 23 Tahun, King merupakan salah seorang pemain muda yang sedang meningkat naik, selain mempunyai kebolehan "aerial abilities" yang baik.
Ikuti perbualan ini.

FF13 : Tahniah King, atas kemenangan malam tadi.
FA : Terima Kasih bro.

FF13 : Okay King, untuk soalan pertama. Bagaimana dengan corak permainan Negeri Sembilan pada malam tadi? 
FA : Corak permainan tadi okay la, sebab banyak improvement daripada game-game sebelum ni. Cuma finishing la, masih kurang.


Firdaus Azizul (merah). Gambar hak milik n9futbol.


FF13 : Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Mohamad telah memberi amaran bahawa sekiranya NS kalah lagi, jurulatih NS, Wan Jamak Wan Hassan akan digantung. Jadi apa pesan Wan Jamak kepada para pemain sebelum permainan malam tadi?
FA : Sebelum game, macam biasa la Wan Jamak tak bagi pressure kepada semua pemain, dan minta para pemain beraksi lebih baik la. Itu jelah. Tak cakap pasal soal tu.


FF13 : Kalau King perasan la, kumpulan "Ultras Nogori" telah memeriahkan suasana di bangku penonton. Dengan diorang memekak lagi. Apa komen King?
FA : Kumpulan penyokong seperti tu bagus la pada pendapat saya. Para pemain pun dapat release tension kan, daripada mulut-mulut penyokong yang "paham-paham" la kan. Suara Ultras Nogori tu dapat cover la suara-suara penyokong yang kurang enak tu. Jadi, itu adalah satu perkara baik bagi saya.

Ultras Nogori. Gambar milik n9kini.


FF13 : Sejak bila King mula bermain bola sepak, dan apa posisi pilihan King?
FA : Saya mula main sejak darjah 4 lagi, wakil sekolah dan pasukan projek pembangunan sukan NS, jadi dari situ sampai sekarang. Nasib baik la dapat join team NS. Kalau dari segi posisi pilihan, saya lebih suka menjadi sebagai "Top Striker".

FF13 : Dari mana datangnya nama panggilan "King" ni? Cuba cerita sikit.
FA : Nama panggilan "King" ni datangnya daripada sekolah rendah sebenarnya. Sekolah rendah saya SK King George V (KGV), jadi masa saya baru nak naik time tu nak, senang panggil, panggil saja "King" daripada nama King George V tu.

FF13 : Saya difahamkan King pernah menyarung jersi pasukan remaja kebangsaan, cuba ceritakan sedikit tentang perkara ini?
FA : Betul, saya dipilih untuk mewakili pasukan Malaysia bawah 20 Tahun pada tahun 2007, sama dengan Fakri Saarani (NS) dan Aminuddin (NS). Pertandingan yang saya sertai ketika itu ialah Piala AFF bawah 20 Tahun di Vietnam, dan Piala Hassanol Bolkiah di Brunei. Saya telah menjaringkan 2 gol dalam Piala AFF bawah 20 Tahun di Vietnam.

Malaysia Under 20, 2007



FF13 : Adakah King mempunyai keinginan untuk kembali ke dalam pasukan kebangsaan?
FA : Sudah tentu, saya seperti pemain yang lain ingin pergi lebih jauh di dalam career bola sepak, oleh itu saya sedang cuba meningkatkan prestasi dan maintain cara permainan saya.



FF13 : Apa perancangan King dalam masa 2-3 tahun ni? Ada plan nak berhijrah ke pasukan yang lain, atau tetap dengan pasukan NS sehingga tamat career?
FA : Emmm.itu.....no comment.

(soalan aku bukan main panjang, no comment je jawabnya. haha)

FF13 : Dalam bilik persalinan NS, siapa King rasa paling berpengaruh dan banyak bagi nasihat kepada pemain-pemain muda?
FA : Yang berpengaruh.. saya rasa yang otai-otai la. Macam Shukor Adan, Idris Karim dan Hairuddin Omar.

Otai-otai NS

FF13 : Dalam semua pertahanan di Malaysia ni, siapa King rasa yang paling sukar untuk ditembusi, dan kenapa?
FA : Saya pernah main dengan pemain Kelantan yang pindah T-Team tu..sape nama dia eh...Haaa Azizi Mat Rose. Dia pandai baca pergerakan pihak lawan.

FF13 : Penjaga gol pulak?
FA : Dah tentu Khairul Fahmi. Dulu pernah satu team, bagus dia jadi keeper.

FF13 : Dalam 2-3 tahun yang lepas, King beraksi buat pertama kali untuk pasukan senior NS, permainan King ketika itu pun kelihatan kekok. Penonton pun dengan makian-makian mereka. Macam mana King tangani segala tekanan tu?
FA : Haa masa tu pun saya ada buat satu benda bodoh la, saya pun kat sini nak minta maaf kepada penyokong, saya ada campak jersi saya untuk tunjukkan kemarahan saya. Ketika itu saya memang tak boleh kawal lagi emosi. Seingat saya, ketika itu menentang PDRM. Benda ni mengajar saya untuk menjadi lebih matang.

FF13 : Apa kelebihan yang ada pada pasukan NS, sehinggakan mereka kini digelar Kuasa Baru Bola Sepak Malaysia?
FA : Kelebihannya, pasukan NS ni dia jaga pemain-pemain dia. Sejak dari pasukan Piala Presiden lagi. Gaji pun okay, kebajikan dijaga. Jadi dari situ kami dapat membentuk pasukan yang kuat.

FF13 : Siapa yang banyak membantu dan mencungkil bakat King sebagai pemain bola sepak?
FA : Yang paling banyak membantu, Cikgu Zainudin "Dino" (SMK Tunku Ampuan Durah).

SMK Tunku Ampuan Durah (STAD), Seremban

FF13 : Setuju tak kalau FAM masukkan balik pemain import di dalam Liga Malaysia pada musim hadapan?
FA : Saya setuju la. Boleh fight untuk tempat kesebelasan utama macam Liga Indonesia. Tapi kekurangannya satu je, bakat-bakat muda susah nak naik. Tu je.


FF13 : Setuju dengan tindakan Safee Sali ke Indonesia?
FA : Saya setuju la. Sebab ni macam satu pembaharuan untuk pemain kita. Pemain kita pun patut ikut jejak langkah dia untuk kembangkan bakat.

FF13 : Siapakah idola King di dalam arena bola sepak?
FA : Saya pilih Azmi Mohd, bekas striker Negeri Sembilan yang berasal dari Johor.

FF13 : Artis pilihan King?
FA : Sorry bro, tak tengok tv la. Takde minat la. Hehehe.

FF13 : Selain bola sepak, apa lagi sukan yang King minat?
FA : Saya rasa boling kot, sebab member-member saya semua main boling.

FF13 : Nak tanya soalan cepumas ni, haa King ni dah berpunya ke?
FA : Haihhh, kalau cakap tak, tak boleh jugak. (sambil memandang ke arah rakannya dan terus ketawa). Ya, saya sudah berpunya, orang sini jugak.

FF13 : Ucapan untuk peminat-peminat King.
FA : Teruskan menyokong saya, jangan putus lah sokongan anda. Dengan harapan anda, saya akan cuba untuk memberikan yang terbaik dalam setiap persembahan.

FF13 : Papehal King, sign dulu kat sini. Khas untuk followers blog Apa Kata Faliq.
FA : Err tulisan tak lawa sangat. takpe ke?
FF13 : Haa sodok jela. Janji sign. Hahaha.
FA : Haa yelah sodok jela eh. Hehehe.





Trivia :
1) King memilih Sting sebagai pilihan minuman bertenaga beliau.
2) Adidas F50 merupakan football boot pilihan King.
3) Aliff Shamsudin merupakan teammate yang paling rapat dengan King.

4 comments:

  1. king kalau tak dipressure, performance memang style.

    ReplyDelete
  2. corak permainan da semakin meyakinkan..
    berani mencuba..kalo lu improved lu punya disiplin lam padang..x mustahil lu bole main utk malaysia.
    hobin king hobin..

    ReplyDelete