Okay guys. dah tiba masanya post untuk segmen "Update" yang akan memaparkan pendapat tetamu jemputan kita, Iqma Tarantino. (1 minggu sekali). Untuk minggu ni, kita ke zaman silam sikit. :D
IQMA TARANTINO :
Okay bro bro yang claim jadi peminat bola sepak Malaysia ni hah.Minggu ni aku rasa nak borak pasal something yang mungkin ramai yang tak tahu.
Mula sekali aku nak ucapkan tahniah la kepada Team Malaysia yang baru sahaja kalah kan Pakistan 2-0. Walaupun kita jangka kemenangan besar, tapi bagi aku kesungguhan yang ditunjukan oleh pemain sudah cukup bagi kita untuk merasa bangga. Ada juga aku dengar orang cakap “Malaysia rentak memang da cantik,tapi finishing ke laut”. alar bro bro, korang ni kalau bagus sangat? kenapa ko je tak main. Sama juga time yang Malaysia menang AFF Suzuki tu,ada ke patut (Hot FM membuat siaran bagi meraikan kemenangan), tiba tiba ada peminat call. Katanya, “saya takda nak bangga apa la dengan Malaysia tu,kalau main macam tu semua orang boleh,menang nasib saja tu”
Ada ke patut? HAHA. Sama juga la berlaku dekat Negeri Sembilan hah. bukan nak kutuk ke apa. tapi benda ni memang jelas la, masa Nogori monang FA dengan Piala Malaysia 2009, mak oii, bukan main ramai penonton datang sokong.memang ¾ dari STAR of Paroi tu full. tapi bila Negeri down sikit je, hah nak full ¼ pun susah. ni ke yang dieorang kata peminat tegar la? aku sokong habis habisan la. tapi sekarang alhamdullilah la, penyokong pun da ramai.and diharapkan benda ni kekal, jangan jadi hangat hangat tahi ayam je.
Stadium Tuanku Abd Rahman. Creds to Shah Muhd |
Okay tu baru mukadimah, tapi nampak da macam tertawan ya tak. sebenarnya ,topic aku takda kena mengena pun dengan mukadimah aku tadi. Minggu ni, aku, IQMA TARANTINO dalam segmen UPDATE, nak borak pasal “ LEGEND NEVER DIES”.
Apa yang aku maksud kan tu, aku maksud kan pemain bola sepak Malaysia yang sungguh hebat dan ada cerita dia tersendiri.
Datuk Abd Ghani Minhat |
Siapa yang aku maksudkan, hah mestilah "RAJA BOLA SEPAK MALAYSIA", DATUK ABD GHANI MINHAT. Pemain yang sungguh berbakat dan bermain pada era Malaysia masih digelar Malaya. Mula mula aku nak cakap, Datuk Abd Ghani Minhat(AGM) adalah anak kelahiran Rantau, Negeri Sembilan. AGM mula bermain bola ketika bersekolah di Princess Road (kini SK Raja Muda) pada tahun 1945, dan pada waktu ini, dia masih bermain menggunakan "kaki ayam"(takda nak mercurial ke adizero ke apa). Kemudian dia berpindah ke St.John Kuala Lumpur, dan bakat dia bermain diperhatikan oleh peg. Polis disana, AGM dihadiahkan sepasang but pertamanya. Kemudian dia bermain pulak untuk pasukan Depot Polis yang bermain dalam liga Selangor, bermain di sayap kiri walaupun Datuk berkaki Kanan.
Selangor FA |
1955, AGM berjaya memasuki pasukan Selangor dan membantu Selangor memenangi Piala Malaysia selepas 6 tahun dengan mengalahkan singapura 2-1. 1956, pulak AGM dapat cap pertamanya bersama pasukan Malaysia dan sangat menakjubkan apabila menjaringkan 7 gol ketika Malaysia menang keatas Kemboja 9-2. Kemudian beliau menawan penonton bola sepak di Asia apabila membuat jaringan melalui rembatan kencang dari jarak 40meter dalam Pesta Bola Merdeka.1958. AGM membantu Malaysia memenangi Pesta bola Merdeka, dan mengekal kan kejuaraan pada 1959. Kemudian Persatuan Bola Sepak Selangor(FAS) memberi jolokan "Raja Bola" kepadanya dan kekal sehingga hari ini.
Pada 1960, AGM sekali lagi melengkapkan hat-trick negara untuk memengangi Pesta Bola Merdeka dan pada tahun ini juga beliau memegang rekod dan tiada sesiapa dapat memecahkannya sehingga ke hari ini iaitu menjaring kan gol sebanyak 9 jaringan dalam perlawanan menentang Negeri Sembilan, dan menjadikan jumlah gol nya 34 gol dalam 9 perlawanan. Didier Drogba pun 31 gol untuk satu season. dia juga membantu Malaysia memenangi pingat emas *Sukan SEAP di Rangoom, Burma dan sukan Asia 1962.
1963, dia bersama Selangor dan menjaring kan 106 goal dalam 15 perlawanan sahaja. Termasuk juga rekod jaringan Malaysia yang kekal sehingga hari ini iaitu 18-0 ketika menentang Terengganu (rekod sebelumnya adalah 16-0 ketika Kelantan menentang Pahang).
Hapoel Tel-Aviv, Israel |
1967,AGM membantu Selangor layak ke Liga Juara-Juara Asia tetapi tewas di perlawanan final kepada kelab dari Israel, Hapoel Tel-Aviv. Beliau bersara pada 1968 dan yang cantiknya,dia membantu Selangor memengangi Piala Malaysia kali kelapan dan membenam Pulau Pinang 8-1.
Beliau kemudian menjadi coach Selangor dan membantu Selangor memengangi Piala Malaysia pada 1972 dan menjadi orang pertama memenangi kejuaraan sebagai pemain dan jurulatih.
Okay tamat cerita mengenai Raja Bola Malaysia ni. Dalam minggu minggu akan datang mungkin aku akan borak pulak pasal Supermokh, atau "Pasangan pertahanan terbaik Asia".
Kenapa aku nak borak mengenai lagenda ni, ini kerana walaupun bagus kita berbangga dengan pencapaian atau rentak permainan Malaysia ketika ini, kita tidak harus melupakan lagenda lagenda yang bermain dan berusaha untuk memajukan bola sepak tanah air pada ketika itu. Dan kalau nak diikutkan, bayaran yang diterima oleh mereka jauh lebih rendah berbanding pemain pada masa ini.
Okay itu saja untuk minggu ni.aku harap korang semua sentiasa menyokong Pasukan Malaysia dan juga pemain nya juga.salam.
Sedikit video tentang AGM. Video milik Berita Harian.
*Article ini merupakan pendapat asal penulis, Iqma Tarantino.
*Sukan SEAP ataupun Southeast Asian Peninsular Games merupakan nama asal bagi SEA Games yang kini diguna pakai.
No comments:
Post a Comment