Sunday, March 13, 2011

"Inilah Masanya Pahang Sebaris Dengan Pasukan Elit" - Zaiza Zainal Abidin



Setelah kemenangan Pahang menumpaskan Kelantan 2-0 pada perlawanan Liga Super 2011 semalam, blog Apa Kata Faliq telah menghubungi pemain Pahang, Zaiza Zainal Abidin untuk mengulas sedikit tentang perlawanan semalam. Kata beliau;




"Coach Dollah Salleh telah memberitahu kepada kami, sekiranya kami ingin membawa pasukan ke kelompok elit, inilah masanya. Perlawanan menentang Kelantan ini semalam yang menunjukkan sama ada kami layak bersama kelompok elit. Cara persembahan kami semalam lebih kepada 'counter-attack'. Kelantan pun ada chances mereka, sama seperti kami, tetapi mereka gagal convert kepada goal. Harapan saya pada next game ialah agar dapat maintain momentum untuk boost moral pemain dan saya berharap agar dapat menarik lebih ramai lagi penonton ke stadium. Pahang pun dah lama tak capai sesuatu. Target saya pada musim ini ialah tempat 4 ke atas, sebaris dengan pasukan seperti Negeri Sembilan, Selangor, dan Kelantan."

Zaiza ketika bersama pasukan Selangor, beberapa musim lepas.

No comments:

Post a Comment