Saturday, March 5, 2011

Kenali Pemain : Adam Syahir






Wokayyyy! 2nd player for this week, masih dengan Negeri Sembilan FA(Piala Presiden 2011 Bawah 21 Tahun). Player yang ada darah Portugal. LOL



Nama : Adam Syahir bin Rosli (Negeri Sembilan Bawah 21)
Nama Panggilan : Nani
Nombor Jersi : 9
Posisi : Penyerang
Tarikh Lahir : 21 Mei 1993
Tempat Lahir : Seremban, Negeri Sembilan
Ketinggian : 175 cm
Berat : 62 kg
Pasukan yang diminati : David Villa
Pemain yang diminati : Manchester United

Sekolah :  SK Taman Paroi Jaya, Seremban
               (2000-2005)
                SMK Tunku Ampuan Durah, Seremban (STAD)
               (2006-2010)

  
David Villa, idola Adam Syahir.
Adam, 18, merupakan produk bola sepak daripada SMK Tunku Ampuan Durah yang sering melahirkan bakat-bakat baru dan berkualiti seperti Aidil Zafuan, Zaquan Adha, Hamsani Ahmad dan ramai lagi. Bakat Adam Syahir di dalam bola sepak dapat di lihat sejak umurnya 12 tahun. Beliau mewakili pasukan bawah 12, 15, dan 17 Tahun Negeri Sembilan. Beliau juga telah mewakili Malaysia ke Piala Dunia Belia Gothia Cup 2008. Beliau juga pernah beraksi dalam Manchester United Premier Cup pada tahun 2007. Adam juga merupakan seorang atlit olahraga pada zaman persekolahannya.

Nani - Adam Syahir
Sering digelar "Nani" kerana wajah yang hampir serupa, Adam juga mempunyai gamestyle yang sama seperti Nani. Dari pilihan boot, hinggalah pemakaian tape di ankle dan wrist. Adam Syahir juga merupakan pacy striker dengan shooting power yang baik, cuma accuracynya kurang. Positioning dan anticipation beliau juga sangat baik. Kini, beliau berada dalam pasukan bawah 21 NS, dan menetapkan target bagi dirinya, iaitu mewakili Malaysia pada tahun 2018, dengan hasrat ingin membantu Malaysia supaya dapat menyertai Piala Dunia 2018.

Kata Adam, beliau sangat berterima kasih kepada Cikgu Zainudin(Dino) dan Cikgu Nazri di SMK Tunku Ampuan Durah, Seremban, yang telah berjaya mencungkil bakat beliau di dalam sukan bola sepak.
 
Stalk fb diaaaa! Facebook Adam Syahir

No comments:

Post a Comment