Friday, March 11, 2011

Kenali Pemain : Muhd Nizam Ruslan


Haihh. Pemain ketiga minggu lepas aku tak kenal-kenalkan lagi. Takpee kita bawak ke minggu ni. Untuk minggu ini, pemain pertama yang aku ingin kenalkan ialah pemain pasukan Malaysia Bawah 17 Tahun dan kini sedang menuntut di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).




Nama : Muhammad Nizam bin Mohd Ruslan (Sekolah Sukan Bukit Jalil)
Nama Panggilan : Jang
Nombor Jersi : 10
Posisi : Pemain Sayap Kanan
Tarikh Lahir : 6 April 1994
Tempat Lahir : Seremban, Negeri Sembilan
Ketinggian : 167 cm
Berat : 60 kg
Pasukan yang diminati : Man Utd, Barcelona, Tottenham
Pemain yang diminati : Pedro, Aaron Lennon

Sekolah :  SMK King George V, Seremban
               (2007-2009)
                Sekolah Sukan Bola Sepak Negeri Sembilan (SSBNS)
               (2009)
               Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ)
               (2009-kini)

Malaysia Bawah 17 Tahun

Nizam, 17, kini masih bersekolah di Sekolah Bukit Jalil dan akan menduduki SPM pada tahun ini. Menurut aturan FAM, SSBJ bertanding dalam Piala Presiden Bawah 21 Tahun. Nizam merupakan salah seorang bintang yang bakal bersinar di dalam arena bola sepak tempatan. Sebelum memasuki SSBJ,   terlibat di dalam dua sukan, iaitu ragbi dan bola sepak. Bakat Nizam di dalam ragbi terserlah lebih awal selepas beliau meraih beberapa gelaran berprestij. Kejayaan Nizam juga dapat dilihat di dalam Majalah e@Siswa di bawah, keluaran Februari 2009.



Akan tetapi, minatnya dalam sukan bola sepak lebih mendalam. Dengan bakat yang ada, Nizam telah dipilih untuk memasuki Sekolah Sukan Bola Sepak Negeri Sembilan (SSBNS), sebelum dipancing Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ). Nizam telah menyertai pasukan Malaysia dalam Asian School Football Tournament yang disertai negara-negara Asia pada tahun 2009. Nizam juga terlibat di dalam perlawanan ketika Harimau Muda A menentang Johor (Piala FA 2011), dengan kesudahannya Johor menang 1-0.


Kelebihan Nizam ialah pada pacy runs yang dilakukannya, selain kesungguhan dalam padang. Nizam juga berkebolehan dalam dribbling skills. Nizam juga sangat bercita-cita ingin mewakili pasukan senior kebangsaan pada suatu hari nanti.

Nizam telah dipilih menjadi kapten dalam perlawanan Piala Presiden 2011 menentang Negeri Sembilan. SSBJ menang 2-1.

No comments:

Post a Comment