Thursday, March 31, 2011

Ketua Jurulatih Sarawak, Haji Zaki Dipecat

Semasa pertandingan Liga Malaysia masih lagi di dalam percutian, pengurusan pasukan Sarawak telah membuat perubahan yang drastik setelah mereka memecat Ketua Jurulatih, Hj Mohd Zaki. Pemecatan beliau akan berkuatkuasa setelah tamat perlawanan Sarawak menentang PDRM(1 April 2011). Pemecatan beliau mengejutkan banyak pihak dan mungkin akan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap pemain.



Sekarang ini khabar angin bertiup kencang bahawa bekas Ketua Jurulatih PSM Makassar, Robert Alberts akan kembali ke pangkuan Sarawak.

Pasukan Ngap Sayot ini menduduki tempat ke-4 di dalam Liga Premier setelah 6 perlawanan dengan 10 mata.

1 comment:

  1. memang bangang pengurusan bolasepak malaysia nih...tak habis-habis dengan hasad dengki. tengoklah di mana kedudukan Swak skrg - terbawah ke?Pertengahan pun tidak..

    ReplyDelete