Moshtakeen (kiri) |
Jurulatih Perlis, Moshtakeen Omar telah meletakkan jawatan sebagai jurulatih pasukan. Ini telah diakui oleh Presiden Persatuan Bola Sepak (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim.
Moshtakeen menyalahkan dirinya kerana gagal membimbing pasukan Perlis dengan baik.
"Hasil perbincangan dengan pihak pengurusan dan prestasi Perlis yang tidak memberangsangkan, adalah baiknya saya meletakkan jawatan. Saya diberikan dua tahun untuk membimbing Perlis, tetapi tidak mampu untuk meneruskannya."
Pada tahun 2010, Jurulatih Perlis ialah Yunus Alif yang kini menjadi jurulatih T-Team. Beberapa nama jurulatih dikatakan akan mengisi tempat kosong yang ditinggalkan. Antaranya, Azraai Khor Abdullah (bekas Harimau Muda A).
Perlis kini menduduki tangga tercorot (14) selepas 6 perlawanan Liga Super. Seri 2 kali dan Kalah 4 Kali. Jumlah jaringan yang dijaringkan ialah 3. Jumlah bolos ialah 12.
Perlis kelihatan tidak bermaya pada musim ini setelah kehilangan pemain-pemain seperti Fakri Saarani, Farizal Marlias, Aminuddin (Negeri Sembilan), Fauzi Nan, Amar Rohidan (Kedah) dan Shariman Che Omar (USIM).
Selain itu, khabar angin turut mengatakan bahawa masa depan Jurulatih NS, Wan Jamak, Jurulatih Kedah, Ahmad Yusof dan Jurulatih Johor FC, Azuan Zain kini dinilai semula setelah prestasi hambar yang ditunjukkan pasukan masing-masing.
Azmizi Azmi, Kapten pasukan Perlis. |
No comments:
Post a Comment