Wednesday, March 2, 2011

Norshahrul Idlan Talaha's Wonder Goals

Norshahrul Idlan Talaha

Semalam, 1 Mac 2011, merupakan perlawanan Liga Super yang melibatkan semua pasukan. Tapi yang sangat menarik minat aku, ialah perlawanan di antara Kelantan menentang Negeri Sembilan. Zaquan Adha (NS) kembali beraksi. Kelantan menang 3-0. Yang paling mencuri tumpuan, ialah gol-gol yang dijaringkan Norshahrul (Kelantan). Kedua-dua gol yang dijaringkannya boleh dianggap salah satu Goal of the Season setakat ini. Selain gol beliau, S. Chanturu juga turut menyumbangkan satu gol. Cuba lihat video tersebut.






Gol pertama Norshahrul adalah satu jaringan "breathtaking". Nampak macam tak masuk, last-last masuk jugak(macam mana tu?lol). Shooting accuracy Norshahrul serta teknik shooting yang sangat baik. Teringat aku pada Final Piala Malaysia 2010, di mana pemain yang aku anggap pertahanan terbaik Malaysia, Aidil Zafuan, telah diayamkan oleh Norshahrul. This is my Goal of the Season setakat ini. ^^

"Sorry Aidil, kau sangat ayam malam ni." - Norshahrul. Gambar hakmilik Aria Images.


Gol kedua Norshahrul pula dalam perlawanan beliau menunjukkan dribbling skills beliau yang sangat tinggi serta satu "lob shot" yang sangat baik. Ini menunjukkan bahawa prestasi beliau di AFF Suzuki Cup 2010 bukanlah satu fluke. Dengan flair dan pace yang cukup baik, prestasi semalam menunjukkan bahawa mengapa beliau adalah Pemain Paling Berharga Liga Malaysia 2010. Chemistry yang kuat diantara rakan sepasukan juga terserlah dengan gerakan one-two yang dilakukan.

Teringat aku semasa Norshahrul bermain untuk UPB MyTeam, badan dia keding. Tapi sekarang, badannya padat dan mutakhir. lol

Norshahrul(kiri). Gambar HarimauMalaya.

Apa rahsia bro? Makan budu ke, atau sumber tenaga Air Asia? :p Gurau saja bhaaaa.

1 comment:

  1. .meme kelas gilo...kalu buke sbb pengalaman..meme tok leh wak lagu tu...

    ReplyDelete