Wednesday, April 13, 2011

And The Story Continues

Ceritanya berterusan. 6 perlawanan Liga Super terakhir pasukan Negeri Sembilan masih gagal mencari kemenangan, termasuk perlawanan semalam ketika menentang Kedah. Tewas 2-0 dengan jaringan Baddrol Bakhtiar dan sharpshooter Azlan Ismail. Pakcik dah lamo minat sama Azlan Ismail ni.

Azlan Ismail, creds to Jeebsion

Happy la bila score, Jimmy Mushlim(belakang) muka tanak kalah

Dari dulu lagi, killer instinct dia boleh tahan. Dulu masa dia main Terengganu dengan Perlis, memang dia meletup. Pernah mewakili Malaysia, tapi mungkin sebab dengan corak permainannya yang tidak konsisten, beliau belum lagi dipanggil oleh King Raja buat masa ini. Henti di situ. Sambung cerita lain.

NS masih lagi gagal mencapai kemenangan setelah 7 perlawanan(termasuk Piala FA). Apa sudah jadi? NS tahun ini dibarisi pemain-pemain yang berkaliber dan bermain untuk skuad kebangsaan seperti Farizal Marlias, S.Kunanlan, Aidil Zafuan, G.Mahathevan dan Fakri Saarani. Pada tahun ini, mereka digelar sebagai Dream Team. Tapi bukanlah a dream start for this season seperti yang diinginkan. Jurulatih berkaliber, Wan Jamak juga telah meletakkan jawatan atas rasa tanggungjawab di atas dismal run oleh NS, dan diganti oleh record-breaking coach, Azraai Khor. Setelah beberapa perlawanan, mereka masih belum lagi bermain seperti yang diharapkan. Nak salahkan siapa?

Bagi aku, satu je jawapan bagi segala persoalan ini. ASAS KEKUATAN PASUKAN INI SUDAH HILANG. kalau dalam bahasa English Education Usop Wilcha, "Foundationnyew dah takdew".

"Foundationnyew dah takdew"

Kepada penyokong NS, anda mempunyai hak untuk memprotes, tetapi cuba faham akan keadaan yang berlaku sekarang.


Kita takkan selalunya berada di atas. Dua tiga tahun lepas, Wan Jamak telah membina foundation pasukan yang berasaskan tenaga muda dan lama yang rata-ratanya anak watan negeri. He started from scratch. NS menang Piala Malaysia, memang cukup terpegun aku. Tapi bila kalah tahun lepas, bagi aku, NS masih bermain dengan baik untuk keseluruhan musim. Takdapat retain crown tak apa, dapat jadi finalist pun okay. Bukan senang nak dapat macam tu. Kalau aku lah jadi coach masa tu, aku masih berasa puas. Pemain NS made their names by themselves. Pemain seperti Shahurain Abu Samah, Alif Shamsuddin dan S.Kunanlan. Mereka semua berjaya menonjol. Sebelum ini takda pun dengar nama-nama berikut kan? Sebab dulu, no one expect NS to win the Malaysia Cup. NO ONE. Tetapi, skil dan watak mereka dibina dengan patience. Bila sedikit expectations, lagi kurang bebanan setiap pemain. Jadi, mereka dapat enjoy their game.

My Wishful Thinking. I name it as Aidil's Walk of Shame during 2010 Malaysia Cup Final.

Dan untuk musim ini, foundation pasukan tersebut telah hilang setelah pemergian pemain seperti Rezal Zambery Yahya, Rahman Zabul, dan Ching Hong Aik. Pemain seperti Irwan Fadzli Idrus, Norhafiz Zamani Misbah, Mohd Aminuddin telah dibawa masuk. NS berbelanja besar. Bukan calang-calang pemain. Secara tidak langsung, kemasukan mereka juga turut membawa level of expectations yang baru. Semua peminat mengharapkan kemenangan. Tapi sebagus mana mereka pun, chemistry sesebuah pasukan tidak dapat dibina dalam waktu yang singkat. Lihat saja pasukan luar sana, seperti Manchester City, dah beberapa musim berbelanja, satu piala pun tak muncul. Tapi kalau mereka bersabar dan stick dengan pasukan yang ada, aku pasti, akan bersepahlah piala di dalam almari trofi mereka.

Manchester City got Sheikh Mansour
Negeri Sembilan got Tok Mat

Perbelanjaan yang dilakukan oleh NS ini baik, cuma pelaburan hari ini, hasilnya pada masa depan. Jangan harapkan keputusan yang mendadak. Pengambilan Azraai Khor juga dianggap sebagai satu yang positif. Kekalkanlah pemain yang ada buat masa ini pada musim hadapan. Situasi ini sama seperti ketika Wan Jamak baru mengambil alih pasukan ini. Bermula dari bawah. Sama juga dengan keadaan sekarang. Mula dari bawah. Untuk membentuk satu pasukan yang betul-betul mantap memerlukan masa. Kalau bawak satu bas Cristiano Ronaldo pun, belum tentu NS menang lawan NS Chempaka. Sama seperti PPSMI lah, kalau tukar secara drastik, memang terkapai-kapailah pelajar nak belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Jadi, perubahan ini harus dilakukan dari bawah untuk generasi yang berikutnya. Sama juga transition pasukan NS yang lama menjadi yang baru. Perkara ini memerlukan masa.

Bagi peminat SETIA NS, pada masa inilah kesetiaan anda kepada pasukan akan diuji. Kalau dulu masa menang, kata nak setia walau apa sekali pun. Tapi sekarang dah kalah, jangan pulak berubah nada. You'll go through tough times, its about coming through that. Jadi, cerminlah diri tu. Adakah anda betul-betul setia kepada pasukan? ^^

Akan kekalkah sokongan setia anda seperti ini?

Jangan setia sangat macam ni. LOL

Bagi masa untuk Azraai Khor bentuk pasukan ini. Kerana kebanyakan pemain pada musim ini adalah new set of players. Rome was not built in a day.

MONEY WILL NEVER BUY YOU SUCCESS, BUT IT CAN PAVE THE WAY TO SUCCEED.

9 comments:

  1. Soal maruah negeri kami macam mana bro... :(
    http://mystellamia.blogspot.com/2011/04/suara-hati-anak-negeri.html

    ReplyDelete
  2. Tok Mat ni bangang, bajet dio taw pasal bola?
    Maghin time 2006 dio gak bangang bawak masuk Hatem Soussi. Terus punah team di buekk ea. Lopehh tu bilo da kuekk, dio bajet nak nambah lagi kuekk. di boli ea player yang xtentu arahh. haiyoo.

    ReplyDelete
  3. rome tak dibina dalam satu hari.....tapi rom(sangatlah) telah runtuh dalam satu hari!!!...kalau kekalkan player tahun lepas dan momentum tersebut....tahun nie tidak mungkin ada istilah rom dibina dengan satu hari nie!!this all bullshits!!

    ReplyDelete
  4. tahun depan main liga perdana pulak..dan tetap kalah....dan jawapan yg kita akan dengar pun adalah sama!! rom tidak dibina dalam masa satu hari!!!....tau tak rome yg tak dibina dalam satu hari nie dah jadi sejarah??? nak jadikan n9 nie satu sejarah gak ke??? bangang punya orang rome...same mcm bloger nie...kaki kipas!!!

    ReplyDelete
  5. nak buek empayar rome san ehh....patut lahh....try buek pasar malam dulu lah sebolom nak buek rome..wakakakaka..hakkk tuihh!!bolgger nie pun bangang!!! waakakkaka!!

    ReplyDelete
  6. totap sokong team nesemilan utk selamo eh!kono bagi maso kek AK..takpo, jgn patah smngt..FF13, good notes..thumbs up!sokong n9 bai!!

    ReplyDelete
  7. Kalau kalah , main bagus takpe . ini kalah , lepas tu semua nak main skill . aminuddin tu , main teruk . dah la panas baran , harap dia keluar la dari N9 cepat . penat dah bro , muak . dulu time WJ pun tak lah 4th bottom team . N9 punya team terlalu dimanjakan , sebab tu naik lemak . gaji nak mahal , main tak setimpal dengan gaji .

    ReplyDelete