Tuesday, April 26, 2011

Jadual Yang Ketat

Dengan penjadualan baru yang tense, kini kredibiliti dan kebijaksanaan seseorang jurulatih baru benar-benar teruji setelah Liga Malaysia kini memasuki fasa baru iaitu pusingan kedua. Pusingan kedua dijangka lebih sengit selepas transfer window yang dibuka dimanfaatkan oleh semua pasukan.
Beberapa perubahan dapat dilihat. Sebagai contoh kemasukan bekas pemain Harimau Muda ke dalam pasukan Negeri Sembilan, Zaki Abu Bakar dan pelantikan jurulatih baru pasukan Perlis, Krecska Janos. Aku secara personally telah bercakap dengan Krecska Janos serba sedikit mengenai perpindahan ini, dan insyaAllah aku akan sertakan temubual bersamanya dalam blog ini.

Kembali kepada topik asal, kredibiliti dan kebijaksaan jurulatih kini bakal benar-benar teruji kerana perlawanan bola sepak kini dilakukan 3 kali satu minggu. Ramai jurulatih yang mengadu dan mengeluh mengenai perkara yang berlaku ini. Katanya pasukan kini berhadapan masalah keletihan, injury dan sebagainya.

Akan tetapi bagi aku, di sebalik setiap masalah, ada pelbagai peluang. Salah satu peluangnya ialah; Inilah masa untuk mengenengahkan bakat-bakat baru yang sudah lama terpendam. Maksud aku, pemain Piala Presiden. Kita tidak seharusnya mengharapkan kekuatan sesetengah pemain walhal kekuatan sesebuah pasukan bergantung kepada usaha sama satu pasukan. Jadi, berikanlah mereka peluang. Inilah masa untuk mereka. Jangan turunkan pemain yang sama untuk setiap perlawanan, kita harus lihat kekuatan sesuatu pasukan. Ketika inilah gunanya match scouts, yang akan menganalisis cara permainan pihak lawan untuk dijadikan advantage.

 Percayalah pada aku, pada setiap pemain, mereka inginkan kepercayaan seseorang jurulatih. Kepercayaan seseorang jurulatih dapat memotivasikan seseorang pemain. Tapi bukanlah satu skuad pemain presiden diturunkan, maksud aku, turunkan mereka yang dirasakan layak diketengahkan.

No comments:

Post a Comment