Wednesday, April 27, 2011

Kenali Pemain : Rahman Ghani

Kali ini post sepesel sikit. Aku introduce team captain, pasukan Negeri Sembilan Bawah 21(Piala Presiden), kita cerita sikit pasal dia ni, macam mana daripada jadi team captain, panaskan bench, dan kembali beraksi semula. Beliau dilantik sebagai team captain pada musim ini, akan tetapi lilitan itu seterusnya diberikan kepada pemain lain. Ape cer? haaaa cecite cecite~




Nama : Abdul Rahman bin Abdul Ghani (Negeri Sembilan Bawah 21)
Nama Panggilan : Aman
Nombor Jersi :12
Posisi : Pemain Tengah
Tarikh Lahir : 13 Februari 1991
Tempat Lahir : Seremban, Negeri Sembilan
Ketinggian : 173 cm
Berat : 63 kg
Pasukan yang diminati : Barcelona, Real Madrid
Pemain yang diminati : Andres Iniesta, Fabregas, Xavi

Sekolah : SK Rahang
               (1998-2003)
               SMK Tunku Ampuan Durah (STAD)
               (2004-2008)



Rahman, 20, bukanlah nama asing bagi penggiat bola sepak remaja di Negeri Sembilan. Namanya sering meniti di bibir penggiat bola sepak di Negeri Sembilan. Mewakili pasukan remaja Negeri Sembilan pada usia 12, 16 dan 17. Jika kita lihat kepada pemain yang beliau minati, kita boleh meneka cara permainan beliau di atas padang. Composure yang tinggi, serta dribbling skills yang baik, selain vision dan leadership yang baik. Rahman juga merupakan pemain yang dipilih sebagai 2011 Season's Team Captain bagi saingan Piala Presiden oleh coach Yusarman Yusof, serta merupakan antara muka lama di dalam pasukan ini setelah 2 tahun berkhidmat. dan beliau merupakan seorang "Silent Leader".


Akan tetapi, pada pertengahan musim, lilitan yang dipegangnya tidak berkekalan begitu lama. Dari seorang ketua pasukan, Rahman kemudiannya hanya memanaskan bangku simpanan, dan seterusnya out of the list. Terkejut bukan? Bukankah seorang ketua pasukan boleh dianggap pemain paling berpengaruh serta beraksi dengan baik di atas padang dan yang orang paling kanan bagi setiap jurulatih? Perkara ini terjadi akibat prestasi Rahman yang agak terumbang-ambing akibat masalah peribadi yang membelenggu beliau. Selepas itu, Rahman bangkit dari doldrums tersebut dan kini kembali beraksi untuk kesebelasan utama pasukan. Tetapi sayang, lilitan ketua pasukan kini tidak lagi menjadi hak milik mutlaknya.


Katanya, jersi nombor 12 yang dipilihnya ada kena mengena dengan seseorang yang penting dalam hidupnya. Beliau juga rapat dengan abangnya. Semasa aku berbicara dengan beliau, aku dapati Rahman merupakan seorang yang soft spoken, bicaranya yang teratur, serta berkarisma(serious shit. terkejut juga aku). Beliau juga ingin berterima kasih kepada jurulatih beliau ketika di bangku sekolah, Cikgu Mustapha dan Cikgu Rosaizan dari SK Rahang kerana banyak memainkan peranan dalam membentuk beliau.

Memilih sukan Tenis sebagai sukan kedua, Rahman juga aktif dalam sukan futsal dan merupakan ahli pasukan Muslim Tani. Beliau juga sering menghabiskan masa lapang dengan menonton filem-filem terbaru, selalunya di AEON Jusco Seremban 2. Di dalam pasukan, beliau rapat dengan Norhairi, Khusairie serta Khairul Ridzwan, yang beliau kenali sejak bangku sekolah lagi. Rahman juga boleh bermain sebagai pertahanan kanan dan penyerang. Rahman memilih pasukan Kuala Lumpur sebagai pencabar yang paling kuat setakat ini.

Stalk dia kat FB! Facebook Rahman Ghani



All of the pix adalah hak milik coach Yusarman Yusof.

2 comments:

  1. rahman....dio dulu ado kes ni...

    ReplyDelete
  2. rahman 1sekolah ngan aku dlu.. die stad main bola mse dkt sk.rahang...

    ReplyDelete