Saturday, April 30, 2011

"Soal Ref" bersama Subkhiddin Salleh #1

Haaa sudah tiba masanya, "Soal Ref" bersama Subkhiddin Salleh beraksi di dalam blog Apa Kata Faliq. Moh kita terjah kepada soalan-soalan pemanas badan sebagai permulaan segmen ini! Volume #1 bermula! By the way, beliau kini dalam misi ke Riyadh dan Uzbek untuk apa? Tak tahu, tak tahu. lol


1) Sesetengah peminat menganggap kejayaan ref sering dibayangi pengadil Uzbekistan, Ravshan Irmatov, yang seolah-olah yang menjadi penghalang kepada peluang Subkhiddin untuk menjadi pengadil utama terutamanya di Piala Dunia 2010 Afrika Selatan. Boleh ref ulas sedikit? - Razman, Klang

Selain daripada saya dan Ravshan Irmatov [Uzbekistan] tersenarai juga beberapa nama lain yang juga merupakan calon terakhir ke Piala Dunia 2010 dan mereka adalah terdiri daripada; Breeze Matthew Christopher [Australia], Al Ghamdi Khalil Ibrahim [Saudi Arabia] dan Nishimura Yuichi [Japan]. Mereka yang tersenarai ini juga adalah merupakan pesaing yang sihat kepada saya.

Ravshan Irmatov, pengadil untuk perlawanan akhir Piala Asia 2011

Sudah tentu saya berharap pemilihan kami dilakukan secara sihat tanpa pengaruh 'politik' daripada mana-man pihak! Secara jujur saya ingin nyatakan bahawa saya tidak pernah sedikit pun berasa gentar kepada setiap pesaing ini kerana saya yakin dengan kekuatan pasukan saya ataupun disebutkan sebagai 'trio referee'.

Kami telah bersama dalam beberapa kejohanan dan pertandingan anjuran FIFA seperti, FIFA World Youth U20-Canada, FIFA World Youth U17-Egypt, World Cup 2010-Qualifier Round, AFC Champion League 2010 dan banyak lagi pertandingan yang telah membentuk pesefahaman yang sangat baik kepada kami. Selain daripada itu saya perlu akur dengan keputusan 'FIFA Referee Committee' yang tidak memihak kepada saya dan saya sangat berharap agar keputusan tersebut adalah keputusan yang tidak dipengaruhi oleh unsur yang tidak sihat dan saya sentiasa berpandangan setiap tugasan yang diberikan perlu dilakukan dengan sepenuh hati dan lakukan yang terbaik untuk negara!


2) Boleh ref ulaskan sedikit bagaimana pemilihan pengadil sesebuah perlawanan dilakukan? Terutamanya di kejohanan besar seperti di Piala Dunia dan di Piala Asia.Amirul, Seremban

Pemilihan dibuat oleh 'Referees' Committee' dan bagaimanakah mereka menentukan kriteria untuk pemilihan tersebut tidak pernah dimaklumkan kepada kami. Bagaimanapun setiap pengadil yang berada di sana perlu menjalani latihan tanpa ada batasan perbezaan kerana setiap daripada kami akan diberi peluang kerana itulah yang 'dicanangkan' oleh mereka semasa 'jamuan malam pengadil' yang diadakan khusus untuk memgumumkan pengadil perlawanan pembukaan di antara tuan rumah South Africa melawan Mexico.

'Trio Referee' Perlawanan Akhir Piala Dunia FIFA 2010 ; Darren Cann, Howard Webb, Mark Mullarkey

Lantikan pengadil akan dilakukan secara berperingkat dan keputusan siapakah yang akan mengadili pada perlawanan seterusnya adalah bergantung kepada tahap prestasi yang dikemukakan melalui 'laporan prestasi pengadil' yang dibuat oleh Referee's Committee. Jika laporan prestasinya buruk maka 'trio referee' tersebut akan direhatkan tetapi adakalanya berlaku juga yang sebaliknya!


3) Dikhabarkan Piala Asia 2011 merupakan pertandingan besar yang terakhir yang bakal diadili oleh ref. boleh jelaskan sedikit mengenai perkara ini? - Mohd Zamri Abu Bakar, Shah Alam

Ya, memang betul Piala Asia 2011 adalah merupakan kejohanan terakhir untuk saya kerana tiada lagi 'target' untuk ke kejohanan besar dalam calendar bolasepak dunia seperti World Cup, Olympic atau Piala Asia kerana saya bakal mencecah 45 tahun pada akhir tahun ini.

Aksi Subkhiddin Salleh di Piala Asia 2011 di Qatar. OMG aku punya Makoto Hasebe ada kat situ!*gay mode*

Saya memang berhajat untuk bersara sebaik menjejak kaki ke tanah air dengan satu tujuan iaitu untuk membuka peluang kepada rakan pengadil di Malaysia agar mereka dapat melangkah dengan lebih jauh apabila saya mengumumkan untuk bersara.

Lagi aksi Subkhiddin Salleh di Qatar

Malangnya niat saya terbantut setelah mengadakan perbincangan dari hati ke hati dengan 'AFC Referees Director' pada pagi hari semasa proses 'check-out' dari W Doha Hotel iaitu tempat penginapan kami sepanjang kami bertugas di sana. Beliau kelihatan bersungguh-sungguh dan ikhlas menasihatkan saya untuk meneruskan tugasan sebagai pengadil sehingga akhir tahun ini dan apakah butiran perbincangan di antara kami? biarlah ianya menjadi rahsia dan yang pasti keputusan saya adalah demi untuk kebaikan FAM dan negara khususnya dan saya sangat berbesar hati dan berbangga kerana tidak bersikap seperti 'pentingkan diri sendiri'....


4) Khabarnya ref akan menubuhkan sebuah akademi pengadil? Betulkah khabar angin ini? - sotomayor_worldchamp@yahoo.com

Saya cuba memberikan respons kepada satu soalan tersebut yang diajukan oleh seorang pemberita sebelum ini, dan saya sebenarnya menyatakan bahawa saya bersedia untuk menjadi sebahagian daripada mereka [akademi pengadil]. Apa yang saya cuba maksudkan ialah sebagai 'tenaga pengajar' kepada akademi tersebut..tetapi segalanya berkemungkinan boleh berlaku dan saya berharap dan berdoa agarnya ianya mampu berlaku.

5) Bilakah ref bercadang untuk bersara sepenuhnya sebagai seorang pengadil perlawanan? – Zaki, Tumpat

Saya mula berkecimpung dalam dunia pengadilan bolasepak pada tahun 1990 dan InsyaALLAH saya akan bersara daripada peringkat antarabangsa dan juga tempatan pada tahun ini.


Gambar lama Subkhiddin Salleh

Okay guys, itu sahaja untuk minggu ni. Kalau you all ada apa-apa lagi nak tanya, klik sini untuk tahu bagaimana caranya. Tanyalah apa-apa. Kalau you all tak puas hati dengan sesetengah keputusan pengadil di Malaysia ni dan inginkan jawapan ref Subkhiddin Salleh, sinilah tempatnya. Okay jumpa lagi!

No comments:

Post a Comment