Tuesday, May 17, 2011

Sultan Azlan Shah

Post kali ini lari tune sikit. Minggu lepas, aku terjumpa dengan kepingan gambar Sultan Azlan Shah, iaitu Sultan Perak dan Presiden Persatuan Hoki Asia. Beliau merupakan bekas Presiden Persatuan Hoki Malaysia yang kini disandang oleh Tengku Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah(juga merupakan Timbalan Presiden FAM).

Satu gambar yang menceritakan segalanya.

Foto pada 9 Mei, hampir dengan perlawanan Piala Sultan Azlan Shah

Cara layanan baginda Sultan terhadap pasukan hoki kebangsaan boleh menceritakan segalanya. Walaupun beliau tidak lagi memegang tampuk kepimpinan hoki di negara ini, cara beliau menunjukkan seolah-olah beliau sendiri berada dalam pasukan tersebut. Seperti satu keluarga. Personal touch baginda Sultan sangat aku kagumi.

Bagaimana dengan baginda Sultan Ahmad Shah kita? =)


Harapnya sama juga seperti sukan hoki, yang punya Sultan yang sangat mengambil berat terhadap pasukan kebangsaan. Oh tidak dilupakan, Sultan Ahmad Shah juga merupakan bekas Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sebelum diambil alih oleh Mohammed bin Hammam pada Ogos 2002.

Oh sebelum itu. ada sedikit maklumat tambahan. Sebenarnya, Malaysia sejak dahulu lagi merupakan one of the global players in football. Terutamanya Asia. Siapa kata Malaysian born tak boleh memimpin, tak boleh mentadbir. Tapi macam biasalah, pengkritik di Malaysia ni semuanya fikir mereka boleh melaksanakan tugas-tugas seperti ini lebih baik berbanding yang ada sekarang. Biasalah, rakyat Malaysia kan rakyat yang berdaya saing dan berfikiran kritis? =)

Asian Football Confederation (AFC)


ASEAN Football Federation (AFF)


Buat permulaan, kita terjah Presidennya dulu. Banyak lagi rakyat Malaysia yang terlibat dengan FIFA, AFC dan AFF. Sebagai contoh Dato' Paul Mony, Datuk Dell Akbar Khan dan ramai lagi.

No comments:

Post a Comment