Sunday, June 5, 2011

Laughing Stock

First of all, tahniah kepada Ketua Jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, K. Rajagobal yang telah dikurniakan Panglima Jasa Negara (P.J.N) yang membawa gelaran "Datuk" sempena Hari Keputeraan YDP Agong.


Penganugerahan ini memberi harapan kepada semua jurulatih/atlet bahawa, sekiranya Perdana Menteri bersorak bersama peminat melihat persembahan anda, you're going to get yourself a Datukship.

 Tahniah kepada King Raja atas pengurniaan tersebut, tetapi pada hemat saya, pengurniaan ini seolah-olah menunjukkan begitu mudah untuk seseorang itu mendapat gelaran "Datuk", dan seolah-olah gelaran ini sudah hilang prestigenya serta menjadi laughing stock dan bualan para netizen seantero Malaya . Sudah tentu rekomendasi pengurniaan ini adalah daripada Perdana Menteri(bagi Hari Keputeraan YDP Agong, if i'm not mistaken).

Kalau Datuk Misbun Sidek memerlukan sekurang-kurangnya standard Olimpik untuk meraih gelaran ini, tidak kepada Datuk Raja. Standard ASEAN pun bolehhh. Mungkin ada yang kata "Ala bro, biasa la. Sukan nombor satu dunia, mesti la standard dia lain dengan sukan lain". Okay, if that's the case, kenapa tak bagi Datukship kepada Karl Heinz-Weigang in the first place? He took us to the Olympics 1980, remember? Mengikut pengetahuan am saya la, standard Olimpik jauh lebih tinggi berbanding ASEAN.

Sekiranya Datuk Raja lead us to Asian Cup glory, it's acceptable.  Tapi kalau setakat peringkat ASEAN, hrmmm hang fikir la sendiri. Oh by the way, sorry Wan Jamak, you just missed yourself a Datukship back in 1996.

I bet Safee Sali mungkin ada dalam list Datukship in few years to come. lol

FYI, Sir Geoff Hurst mendapat gelaran "Sir" pun setelah pasukan England menang Piala Dunia 1966. Mungkin kalau Malaysia menang Piala Dunia, semuanya dapat gelaran "Tun" kot. Eheh.

ps : Gelaran Datuk sekarang bersepah-sepah(beratus ribu), seolah-olah dah tak ada nilainya yang tersendiri. Mungkin suatu hari nanti semua orang lahir dengan nama Datuk. Senang, Habis cerita.

No comments:

Post a Comment