Tuesday, June 7, 2011

Yusarman Yusof

Kepada para pembaca yang dahulunya bersikap skeptikal mengenai post rasuah bola sepak sebelum ini, ini sahaja jawapan aku. I TOLD YOU. Kerana kami di blog Apa Kata Faliq akan bercakap berpanjikan fakta, bukannya khabar angin(kecuali jika dinyatakan).

Kini, seantero Malaya sekarang sedang heboh memperkatakan gejala rasuah yang melibatkan pasukan Piala Presiden Negeri Sembilan. Bekas Ketua Jurulatih, Yusarman Yusof, telah dihadapkan ke mahkamah dan didakwa memberi rasuah kepada pemain jagaannya. 21 pertuduhan. Tapi macam biasa lah, tak mengaku. Perlu diingatkan di sini, beliau BELUM LAGI TERBUKTI BERSALAH kerana belum lagi dibicarakan.

Tapi aku cukup yakin, tibanya saat beliau terbukti bersalah, ini akan menjadi permulaan bagi sesuatu yang baik. Satu amaran, kepada semua yang terlibat dalam arena sukan.


Yusarman Yusof
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

Dikhabarkan, para pemain sekarang cukup bengang dengan bekas jurulatih mereka ini. Ini kerana, dikatakan bekas jurulatih ini memberi keterangan bahawa beliau tiada kena mengena dengan pertuduhan ini sedangkan secara terang-terangan beliau didakwa memberi wang sogokan kepada para pemain ketika bersama bookie. Khabarnya, dalam semua keterangan yang diberi oleh mereka yang terlibat, keterangan beliau sahaja yang berlainan. Wallahualam. SPRM sahaja yang tahu. =P

Utusan Malaysia, 7 Jun 2011 - Gambar disebat dari N9futbol

Pesanan kepada mana-mana pemain yang MEMANG MENGAMBIL RASUAH cuma belum kantoi lagi, haaa quotation ini untuk you all. Aku pasti, ramai lagi yang terlibat.


 “Truth is like the sun. You can shut it out for a time, but it ain't going away."

No comments:

Post a Comment