Friday, July 22, 2011

Yossi Kena Hayoun

Pemain sayap Chelsea, Yossi Benayoun telah "diboo" sepanjang perlawanan ketika menentang Pilihan Malaysia semalam. Chelsea menang 1-0. Yossi Benayoun "diboo" sepanjang perlawanan kerana beliau berasal dari Israel. Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara Israel dan tidak pernah mengiktiraf Israel sebagai satu negara yang sah, atas dasar sokongan penuh terhadap Palestin.

Yossi Benayoun



Ada yang berkata, jangan campur soal politik dan sukan. Tetapi bagi aku, perkara ini lebih kepada perkara yang berkait dengan kemanusiaan. Tragedi yang menimpa negara Palestin melebihi perkara yang melibatkan politik. Yossi sepatutnya paham tentang keadaan yang beliau alami di Malaysia. Jangan complain, terima sahaja. Ada yang kata, ini merupakan racial abuse. Bagi aku tidak. Jika Roberto Carlos diberi pisang sebagai tanda rasis di Rusia, itu dikirakan sebagai rasis, kerana satu penghinaan terhadap mereka yang tidak berkulit putih. Satu kejadian semulajadi.



Tapi adakah perlakuan kerajaan Israel itu satu kejadian semulajadi? Sudah semestinya tidak. Tidak perlu kita ulas mengenai perlakuan kerajaan pimpinan Benjamin Netanyahu ini. Oleh itu, perkara yang terjadi di Bukit Jalil semalam bukanlah racial abuse. Media barat sengaja mengapi-apikan perkara ini dengan mengeluarkan headlines yanag provokatif. Akan tetapi, kenyataan tetap kenyataan. Tiada siapa yang boleh menyembunyikan apa yang Israel telah lakukan. Rakyat Malaysia berhak berbuat demikian. Memanglah, tidak semua rakyat Israel yang menyokong kerajaan itu. Tapi anggaplah ini sebagai tanda protes daripada penduduk Malaysia.


Kes melibatkan para atlet Israel di Malaysia ini sudah lama timbul, di mana pasukan Kriket kebangsaan Israel pernah diberi pelepasan untuk menyertai Carlsberg 1997 ICC Trophy di Kuala Lumpur. Itupun selepas beberapa perbincangan dilakukan, dan demonstrasi serta tentangan dari parti politik sepanjang kejohanan.

Yossi ni sepatutnya bersyukur diberi perlepasan untuk memasuki negara Malaysia. Silap la kalau you expect nak bentang karpet merah.

1 comment:

  1. orang yang cakap racial abuse tu taktau apa hubungan diplomatik. main pakai sebut je. politik lebih

    ReplyDelete