Tuesday, August 30, 2011

Peranan Siapa?


Kekalahan pasukan kebangsaan kita kepada pasukan Singapura dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2014 tempoh hari menunjukkan pelbagai kelemahan yang sedang dihadapi oleh pasukan kebangsaan. Kali ini kita akan bercakap dari segi pemilihan pemain. Dengan persembahan tidak konsisten oleh our defence prior to the match, King Raja masih memilih untuk meletakkan mereka sebagai barisan benteng negara. Persoalannya, kenapa King Raja tidak memilih untuk memasukkan pemain seperti Helmi Remeli, dan Rizal Fahmi? Apakah yang faktor yang  begitu membezakan pemain seperti Rizal Fahmi dengan pemain seperti Fadhli Shas, dan Muslim Ahmad? Sehinggakan King Raja tidak berani untuk membuat keputusan sedemikian?


Faktornya ialah, pengalaman, pendedahan antarabangsa dan perlawanan kompetitif.  Kebanyakkan pemain utama yang berada dalam pasukan kebangsaan merupakan bekas pemain Sekolah Sukan Bukit Jalil/SSBJ (kebanyakkan pemain Harimau Muda) dan Sekolah Sukan Bandar Penawar/SSBP (seperti Khairul Fahmi Che Mat). Pemain-pemain daripada dua buah sekolah ini merupakan pemain yang telah mendapat pendedahan yang luas di peringkat antarabangsa serta perlawanan kompetitif yang mencukupi. Pemain-pemain seperti mereka telah bermain di peringkat Asia, malah dunia. 

Khairul Fahmi, bekas pemain Sekolah Sukan Bandar Penawar

Seperti kata Pengurus pasukan West Ham United, Sam Allardyce, seseorang pemain pada peringkat awal perlu mendapat 10,000 jam latihan sejak umur tujuh tahun untuk menjadi seorang pemain yang baik. Tidak hairanlah pemain-pemain Harimau Muda serta bekas-bekas pemain sekolah Bukit Jalil(sudah pastinya mereka pernah mewakili Malaysia ketika usia remaja) sering diberikan tempat di dalam kesebelasan utama skuad kebangsaan. Manakala sebahagian pemain lain hanya memenuhi bangku simpanan dan jarang diberikan peluang untuk beraksi dalam perlawanan yang penting.  Mereka yang berada di bangku simpanan ini juga rata-rata merupakan pemain yang berasal dari Sekolah Sukan/Akademi Bola Sepak setiap negeri ataupun yang tidak mempunyai “background” bola sepak pada usia muda. 

10,000 jam latihan diperlukan untuk menjadi pemain yang berkualiti.

Persoalannya, sekiranya pemain di bangku simpanan ini tidak mampu atau tidak setanding kemampuannya dengan pemain yang berada di kesebelasan utama, mengapakah pemain-pemain ini dipilih menyertai pasukan kebangsaan? Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa kita ketandusan pemain yang berkualiti, dan pemain dipilih bukan atas dasar prestasi semasa, serta pemilihan mereka sekadar melengkapkan syarat. Sebagai contoh, Norhafiz Zamani dipanggil menyarung jersi Pilihan Malaysia ketika menentang Chelsea, walhal beliau hanya baru pulih dari kecederaan. Apakah tiada pemain lain yang beraksi lebih cemerlang di kancah liga ketika itu? Sekali lagi, pengalaman dan pendedahan antarabangsa yang membezakan.

Norhafiz Zamani, antara centre back terbaik yang pernah dilahirkan

Dalam setiap perlawanan, terutamanya ketika pasukan kebangsaan menentang pasukan kelab, King Raja selalu berkata, “it’s good for the boys to gain experience”. Tetapi harus diingat, pasukan kebangsaan bukan tempat yang khusus untuk menimba pengalaman. Tanggungjawab “memberikan” pengalaman ini ialah tanggungjawab setiap Persatuan Bola Sepak negeri dan kelab. Harus diingat, setiap pemain yang berada di dalam pasukan kebangsaan ketika itu tidak akan kekal selamanya. Tidak terjamin tempat mereka, dan “pengalaman” yang diraih itu tidak dapat dipraktikkan sekiranya seseorang pemain itu tidak mendapat call-up dari pasukan kebangsaaan. Lain lah kalau kita pilih pemain bukan berdasarkan prestasi semasa. Jadi, pasukan kebangsaan seharusnya menjadi satu pasukan yang merangkumi pemain-pemain terbaik negara, berdasarkan prestasi mereka di dalam saingan liga. 
 
Nazri Ahmad dan Haziq Zikri Elias, pemain yang telah "dididik" dalam pasukan Harimau Muda


HARUS DIINGAT, PASUKAN KEBANGSAAN MERUPAKAN SKUAD UNTUK “MEMASARKAN” BAKAT MEREKA, BUKAN UNTUK “MENGASAH” BAKAT MEREKA.

Akan tetapi, apa yang berlaku, adalah sebaliknya. Pemain yang dipilih berdasarkan prestasi semasa hanyalah sebagai pelengkap pasukan, dan pemain-pemain pilihan seperti Muslim Ahmad dan Fadhli Shas masih lagi diberikan tanggungjawab utama, walhal prestasi semasa mereka cukup mengecewakan. Pasukan kebangsaan kini diurus seperti sebuah pasukan negeri/kelab. Pasukan yang dijadikan sebagai tempat memperoleh pengalaman. Apabila tanggungjawab memperoleh pengalaman itu dipegang oleh pasukan kebangsaan, dan bukan pasukan negeri/kelab, proses kita untuk mencapai kejayaan untuk melakar kejayaan itu semakin lama semakin panjang, kerana setiap perlawanan dijadikan sebagai medan memperoleh pengalaman. Pemilihan pemain pula hampir 70% pemain yang sama, walaupun prestasi para pemain yang dipilih ketika itu kurang memberangsangkan. Tetapi tindakan yang diambil King Raja ini, ada asasnya. Beliau tidak ada pilihan lain. Dengan cara ini sahaja lah yang mampu membentuk pasukan yang mantap, kerana persatuan negeri/kelab tidak memainkan peranan mereka.

Fadhli Shas, terima kritikan yang hebat.

Seperti di kejohanan di Piala AFF tempoh hari, kejohanan tersebut dimenangi oleh “SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL” dan “HARIMAU MUDA”no thanks to State’s Football Academy. Rata-rata pemain yang membarisi skuad kebangsaan itu merupakan  bekas pemain kebangsaan pada usia muda yang cukup pengalamannya serta perlawanan kompetitif yang mencukupi. Seolah-olah national pool kita hanya berlandaskan pasukan SSBJ/Harimau Muda, dan bukan seluruh negara. Tetapi sekiranya pemain-pemain seperti mereka ini tidak ada, adakah kita mampu untuk menyandarkan tanggungjawab ini kepada pemain Akademi di setiap negeri?

Amri Yahyah, pemain yang sering menghasilkan "magis" pada saat yang tidak dijangka.

Perkara ini akan kita kupas lagi, kita akan bercakap mengenai bagaimana Sekolah Sukan Bola Sepak Negeri/Akademi Bola Sepak Negeri itu sendiri berfungsi.  Inilah peranan Persatuan Negeri/Kelab yang saya maksudkan. Di manakah silapnya, akan kita kupas dalam post yang akan datang.

Itu sahaja dari saya, Muhammad Faliq bin Firdaus. Dengan ini saya ingin memohon ampun dan maaf, sekiranya(pasti ada) saya telah tersalah sebut, menyinggung perasaan, buruk tingkah laku, yang memberi kesan terhadap orang lain. 


Tiada lagi kata yang mampu saya ucapkan, selain Memohon Ampun dan Maaf.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 54.

Oh ya, sekiranya berminat dengan artikel dan isi blog ini, anda dipersilakan untuk “LIKE” page kami serta page sumber berita utama kami di laman sesawang FACEBOOK. 




 SEMUA GAMBAR DI ATAS ADALAH HAK MILIK DUNIA SUKAN ONLINE.

1 comment:

  1. post ko ni bes faliq,,,,ada isi dan kebenaran,,,,well done mageran

    ReplyDelete