Tuesday, September 13, 2011

Janji Janji Manis

Tadi aku try google "Janji Manis". Results dia banyak, one of the top results is this;


Tak tahu la jejaka ini telah menaburkan janji manis sepanjang hidup dia. Jika gambar di atas ini ialah gambar anda, maaf lah ye. Salahkan Google Images, yang letak gambar-gambar yang legend kat situ.



Jangan salah anggap, kali ini aku akan bercakap mengenai janji manis yang ditaburkan oleh State FAs kepada pemain. Salah satu eh, dari segi wang ringgit, mahupun pakej percutian. Tipulah, kalau seseorang pemain itu mengatakan dia tidak mengejar wang ringgit di dalam soal ini. Ramai yang selalu membandingkan pemain dulu dan sekarang. Katanya, pemain dulu lebih patriotik dan tidak pentingkan wang ringgit. Wake up yo! Zaman sekarang semuanya guna duit. Nasi Lemak OldTown pun RM7.50. Chett. The players boleh je pilih not to play football, as they are still many jobs for them. Bukan macam dulu, di mana bola sepak merupakan satu-satunya sukan yang paling hampir dengan rakyat. Kalau ikutkan sekarang, rakyat lebih banyak options and choices.

OldTown Nasi Lemak Special. RM7.50
Sebab tu, aku selalu berfikir bahawa, sekiranya kita bina stadium di kampung-kampung yang padat, akan penuhlah stadium itu. Ini kerana, bola sepaklah merupakan satu satunya hiburan mereka. Tak gitu? Sebab apa lagi diorang nak buat, selain tengok bola. Tu je yang ada. Macam kalau kat bandar ni, kita banyak choices dan options. So, kita tak boleh nak compare bulat bulat zaman Mokhtar Dahari dengan zaman Safee Sali dalam konteks patriotik tak patriotik ni lah.


Back to the main topic, masa pre-season, biasanya akan beri janji secara verbally tung-tang-tung-tang yang mereka akan bawa melancong ke Eropah sekiranya memenangi sesuatu piala. Selain itu, janji-janji seperti akan memberikan wang tunai setiap seorang sekiranya menang sesuatu perlawanan. Tapi bila dah setengah musim, satu sen pun takda. You know ah, this what drives them. Habuan-habuan ni. Bila State FAs tak tunai janji, diorang tak boleh nak tuntut, sebab bukan ada hitam putih pun. Haaa dari situlah, mula lah ambil rasuah dan sebagainya. Main macam phalatts pun berkemungkinan ada kena mengena dengan perkara ini. Ada yang lagi legend, ada team kat Liga Malaysia ni, sekat gaji pemain selama berbulan bulan bila prestasi merudum. Amboii, ni gaji yang disekat. Hak asli mereka. Bukannya elaun dan sebagainya. Pemain-pemain ni bukan robot.

Inilah yang aku selalu dengar dari players, baik Liga Super, mahupun Piala Menteri Pelajaran. Lepas tu, bila benda tak baik dah terjadi, salahkan players jo, Tuding tuding jari. Lebih baik tidak berjanji daripada memberi janji palsu kan. Fikir-fikirkanlah.

No comments:

Post a Comment